Hari ini, Ubisoft mengumumkan bahawa acara ROAD TO SIX INVITATIONAL akan kembali ke Tom Clancy’s Rainbow Six Siege besertakan sebuah peta baru: Stadium! Acara ini kini berlangsung setiap hujung minggu (bermula Khamis hingga Ahad) dari 15 Januari hingga 16 Februari dan ia datang bersama Battle Pass penuh untuk Rainbow Six Siege, yang akan menyumbang kepada prize pool Six Invitational. 30% daripada pendapatan ini akan pergi ke prize pool Six Invitational sehingga maksimum $3,000,000 USD (RM12 JUTA).
Dalam acara ini, para Operator akan bertarung sesama sendiri untuk membuktikan siapakah specialist terbaik di dalam peta baru: STADIUM, yang dibuat khas untuk kejohanan ini. Di peta ini, dinding kalis peluru menimbulkan situasi baru di mana anda dapat melihat pihak lawan tetapi tidak mampu berlawan. Perlawanan terdiri daripada Bomb Match (Pick and Ban) di mana selepas 3 pusingan, anda akan bertukar giliran dengan musuh. Semua Operator akan tersedia untuk pemain di senarai main ini dan enam Competitor akan secara automatik dilengkapi dengan gear ROAD TO SIX INVITATIONAL: Blitz, Caveira, Hibana, Mozzie, Sledge, dan Thermite.
Untuk durasi acara ini, ROAD TO SIX INVITATIONAL Battle Pass akan disediakan dengan satu laluan percuma dan satu laluan premium. Dengan 35 tier di kedua-dua laluan, ia memberi sebanyak 48 ganjaran untuk ditebus, termasuk item customization eksklusif. Pass premium boleh dibeli dengan nilai 1200 R6 Credits.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi mereka.
@gamersantaimy
Discussion about this post