Setelah karya mereka semakin berkembang mengikut arus perdana Jepun, ramai artis Hololive kini meraih pelbagai jenis pencapaian baru. Baru-baru ini, majalah Playboy Mingguan Jepun menyenaraikan salah satu VTuber Hololive, Momosuzu Nene, dalam senarai “Wanita Cantik Generasi Seterusnya.” Virtual YouTuber atau singkatannya VTuber adalah salah satu pilihan di bahagian “influencer”, bersama dengan tokoh terkenal dalam talian lain seperti Miori (Instagram) dan Nanase Cocoa (TikTok).
Baru diterbitkan di Jepun pada hari ini, senarai “Wanita Cantik Generasi Seterusnya” memperingati ulang tahun ke-55 majalah Playboy Jepun dengan memperkenalkan 56 wanita yang dijangka akan mempunyai impak besar dalam waktu terdekat di mana senarai ini terdiri daripada VTuber, model, pelakon filem, pelakon suara, dan influencer dalam talian.
Momosuzu Nene adalah artis Hololive generasi ke-5 yang memulakan debutnya pada bulan Ogos 2020. Dia adalah “gadis berpakaian China yang datang ke Bumi dari dunia lain kerana cintanya pada ‘idol’. Dia suka menyanyi, menari, dan makan gyoza. Nama panggilannya dari kampung halaman adalah Taoling.” Pelukis Nishizawa 5mm adalah artis yang bertanggungjawab untuk reka bentuk watak ini.
Bagi mereka yang tidak tahu, Hololive Production ialah sebuah syarikat agensi YouTuber maya Jepun yang diketuai oleh COVER Corporation. Hololive pada awalnya beroperasi di Jepun, kemudian memperluas wilayah operasinya ke China, Indonesia dan seterusnya melebarkan sayap ke dunia Barat (golongan berbahasa Inggeris). Secara lazimnya, para YouTuber maya Hololive akan melakukan penstriman langsung secara harian, biasanya melibatkan permainan video.
Hololive bermula pada 7 September 2017 dengan kemunculan pertama Tokino Sora. Pada Disember, aplikasi khas Hololive dilancarkan sebagai platform untuk menonton para idola menerusi penstriman langsung. Pada 22 April 2018, Robocco, watak Hololive kedua melancarkan dirinya buat julung kalinya di YouTube.
@gamersantaimy
Discussion about this post