Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sasuke kehilangan Rinnegan membawa kesan penting kepada francais Boruto!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 11, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Sasuke kehilangan Rinnegan membawa kesan penting kepada francais Boruto!
0
SHARES
3.9k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Uchiha Sasuke adalah antara watak paling terkuat dalam siri Boruto, dan sering dianggap sebagai pesaing utama kepada Hokage ke-7, Uzumaki Naruto. Malangnya, peristiwa terbaru dalam anime Boruto baru-baru ini menyebabkan Sasuke kehilangan Rinnegan selepas ditikam oleh Uzumaki Boruto yang ketika itu dikawal oleh Ōtsutsuki Momoshiki. Kami tahu Naruto kini tidak memiliki Kurama selepas menggunakan Baryon Mode, tetapi jika Sasuke pun tidak mempunyai aset terkuatnya, siapa yang cukup kuat untuk menjaga keamanan di Konoha? Di sini, saya akan memberi beberapa sebab mengapa Sasuke kehilangan Rinnegan membawa kesan penting kepada francais Boruto!

Uchiha Sasuke dianggap terlalu kuat & sebenarnya perlu dilemahkan

Dengan separuh kekuatan Rikudō Sennin (Sage of Six Paths), Sasuke memang berada pada tahap yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan shinobi lain dalam francais Naruto. Hanya dia dan Naruto sahaja yang cukup kuat untuk melawan musuh seperti Otsutsuki dan ini menjadikan dirinya sebagai watak yang penting. Namun, kisah Boruto bukan lagi tentang Sasuke, lantas memerlukan dia untuk menjadi “kurang penting”. Sama ada Masashi Kishimoto (pencipta Naruto & Boruto) memang merancang perkara ini untuk terjadi atau tidak, hakikatnya adalah ia sudah terjadi.

Naruto: Can Sasuke Regain the Rinnegan?

Kekuatan terbesar Sasuke adalah kemampuannya untuk menggunakan Rinnegan yang boleh mengubah dimensi, teleportasi, dan mengesan Otsutsuki (tidak boleh dikesan oleh sebarang ninja). Tanpa Rinnegan, watak Sasuke kini dianggap “kurang penting”. Jangan salah anggap apa yang saya cuba maksudkan ya! Walaupun Sasuke masih memiliki Mangekyo Sharingan, itu masih tidak cukup untuk mengalahkan seorang Otsutsuki, lantas membuatkannya kurang berguna pada situasi-situasi tertentu. Kemahiran pertempurannya masih hebat, cuma apa yang dia boleh lakukan kini lebih terhad.

Sasuke berasal dari generasi lama & perlu kurang relevan untuk generasi baru

The Most LEGENDARY Fight! Naruto and Sasuke vs Jigen - YouTube

Siri Boruto: Naruto Next Generations menampilkan banyak watak lama dari siri Naruto, tetapi fokus cerita adalah pada generasi seterusnya, terutama anak kepada watak-watak asli. Sehingga lah pertarungan Sasuke dan Naruto menentang Ōtsutsuki Isshiki, duo ini sentiasa menjadi tumpuan utama, tetapi selepas apa yang berlaku kepada mereka dalam episod terbaru, generasi Boruto sekarang harus mengasah kemahiran masing-masing supaya dapat menggantikan Naruto/Sasuke demi melindungi dunia shinobi.

Boruto Episode 66 Review - Anime Net Portal

Dengan menjadikan Sasuke lebih lemah, Kishimoto kini memberi peluang bagi generasi baru seperti Boruto dan Sarada untuk menjadi lebih kuat walaupun ini adalah salah satu ciri yang sangat “cliche” bagi mengembangkan plot keseluruhan. Secara keseluruhan, Sasuke kehilangan Rinnegan akan menyebabkan generasi baru untuk mengambil alih, dan ini adalah perkara yang bagus untuk masa depan francais. Peminat sering tertanya-tanya “mengapa watak-watak seperti Mitsuki dan Sarada tidak begitu relevan dengan naratif”, tetapi disebabkan peranan Naruto dan Sasuke kini semakin dikurangkan, kita akan melihat lebih banyak aksi daripada Boruto tidak lama lagi.

Untuk segala liputan kami tentang Naruto, sila tekan SINI. Jika anda ingin cari berita khusus tentang Boruto, korang boleh juga tekan pautan INI.

Sumber – Naruto Fandom

Tags: animeBorutomanganarutosasukeUchiha Sasuke
Previous Post

Senarai watak yang boleh dimainkan dalam Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Hinokami Chronicles!

Next Post

VTuber Hololive masuk dalam senarai ‘wanita cantik generasi seterusnya!’

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
VTuber Hololive masuk dalam senarai ‘wanita cantik generasi seterusnya!’

VTuber Hololive masuk dalam senarai 'wanita cantik generasi seterusnya!'

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd