Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Valve masih belum jumpa game yang tidak dapat dikendalikan oleh Steam Deck!

Steam Deck telah diuji dan ia mampu memainkan semua game dari perpustakaan Steam walaupun pada protaip awal

Amir Haziq by Amir Haziq
July 26, 2021
in Artikel, Berita, Epic Store, Genre, Steam
0 0
0
Valve masih belum jumpa game yang tidak dapat dikendalikan oleh Steam Deck!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini Valve telah mengumumkan spesifikasi baru untuk Steam Deck, dimana ia mempunyai memori RAM LPDDR5 32-bit quad-channel dengan kelajuan sehingga 5,000MT/s. Handheld yang bakal dilancarkan pada Disember tahun ini dikatakan dapat memainkan game bertaraf AAA terkini dari Steam dan Epic Games Store, serta menjadi PC all-in-one. Terkini, Valve melaporkan bahawa mereka masih belum menjumpai game yang tidak dikendalikan oleh Steam Deck.

The "30 FPS target" refers to the floor of what we consider playable in our performance testing; games we've tested and shown have consistently met and exceeded that bar so far. There will also be an optional built-in FPS limiter to fine-tune perf vs. battery life.

— Pierre-Loup Griffais (@Plagman2) July 25, 2021

Valve telah menegaskan bahawa peranti mereka mampu menjalankan bukan sahaja back catalog game, tetapi juga tajuk yang akan dikeluarkan pada tahun ini. Pembangun game dari Valve, Pierre-Loup Griffais telah memuat naik sebuah tweet di Twitter miliknya menyatakan bahawa mereka telah menguji sistem Steam Deck, dan ianya melepasi tahap yang memuaskan dengan konsisten. Dia juga nampak yakin yang handheld itu mampu memainkan semua game dari perpustakaan Steam walaupun pada protaip awal.

Walaupun Griffais tidak menyatakan secara khusus mengenai keserasian game online pada Steam Deck, tetapi ini dapat meyakinkan para pemain yang handheld ini mampu untuk memainkan semua game tanpa masalah, terutamanya dari Steam. Valve sebelum ini turut mengumumkan bahawa peranti tersebut mempunyai GPU, AMD dan prosesor baru serta RAM lebih laju dari spesfikasi awal yang mereka didedahkan. Jurutera Steam Deck, iaitu Yazan Aldehayyat berpendapat yang Valve mungkin merupakan syarikat pertama menggunakan RAM LPDDR5.

Selain itu, Steam Deck dikatakan bakal mempunyai sokong mod seperti PC dan Valve sedang berusaha keras untuk mengelak dari perantinya dibandingkan dengan Nintendo Switch. Kita dapat lihat sejak pengumuman mengenai peranti ini, ia sudah mula dibandingkan dengan Switch seperti dari segi spesifikasi dan kemampuannya. Namun, kita mengharapkan agar apa yang dinyatakan oleh Griffais menjadi kenyataan apabila Steam Deck dilancarkan.

Steam Deck akan mula diedarkan untuk Amerika Syarikat, Kanada, Eropah dan United Kingdom, manakala untuk negara lain akan boleh didapati pada tahun 2022 nanti. Harga permulaan peranti ini di Malaysia dijangkakan bermula dengan RM1,676 sehingga Rm2,726. Anda juga boleh membaca respon komuniti gamer Malaysia mengenai Steam Deck

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: handheldsteamSteam DeckValve
Previous Post

Anime Blade Runner: Black Lotus akan keluar tahun ini!

Next Post

Filem Anime Dragon Ball Super: Super Hero makin hype dengan pendedahan terbaru!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Filem Anime Dragon Ball Super: Super Hero makin hype dengan pendedahan terbaru!

Filem Anime Dragon Ball Super: Super Hero makin hype dengan pendedahan terbaru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd