Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[TGA 2021] Final Fantasy 7 Remake akan keluar di PC pada 16 Disember!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 10, 2021
in Artikel, Berita, Epic Store, Genre, PC, RPG
0 0
0
[TGA 2021] Final Fantasy 7 Remake akan keluar di PC pada 16 Disember!
Share on FacebookShare on Twitter

Akhirnya, berita yang dinanti-nantikan akhir diumumkan iaitu Final Fantasy 7 Remake secara rasmi akan datang ke PC pada minggu depan, lantas menamatkan hak eksklusifnya di PlayStation. Game ini hanya akan tersedia melalui Epic Games Store, tanpa apa-apa keluaran di Steam.

Walaupun beberapa pemain PC mungkin akan kecewa kerana ini hanya eksklusif di Epic Games Store, sekurang-kurangnya anda tidak perlu menunggu terlalu lama untuk mencuba kerana game ini akan dilancarkan pada 16 Disember, Khamis depan. Dari aspek kandungan, port PC ini termasuk kedua-dua game asas Final Fantasy 7 Remake dan DLC Intergrade, jadi pemain tidak akan ketinggalan dengan versi PS.

Final Fantasy 7 Remake is finally coming to PC | PC Gamer

Final Fantasy 7 Remake pada asalnya dilancarkan pada Mac 2020, dan hanya eksklusif untuk PlayStation 4. Ia kemudiannya dibawa ke PlayStation 5, dan menampilkan grafik serta frame rate yang dipertingkatkan. Ia juga disertakan bersama expansion story bernama Intergrade, yang turut disertakan dengan keluaran PC.

Final Fantasy 7 remake for PC: When should we expect it? | PC Gamer

Final Fantasy 7 Remake menawarkan perspektif baru tentang peristiwa di Final Fantasy 7 ori, dan memfokuskan pada kawasan tertentu dengan lebih mendalam berbanding versi 1997. Ia menambahkan lebih banyak maklumat dan hanya mampu merangkumi peristiwa di Midgar sahaja, yang merupakan sebahagian kecil daripada jalan cerita penuh. Masih tiada maklumat mengenai bila bahagian seterusnya akan dilancarkan, tetapi jangan letak harapan tinggi untuk masa terdekat memandangkan Square Enix sangat sibuk sejak kebelakangan ini.

Anda boleh baca ulasan penuh saya di SINI untuk tahu lebih lanjut.

Untuk segala liputan kami tentang TGA 2021 (The Game Awards 2021), sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: epic games storeFinal Fantasy 7 RemakePC
Previous Post

[TGA 2021] Persona 4 Arena Ultimax akan hadir ke PC, Nintendo Switch dan PS4!

Next Post

[TGA 2021] Game baru Star Wars Eclipse diumumkan bersama jalan cerita bercabang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Squid Game Raikan Season Ketiga dengan Acara Terhad Di Malaysia – Datang Ke LaLaport Sekarang!
Jom Singgah!

Squid Game Raikan Season Ketiga dengan Acara Terhad Di Malaysia – Datang Ke LaLaport Sekarang!

June 27, 2025
Death Stranding 2: On the Beach – Panduan Beginner: Segala Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Bermula
Panduan

Death Stranding 2: On the Beach – Panduan Beginner: Segala Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Bermula

June 27, 2025
Unboxing Fallout 76: Gone Fission Media Kit: Pengembaraan Pasca-Apokalips Bersama Goodies Menarik!
Unboxing

Unboxing Fallout 76: Gone Fission Media Kit: Pengembaraan Pasca-Apokalips Bersama Goodies Menarik!

June 27, 2025
Next Post
[TGA 2021] Game baru Star Wars Eclipse diumumkan bersama jalan cerita bercabang!

[TGA 2021] Game baru Star Wars Eclipse diumumkan bersama jalan cerita bercabang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd