Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PlayStation Partner Awards 2021: Tales of Arise, FF7 Remake, & NieR Replicant adalah game Jepun paling sukses!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 2, 2021
in Anugerah, Artikel, Berita, Genre, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
PlayStation Partner Awards 2021: Tales of Arise, FF7 Remake, & NieR Replicant adalah game Jepun paling sukses!
0
SHARES
183
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini Sony Interactive Entertainment mengumumkan senarai pertama untuk game yang patut diberi penghargaan dalam PlayStation Partner Awards 2021. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, majlis ini tidak diadakan secara fizikal dan bukan melalui live stream. Sebaliknya, keputusan telah diumumkan melalui video Youtube.

Pertama, kita ada “Partner Awards” memberi penghargaan kepada game oleh developer Jepun dan Asia yang telah mendapat perhatian khusus dari Oktober 2020 hingga September 2021 dan mendapat kedudukan tinggi dalam jualan (termasuk fizikal, digital dan DLC) di seluruh dunia. Berikut adalah senarai pemenang:

  • Tales of Arise
  • Final Fantasy VII Remake Intergrade
  • Final Fantasy XIV
  • Mobile Suit Gundam Battle Operation 2
  • NieR Replicant ver.1.22474487139…

Senarai pemenang untuk “Special Awards” juga diumumkan dan adalah seperti berikut:

  • Apex Legends sebagai game yang dibangunkan oleh developer luar negara yang mencapai jualan tertinggi di Jepun dan Asia dalam tempoh masa di atas.
  • Sakuna: Rice and Ruin sebagai game indie dari Jepun atau Asia yang mencapai jualan tertinggi di seluruh dunia.
  • Devil May Cry 5: Special Edition sebagai game dari Jepun atau Asia yang memperoleh pendapatan sangat bagus semasa tempoh pelancaran PS5.

Lebih banyak pemenang akan diumumkan esok di bahagian ke-2 PlayStation Partner Awards 2021. Untuk maklumat lanjut, anda boleh lihat video di bawah yang termasuk sarikata bahasa Inggeris.

https://www.youtube.com/watch?v=_M0ha0wjbew

Pada bulan lepas, SEA Game Awards 2021 secara rasmi telah mendedahkan Coffee Talk sebagai pemenang untuk Grand Jury Award beserta senarai penuh pemenang di kategori lain. Jika berminat, anda boleh baca artikel di sini.

Muat turun di sini
Tales of Arise
Publisher: Bandai Namco Entertainment
Release Date: 2021-09-09
Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
Tales of Arise adalah permainan ARPG yang akan datang dikembangkan dan diterbitkan oleh Bandai Namco Entertainment. Entri utama ketujuh belas dalam siri Tales, pada awalnya dirancang untuk dilancarkan pada tahun 2020 untuk Microsoft Windows, PlayStation 4 dan Xbox One, tetapi ditunda hingga September 2021 kerana pandemi COVID-19.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: final fantasyNierPlayStation Partner Awards 2021Sony Interactive Entertainmenttales of arise
Previous Post

Anime Jojo: Stone Ocean terlalu “gory”, terus kena sensor di BiliBili

Next Post

ASUS memperkenalkan barisan lengkap laptop OLED!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
ASUS memperkenalkan barisan lengkap laptop OLED!

ASUS memperkenalkan barisan lengkap laptop OLED!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd