Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Crysis Remastered Trilogy akan tiba Oktober ini!

Maira by Maira
September 3, 2021
in Artikel, Battle Royale, Berita, Epic Store, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
Reading Time: 2 mins read
0 0
0
Crysis Remastered Trilogy akan tiba Oktober ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Crytek mengumumkan bahawa Crysis Remastered Trilogy, bundle all-in-one hebat ini akan memaparkan remaster untuk kempen single player ikonik dari Crysis, Crysis 2, dan Crysis 3, akan dilancarkan pada 15 Oktober. Peminat francais juga akan dapat membeli Crysis 2 Remastered dan Crysis 3 Remastered secara berasingan pada tarikh yang sama.

Permainan ini akan melancarkan edisi fizikal untuk platform Xbox dan PlayStation. Versi Nintendo Switch juga akan dilancarkan secara berasingan untuk Crysis 1, 2 dan 3 Remastered. Pemain juga dapat memperoleh art card bonus eksklusif. Selain itu, dua puluh art cards yang dimasukkan secara rawak ke dalam pesanan hari pertama untuk setiap format serta diberikan nombor dan ditandatangani oleh ahli pasukan pembangun.

Crysis Remastered Trilogy dioptimumkan dan ditingkatkan untuk konsol generasi seterusnya yang bermaksud permainan Crysis bermain lebih lancar dan lebih baik daripada sebelumnya. Permainan asli dimainkan pada resolusi 720p rata-rata dan hingga 30 FPS. Pada Xbox Series X & PlayStation 5, remaster Crysis bermain antara 1080p dan 4K pada 60 FPS yang dicapai melalui Resolusi Dinamik untuk prestasi yang sangat baik pada perkakasan masa kini.

Selain peningkatan prestasi yang besar, Crysis Remastered Trilogy menampilkan pencahayaan yang lebih baik dan watak, senjata, dan persekitaran yang disempurnakan secara visual, serta tekstur definisi tinggi untuk gambaran jelas dalam permainan.

RelatedPosts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

Menjelang pelancaran 15 Oktober, Crytek telah melancarkan video perbandingan yang menunjukkan perbezaan antara remaster di Xbox Series X berbanding permainan asli di Xbox 360, dan trailer perbandingan PlayStation 3 vs PlayStation 5 dengan versi PC tidak lama lagi.

Crysis Remastered Trilogy akan dilancarkan untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5, Xbox One dan Xbox Series X | S, dan PC pada 15 Oktober sebagai edisi digital melalui Epic Games Store, PlayStation Store, dan Microsoft Store dengan harga USD 49.99 / EUR 49.99 dengan anggaran RM 208.

Untuk edisi individu Crysis 2 Remastered dan Crysis 3 Remastered, menampilkan kempen pemain tunggal dari permainan asal yang masing-masing dikeluarkan pada tahun 2011 dan 2013, akan dilancarkan di Epic Games Store, PlayStation Store, Microsoft Store, dan Nintendo Switch eShop pada 15 Oktober dengan harga USD 29.99 / EUR 29.99 dengan anggaran RM 124.50 setiap satu. Versi runcit Nintendo Switch juga akan datang kemudian.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai permainan ini, anda boleh lawat laman sesawan rasmi Crysis di sini.

Tags: Crysis RemasteredCryteknintendo switchPCPS4xbox
Previous Post

Peta, Mod dan Banyak Lagi dalam Open Beta Call of Duty: Vanguard Beta didedahkan!

Next Post

Mari bunuh serigala dengan kad Clear Shot di MTG – Innistrad: Midnight Hunt!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Mari bunuh serigala dengan kad Clear Shot di MTG – Innistrad: Midnight Hunt!

Mari bunuh serigala dengan kad Clear Shot di MTG - Innistrad: Midnight Hunt!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd