Game Atelier baru telah pun diumumkan oleh Koei Tecmo dan Akatsuki Games. Dibangunkan oleh Gust, Atelier Resleriana: Forgotten Alchemy & the Liberator of Polar Night akan dilancarkan pada mobile dan PC melalui Steam. Anda boleh tonton trailer pengumuman game di bawah.
Game ini berlaku di kerajaan Lantana, sebuah tempat yang berkembang maju pada masa lalu berkat kepada kuasa alchemy. Walaupun begitu, dengan masa yang berlalu, alchemy semakin dilupakan dan hilang daripada ingat orang ramai. Protagonis, Resna bermimpi untuk kembalikan semula alchemy dan memulakan pengembaraan ke tempat legenda yang dikenali sebagai “The Continent of the End.” Dipercayai bahawa tempat itu memegang kunci disebalik misteri mengenai alchemy.

Ciri-ciri utama game Atelier Resleriana: Forgotten Alchemy & the Liberator of Polar Night
- Pengembaraan baharu bersama hero baru
- Pertama kali dalam 4 tahun sejak “Atelier Ryza”, protagonis baharu akan mulakan pengembaraan epik!
- Animasi 3D watak yang berkualiti tinggi
- Menggunakan teknologi terkini siri “Atelier”, grafik 3D akan setaraf dengan game terbaru.

- Sistem game yang mudah dan menarik
- Dioptimumkan untuk telefon pintar seperti battle dan strengthening, termasuk “combination”, yang merupakan ciri siri “Atelier”. Mari terokai dunia Lantana dengan sistem game yang anda tidak akan jemu, dengan produksi yang menarik!

Buat masa ini, game Atelier Resleriana akan lancar di Jepun. Pra-daftar untuk mobile juga sudah dibuka jika anda berminat untuk bermainnya nanti. Anda boleh pergi ke laman web rasmi game untuk mendaftar. Untuk mendapatkan berita lain mengenai siri Atelier daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post