Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acara Fortnite x Jujutsu Kaisen bermula hari ini! Domain Expansion!!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 9, 2023
in Anime, Artikel, Battle Royale, Berita, Mobile, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Acara Fortnite x Jujutsu Kaisen bermula hari ini! Domain Expansion!!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Epic Games secara rasmi melancarkan acara kolaborasi anime popular Jujutsu Kaisen di Fortnite – yang kini penuh dengan skin, misi dan abiliti baru. Bermula hari ini hingga 25 Ogos, anda boleh ikut serta dan mengumpul kosmetik dan barang tambahan bagi watak-watak kegemaran daripada siri.

Sempena kolaborasi ini, Fortnite telah mengeluarkan trailer baru yang anda boleh tonton di bawah:

Sebanyak empat skin baru telah ditambahkan ke dalam Fortnite dan terdiri daripada Yuji Itadori, Megumi Fushiguro, Nobara Kugisaki dan Satoru Gojo. Namun, cara pemain mendapatkan skin tersebut berbeza bergantung pada skin apa yang anda mahu.

Pemain diberi dua pilihan! Untuk mendapatkan skin Megumi, Nobara dan Gojo sebenarnya sangat mudah kerana anda boleh membeli mana-mana satu dari Item Shop pada harga 1,500 V-Bucks atau membeli bundle.

Kredit: Fortnite

Mendapatkan skin Yuji lebih sukar kerana ia dikunci di sebalik Premium Pass Jujutsu Kaisen. Sebaik sahaja membeli Premium Pass, anda akan serta-merta memperoleh skin Yuji Itadori (Streetwear). Apabila maju sehingga penghujung Premium Pass, ganjaran terakhir adalah Yuji Itadori (Jujutsu High).

Selain itu, sejumlah “Cursed Llama” akan bertaburan di atas peta dan mengandungi dua abiliti khas iaitu: Straw Doll Technique dan Hollow Technique: Purple – kedua-duanya diinspirasikan oleh siri. Berikut adalah penjelasan:

  • Straw Doll Technique: Merupakan kombo tukul pantas yang melancarkan paku penuh dengan cursed energy.
Kredit: Fortnite
  • Hollow Technique: Purple: Abiliti kuat ini merupakan gabungan teknik rahsia yang boleh menghancurkan bangunan dan mencederakan musuh secara berterusan.
Kredit: Fortnite

Pada masa yang sama, jangan lupa untuk menyelesaikan setiap Special Grade Quest, yang menghadiahkan token istimewa. Dapatkan lima token untuk memperoleh Nue Glider eksklusif!

Kredit: Fortnite

Akhir sekali ialah Jujutsu Kaisen Cup. Bakal berlangsung pada 11 Ogos, ia merupakan kejohanan Duos Zero Build di mana anda bersaing untuk memperoleh barangan kosmetik tambahan.

  • Kumpulkan poin untuk mendapatkan Good Boy Kon Emoticon.
  • Duo yang mendapat 3 elimination dalam kejohanan akan diberi ganjaran Gojo’s Eye Emoticon.
  • Semua pemain yang memperoleh sekurang-kurangnya lapan poin akan memperoleh Yuji’s Training Spray.
Kredit: Fortnite

Bagi sesiapa yang berminat, Fortnite kini tersedia di Nintendo Switch, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X, PC dan mobile manakala acara Jujutsu Kaisen tersedia sekarang untuk semua orang mencuba dan akan berlangsung sehingga 25 Ogos 2023. Untuk membaca segala liputan kami tentang Fortnite, sila tekan pautan ini.

Tags: FortniteJujutsu Kaisen
ShareTweetSend
Previous Post

Atelier Resleriana: Forgotten Alchemy & the Liberator of Polar Night Diumumkan! Bakal Lancar pada 2023!

Next Post

Kolaborasi Dead by Daylight & Alien Akan Bermula pada 29 Oktober! Hadir dengan Survivor, Killer & Peta Baharu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!
PC

Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!

September 7, 2026
Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026
Anime

Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026

September 7, 2026
Next Post
Kolaborasi Dead by Daylight & Alien Akan Bermula pada 29 Oktober! Hadir dengan Survivor, Killer & Peta Baharu!

Kolaborasi Dead by Daylight & Alien Akan Bermula pada 29 Oktober! Hadir dengan Survivor, Killer & Peta Baharu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd