Setiap bulan pasti ada sahaja siri dan filem baru yang akan ditambah ke dalam platform Netflix. Kami telah menyenaraikan beberapa siri dan filem menarik untuk anda tontoni di Netflix Disember 2022 ini! Tanpa membuang masa, jom kita lihat senarainya.
Jojo’s Bizarre Adventure STONE OCEAN – Final Part – 1 Disember
Florida, A.S., 2011 Selepas kemalangan ketika memandu bersama kekasihnya, Jolyne Cujoh jatuh ke dalam perangkap dan dihukum lima belas tahun. Dia dihantar ke fasiliti pemulihan yang dikendalikan oleh negara, Green Dolphin Street Prison — AKA “the Aquarium.” Apabila dia hampir putus asa, dia menerima loket dari ayahnya yang membuatkan kekuatan misteri terbangun di dalam dirinya. “Ada perkara di dunia ini yang lebih menakutkan daripada kematian, dan apa yang berlaku di penjara ini pasti salah satunya.” Mesej dari seorang budak lelaki misteri yang muncul di hadapan Jolyne, peristiwa yang tidak dapat dijelaskan yang berlaku satu demi satu, kebenaran ngeri yang diberitahu oleh ayahnya ketika dia datang melawat, dan nama DIO … Adakah Jolyne akan dibebaskan dari lautan yang dipanggil penjara? Pertempuran terakhir antara keluarga Joestar dan DIO bermula!
Bahagian terakhir untuk Stone Ocean.
Warriors of Future – 2 Disember
Apabila meteor yang membawa tumbuhan pemusnah menyerang dunia, sebuah skuad diberi masa berjam-jam untuk menyelamatkan bandar mereka daripada musnah keseluruhannya.
Uncharted – 8 Disember
Pemburu harta karun yang pintar, Nathan Drake dan mentornya Sully memulakan pengembaraan berbahaya di seluruh dunia untuk mencari emas Magellan yang hilang.
Dragon Age: Absolution – 9 Disember
Dengan kuasa besar yang dipertaruhkan, sekumpulan ahli sihir dan pencuri bertempur melawan pasukan jahat yang memiliki artifak berbahaya.
Gudetama: An Eggcellent Adventure – 13 Disember
Gudetama, sebiji telur yang malas, dalam perjalanan bersama Shakipiyo, untuk mencari ibu mereka.
Violet Evergarden: Recollections -15 Disember
Ikuti kisah bekas askar kanak-kanak yang menjadi penulis surat, kini dalam bentuk filem.
Sonic Prime – 15 Disember
Apabila pertempuran dengan Dr. Eggman menghancurkan alam semesta, Sonic berlumba melalui dimensi berlainan untuk berhubung semula dengan rakan-rakannya dan menyelamatkan dunia.
The Seven Deadly Sins: Grudge of Edinburgh Part 1 – 20 Disember
Apabila kuasa jahat mengancam keamanan Britannia, seorang putera muda memulakan perjalanan berbahaya untuk menyelamatkan orang yang tersayang dan menemui kuasa sebenarnya.
Jujutsu Kaisen 0 – 21 Disember
Yuta Okkotsu adalah seorang pelajar sekolah menengah yang menderita dari sejenis masalah besar – iaitu rakan kecilnya, Rika telah bertukar menjadi sumpahan dan tidak akan meninggalkan Yuta. Oleh kerana Rika bukan sumpahan biasa, Yuta diperhatikan oleh Satoru Gojo, seorang guru di Jujutsu High.
Jujutsu High merupakan sebuah sekolah di mana para “exorcist” baru belajar cara-cara untuk melawan sumpahan. Gojo berjaya meyakinkan Yuta untuk mendaftar, tetapi adalah dia dapat belajar tepat pada masanya untuk menghadapi sumpahan yang menghantui dirinya?
Alice in Borderland: Season 2 – 22 Disember
Seorang gamer tanpa hala tuju dan dua rakannya mendapati diri mereka berada di Tokyo yang berlainan, di mana mereka terpaksa bersaing dalam satu siri permainan sadis untuk terus hidup.
Glass Onion: A Knives Out Mystery – 23 Disember
Detektif terkenal di dunia, Benoit Blanc menuju ke Greece untuk mengupas lapisan misteri yang menyelubungi jutawan teknologi dan rakan-rakannya.
The Witcher: Blood Origin – 25 Disember
Beribu-ribu tahun yang lalu sebelum bermulanya “The Witcher,” tujuh outcast dalam sebuah dunia Elven telah bergabung dalam pengembaraan menentang sebuah empayar berkuasa.
Untuk mendapatkan lebih banyak siri dan filem yang menarik akan datang, anda boleh tonton teaser daripada Netflix untuk Disember 2022 di bawah:
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan segala liputan menarik mengenai game, anime, filem dan banyak lagi!
@gamersantaimy
Discussion about this post