Diiktiraf sebagai antara destinasi utama bagi para developer dan peminat game indie, Festival Busan Indie Connect (BIC) telah mengesahkan jadual rasminya untuk tahun 2026.
Pihak penganjur mengumumkan bahawa edisi ke-12 festival ini akan berlangsung pada bulan Ogos, meneruskan tradisi format yang merangkumi acara akses dalam talian dengan pameran fizikal di Pusat Pameran dan Konvensyen Busan (BEXCO).
Festival ini akan bermula secara digital pada hari Jumaat, 7 Ogos, dan berlangsung selama 22 hari sehingga 28 Ogos. Sorotan acara tersebut—iaitu festival secara offline—akan diadakan selama tiga hari bermula 14 Ogos hingga 16 Ogos di Dewan 2, Pusat Pameran 1 BEXCO.
BIC 2026 menyasarkan untuk mengatasi kejayaan acara tahun lalu. BIC 2025 telah mencatatkan rekod penyertaan dengan mempamerkan 283 game dari 32 buah negara dan menarik kehadiran seramai 38,273 pengunjung.
Festival ini menerima pujian kerana mewujudkan persekitaran di mana para developer tempatan dan antarabangsa dapat berinteraksi secara langsung dengan para gamer, sekaligus menonjolkan potensi komersial serta nilai seni game indie.
Butiran lanjut mengenai BIC 2026 akan dikeluarkan pada bulan Mac. Pengumuman ini akan dibuat menerusi saluran YouTube rasmi festival, ‘UNIVERSE-INDIE.’
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi BIC Festival (bicfest.org).









Discussion about this post