Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mari bunuh serigala dengan kad Clear Shot di MTG – Innistrad: Midnight Hunt!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 3, 2021
in Artikel, Berita, Genre, Kad Strategi, Pandangan Pertama
0 0
0
Mari bunuh serigala dengan kad Clear Shot di MTG – Innistrad: Midnight Hunt!
Share on FacebookShare on Twitter

Expansion terbaru Innistrad: Midnight Hunt akan tiba tidak lama lagi ke permainan kad strategi Magic: The Gathering (MTG), dan bersamanya, ia bakal memperkenalkan satu kad ikonik ke medan pertempuran. Diumumkan semasa acara siaran langsung hari ini, kami berpeluang melihat kepulangan kad Clear Shot di MTG! Pemain veteran mungkin tahu selok belok kad ini, tapi izinkan saya menceritakan sedikit tentang yang membuatkannya sangat istimewa.

Kad Clear Shot merupakan “instant spell” (boleh digunakan pada bila-bila masa) berelemen hijau, dan membuat debut pertama di expansion Eldritch Moon. Bagi mereka yang kurang tahu, kad ini bernilai 2 “colorless” dan satu 1 “hijau” (mana) lantas menelan kos efektif sebanyak 3. Selain itu, ia memberikan buff +1/+1 kepada satu kad berunsur “creature” kepada pemain. Sekilas pandang, ia mungkin nampak seperti biasa-biasa saja memandangkan buff sebanyak +1 / + 1 tidaklah begitu mengagumkan sangat. Tetapi kad ini adalah kelebihan rahsia! Ia mempunyai kesan tambahan iaitu melakukan damage yang seiras dengan kekuatannya untuk menghapuskan kad “creature” milik pihak lawan.

Pendek cerita: setelah memberi buff kepada salah satu kad kita, Clear Shot akan menyasar kad musuh yang berunsur “creature”, dan serta merta melakukan damage yang setimpal. Kad ini memang bagus untuk kita memulakan serangan, dan membolehkan pemain membuang satu kad pihak lawan dari perlawanan sambil memberi buff kepada kad pemain, supaya kita ada kelebihan semasa menyerang.

Bukan itu saja, pihak Wizards of the Coast juga memberi sentuhan unik kepada visual kad ini. Teks pada Clear Shot telah dikemas kini sejak kemunculannya di Eldritch Moon, dan menjelaskan bahawa senjata ini sudah lama tidak melihat aksi, tetapi sekarang digunakan untuk memerangi masalah serigala jadian yang sedang berlaku di expansion Midnight Hunt.

RelatedPosts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

Sekali lagi saya ingin ucapkan terima kasih Wizards of the Coast Wizards kerana memberi kami peluang untuk melihat kad Clear Shot bagi koleksi MTG – Innistrad: Midnight Hunt akan datang, yang menampilkan karya lukisan mantap oleh Craig J Spearing. Bagi sesiapa yang berminat untuk beli, kad Clear Shot akan tersedia dalam “Draft dan Set Boosters.” Jika korang ingin tahu segala liputan kami tentang Magic the Gathering, sila tekan pautan ini.

Sumber – Wizards of the Coast

Tags: Clear ShotInnistrad: Midnight HuntKadPreview
Previous Post

Crysis Remastered Trilogy akan tiba Oktober ini!

Next Post

“Mod Rivals” akan hadir ke Ghost of Tsushima: Legends pada hari esok!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu
Berita

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

September 7, 2026
Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan
Jom Singgah!

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

September 7, 2026
Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Next Post
“Mod Rivals” akan hadir ke Ghost of Tsushima: Legends  pada hari esok!

"Mod Rivals" akan hadir ke Ghost of Tsushima: Legends pada hari esok!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd