Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acer Buka Pendaftaran Untuk Predator League 2026 Malaysia Qualifiers

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 17, 2025
in Acara, Artikel, Berita, Esports, Kejohanan esports
0 0
0
Acer Buka Pendaftaran Untuk Predator League 2026 Malaysia Qualifiers
Share on FacebookShare on Twitter

Pencarian untuk juara esukan Malaysia yang seterusnya telah bermula secara rasmi. Acer Malaysia telah membuka pendaftaran untuk pusingan Qualifiers peringkat Malaysia bagi Asia Pacific Predator League 2026, menyeru pasukan-pasukan elit Dota 2 dan VALORANT negara untuk mendaftar dan bersaing merebut hadiah wang tunai terkumpul berjumlah RM80,000.

Pengumuman ini menandakan langkah pertama dalam perjalanan untuk mempertahankan legasi gemilang. Pasukan Malaysia telah melakar sejarah cemerlang dalam kejohanan ini, dengan menjulang trofi Predator Shield yang menjadi idaman pada edisi pertama dan sekali lagi pada edisi keenam awal tahun ini.

Laluan ke peringkat akhir akan menyaksikan pasukan berdaftar berentap dalam Open Qualifiers secara dalam talian pada bulan Oktober dan Playoffs pada awal November. Perjalanan ini akan memuncak pada hujung minggu pusingan akhir, di mana para pemenang bukan sahaja akan meraih kejuaraan di peringkat tempatan, tetapi juga mendapat penghormatan untuk mewakili Malaysia di Asia Pacific Grand Finals di India pada Januari 2026. Di sana, mereka akan berdepan dengan bakat-bakat handal dari 14 rantau untuk merebut sebahagian daripada hadiah wang tunai terkumpul USD 400,000.

Para peminat boleh menjangkakan hujung minggu yang penuh debaran dengan aksi secara langsung di pusingan akhir peringkat Malaysia, yang dijadualkan pada 15 dan 16 November 2025 di Sunway Pyramid. Juara Dota 2 akan dinobatkan pada hari Sabtu, 15 November, diikuti dengan perlawanan akhir VALORANT pada hari Ahad, 16 November.

Pendaftaran untuk Predator League 2026 Malaysia Qualifiers kini dibuka dan akan ditutup pada 29 September 2025, jam 6:00 petang (GMT+8). Pasukan yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dan mendaftar di laman web rasmi Predator League.

Jadual kejohanan adalah seperti berikut:

Pusingan Kelayakan Dota 2 Predator League Malaysia 2026:

  • Pendaftaran: 1 – 29 September 2025
  • Pusingan Kelayakan Terbuka: 11 – 12 Oktober 2025
  • Pusingan Penyingkiran (Playoffs): 1 – 2 November 2025
  • Pusingan Akhir (Playoffs): 15 November 2025
  • Daftar di SINI

Pusingan Kelayakan VALORANT Predator League Malaysia 2026:

  • Pendaftaran: 1 – 29 September 2025
  • Pusingan Kelayakan Terbuka: 11 – 12 Oktober 2025
  • Pusingan Penyingkiran (Playoffs): 1 – 2 November 2025
  • Pusingan Akhir (Playoffs): 16 November 2025
  • Daftar di SINI
Tags: EsportsPredator League 2026 Malaysian Qualifiers
ShareTweetSend
Previous Post

Update PlayStation 5 Memperkenalkan Fungsi Pertukaran DualSense & Mod “Power Saver” Baharu

Next Post

SEGA Umumkan Panel Khas Virtua Fighter di Tokyo Game Show 2025, Menampilkan Pemain Pro Tokido

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027
Berita

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027

September 3, 2026
Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat
Preview

Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat

September 3, 2026
Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan
Berita

Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan

September 3, 2026
Next Post
SEGA Umumkan Panel Khas Virtua Fighter di Tokyo Game Show 2025, Menampilkan Pemain Pro Tokido

SEGA Umumkan Panel Khas Virtua Fighter di Tokyo Game Show 2025, Menampilkan Pemain Pro Tokido

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd