Baru-baru ini kami mendapat sedikit informasi terkini dari Acer mengenai rancangan mereka dalam waktu terdekat ini terutama yang difokuskan pada sisi industri gaming. Sesi temuramah dan perkongsian melalui dari dalam talian bersama Andrew Hou– President Acer, Jerry Kao– President,IT Products Business of Acer dan Victor Chien– President Digital Display Business of Acer.



Di acara Next At Acer, mereka telah memperkenalkan pelbagai komputer riba, desktop dan monitor baru. Itu perkara normal yang telah diumumkan kecuali produk Predator Shot terbaru, sebuah minuman tenaga buatan Acer sendiri. Predator Shot dicipta untuk gamer yang menginginkan tenaga tambahan dan ia penuh dengan vitamin dan mineral, termasuk vitamin B, lutein dan kafein. Pasti ramai tertanya mengapa Acer menyertai pasaran minuman tenaga. Andrew Hou menjawab ceritanya bermula dari kolaborasi bersama Redbull setelah bertahun-tahun lama dan ternyata bisnes minuman tenaga adalah market yang tinggi. Jadi beberapa perbincangan telah dikeluarkan tentang pengeluaran minuman tenaga ini terutama apabila mempunyai Predator League tersendiri dan sememangnya minuman tenaga diperlukan pada acara sebegini.
Jadi ini adalah salah satu rancangan menarik maka ianya telah dihasilkan untuk masuk ke dalam industri seperti contoh sejarah dari Redbull. Kini Predator semakin terkenal, dan bersama produk gaming dan acara pelancaran, kami berpendapat bahawa ia adalah masa yang baik untuk melancarkan minuman tenaga kami sendiri.
Selain itu, Predator Shot akan dipasarkan secara meluas. Pertama sekali, acara gaming adalah kategori pertama yang ingin didekati, tetapi Acer juga akan melihat jika mereka mempunyai peluang lain.
“Oleh itu, kami tidak hanya akan menjual minuman tenaga ini dalam acara permainan, kami juga ingin menjadikan minuman tenaga ini menjadi popular di kawasan tempatan.”
– Andrew Hou
Selepas pengenalan CPU AMD Ryzen 4000 untuk Acer Nitro 5, kita dapat melihat bahawa ianya masih belum dimasukkan pada siri Predator Helios dan Triton. Jadi menurut Jerry Kao, Predator kini masih mencari prestasi yang terbaik untuk penyesuaianya dan ini adalah misi utama pada brand ini.
Selain daripada prestasi, ciri-ciri dalam laptop gaming ini perlulah mengikuti penyampaian yang paling sesuai untuk gaming. Selain itu, banyak pemerhatian mengikuti platform teknologi serta prestasi terkini AMD. Namun ada sesuatu yang masih membuat mereka untuk teruskan warisan iaitu Thread tunggal. Ianya kerana Thread tunggal merupakan kunci prestasi yang diperlukan dalam prestasi permainan.
“Daripada ini, kita masih dapat melihat AMD dan Intel masih sangat dekat. Walau bagaimanapun, generasi akan datang adalah satu lagi perkara yang menarik, jadi kami mencari persaingan generasi akan datang Intel dan AMD serta kami sedang melabur maklumat mesej kejuruteraan mereka buat masa sekarang. Oleh itu, kami akan memberitahu anda perkara itu dalam waktu akan datang.”
– Jerry Kao
Berita baik untuk gamer Malaysia kerana Predator Gaming Chair x OSIM akan dijual di Malaysia. Acer sedang bekerjasama rapat dengan Osim untuk berbincang tentang pasaran dan rancangan promosi. Tarikh pelancaran tepat masih belum diumumkan tetapi kemungkinan besar akan dikeluarkan pada bulan Ogos di Malaysia dan Indonesia.
Seperti sekarang kita ketahui terdapat banyak syarikat yang memulakan market dengan menampilkan “wireless gaming displays”. Buat masa ini, Victor Chien mengongsikan bahawa Acer kini dalam perancangan walaupun mereka masih tiada wireless gaming display buat masa sekarang. Ada beberapa isu yang mendatang ketika ujian gaming display antaranya resolusi Full HD lengkap sehingga produk pelancaran baru. Untuk masa kini mereka masih berusaha untuk meningkatkan kecepatan bingkai sehingga 360 Hz dan itu sudah semestinya memerlukan lebar jalur yang banyak dan teknologi wireless semasa. Jadi itu menyebabkan mereka masih tidak dapat memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna dan masih fokus pada teknologi paparan gaming semasa. Untuk wireless juga, mereka masih melihat teknologi Co (Core) dan melihat prestasi untuk pengalaman terbaik yang boleh diberikan kepada pengguna.
Mengikut tren “gaming display, Acer ingin mengaplikasikan kadar bingkai yang tinggi dan resolusi yang lebih baik. Untuk monitor X25 yang baru, pengguna dapat melihat ciri LightSense, teknologi color sense dan cahaya adaptif. Mereka yakin gamer akan menumpukan perhatian pada paparan, yang pasti membuat mata semakin penat. Ini membuatkan Acer menerapkan ciri-ciri di atas untuk prestasi pencahayaan yang optimum bagi mengurangkan ketegangan mata pengguna. Acer meramalkan bahawa teknologi penjagaan visi akan menjadi trend seterusnya untuk paparan gaming.
@gamersantaimy
Discussion about this post