Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Control ditawarkan secara PERCUMA sekarang di Epic Games Store selama sehari!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 27, 2021
in Artikel, Berita, Epic Store, Game Percuma, PC
0 0
0
Control ditawarkan secara PERCUMA sekarang di Epic Games Store selama sehari!
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun musim memberi hadiah sudah tamat, Epic Games masih baik hati dan menawarkan Control secara percuma sekali lagi untuk tempoh satu hari sahaja, demi menyambut penghujung tahun 2021 bersama para gamer.

The Federal Bureau of Control has granted us authorization to disperse free copies of @ControlRemedy for one day only.

Claim yours while you can, Director. https://t.co/1bzgT8zKH0 pic.twitter.com/ZkJp5yh9VX

— Epic Games Store (@EpicGames) December 26, 2021

Seperti saya kata tadi, Control hanya percuma selama 24 jam, tetapi apabila ditebus, ia akan kekal selama-lamanya dalam katalog game anda. Hadiah ini merupakan sebahagian daripada acara percutian Epic, di mana sejumlah game baru dan lama akan mendapat diskaun 100% (secara efektif menjadikannya percuma) pada setiap hari sejak 16 Disember, hingga 30 Disember.

Selain dari percuma, terdapat juga diskaun untuk beberapa add-on bagi Control di Epic Games. Sebagai contoh, anda boleh mendapatkan Ultimate Edition pada separuh harga, yang kini berharga RM 81.49. Kedua-dua expansion pack juga berharga MYR 16.39 bagi setiap satu (diskaun 60%), tetapi lebih baik anda dapatkan kedua-dua DLC itu bersama-sama dalam Season Pass, yang buat masa ini hanya bernilai MYR 24.79.

Tawaran ini akan tamat esok, jadi anda perlu log masuk secepat mungkin untuk memanfaatkannya sepenuhnya. Selepas itu, ia akan digantikan dengan satu lagi game percuma untuk meneruskan sambutan musim cuti.

Tawaran Epic Games memang cukup hebat tahun ini. Semalam, kami dapat tebus Prey manakala judul hebat lain yang turut ditawarkan termasuk Shenmue 3, Loop Hero, dan The Vanishing of Ethan Carter. Masih ada 4 lagi game untuk kita dapatkan, dan saya harap semuanya bagus-bagus belaka. Kita masih tidak tahu apa yang akan diberi selepas Control, jadi kita tunggu dan lihat sahajalah.

Control asalnya dilancarkan pada Ogos 2019, dan tersedia di PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X/S, dan sudah tentu, PC. Jika anda lebih suka memilikinya di Steam, ia boleh dibeli pada diskaun 70% sempena jualan musim sejuk.

Tags: ControlEpic GamesPCPercuma
Previous Post

Genshin Impact 2.4 akan datang dengan kawasan baru, Enkanomiya di Tevyat!

Next Post

Novel ringan No Game No Life akan masuk “Final stage”!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Novel ringan No Game No Life akan masuk “Final stage”!

Novel ringan No Game No Life akan masuk "Final stage"!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd