Acara Summer Games kini hadir lagi dalam Overwatch bermula semalam! Permainan FPS Multiplayer ini akan memulakan acara ini pada 16 Julai hingga 5 Ogos ini mempunyai pelbagai barang untuk didapatkan seperti skin-skin terbaru, emotes, intro serta kosmetik. Sebagai tambahan, kesemua kosmetik yang hadir tahun lalu turut kembali dengan harga diskaun! Lucioball juga kembali dengan menawarkan aksi bolanya untuk pemain.
Ada sedikit perubahan untuk acara ini iaitu ianya akan menjadi acara mingguan selama 3 kali. Minngu pertama yang bermula 16 Julai hingga 22 Julai, pemain harus memenangi 9 permainan, dan dari 3 kemenangan, akan mendapat ganjaran seperti Roadhog dan Junkrat Shark attack spray, 6 kemenangan ikon tema boxing paschinari dan 9 kemenangan anda akan mendapat skin bertemakan USA Reaper.
Untuk minggu kedua pula yang bermula 23 Julai hingga 29 Julai, ganjaranya merupakan Snorkeling spray Mei, ikon bertemakan tennis pachimari dan Zhongguo Mei berwarna hitam, merah dan emas. Minggu terakhir pula akan diberi ganjaran Briggite dan Wrecking Ball spray istana pasir, ikon bola pachimari dan skin epik berwarna vivid Reinhardt.
Ganjaran Ekstra menanti!
Pemain dari Asia Tenggara berpeluang mendapat lebih ganjaran dengan menyertai Acara Mingguan Summer Game ( Summer Game Weekly challenge – Play and Win Extra Prizes! ). Korang hanya perlu mendaftar dengan akaun Battle.net korang dan mainlah seberapa banyak pun mod dalam permainan ini untuk manaikkan ranking korang. Pemain dalam rank Top 11 setiap minggu akab mendapat Doomfist Statue ataupun Blizzard Balance! Jadi korang boleh daftar kat laman web acara Overwatch ini.
Okay korang boleh lihat sendiri antara skin-skin yang hadir untuk acara Summer Games ini;
Jadi apa lagi! Jangan terlepas peluang dan main Overwatch beramai-ramai!
@gamersantaimy
Discussion about this post