Saya ada berita sedih untuk pemain mobile di seluruh dunia. Permainan free-to-play mobile RPG Tom Clancy’s Elite Squad akan ditutup secara rasmi pada tahun ini. Walaupun dilancarkan secara rasmi pada 4 Oktober, Ubisoft kini telah mengesahkan bahawa ia akan menamatkan perkhidmatan permainan, dan mengakui bahawa sokongan berterusan untuk permainan tersebut kini “tidak boleh lagi berterusan.” Server untuk Tom Clancy’s Elite Squad akan terus aktif dalam talian hingga 4 Oktober 2021, yang bermaksud permainan hanya tahan satu tahun sahaja secara dalam talian.
https://twitter.com/tcelitesquad/status/1417817712991027201
Dalam pernyataan yang dikeluarkan bersama dengan berita penutupan Tom Clancy’s Elite Squad, Ubisoft memberitahu peminat bahawa pasukan pembangunan “benar-benar memberikan yang terbaik.” Usaha ini ditunjukkan melalui kemas kini seperti Elite Squad Season 2, yang dilancarkan pada bulan Mac awal tahun ini. Pasukan pembangunan mengatakan bahawa itu adalah “pengalaman yang sangat memuaskan” untuk bekerjasama dengan pemain dalam komuniti Elite Squad. Saya sendiri berasa sayu selepas melihat mereka meminta maaf dan mengucapkan selamat tinggal kepada pemain yang masih setia bermain sedangkan kita tahu pasukan pembangunan masih mempunyai banyak rancangan menarik untuk Elite Squad. Malangnya, ia tidak dapat direalisasikan.
Jangan sedih kerana peminat Ubisoft dan siri permainan Tom Clancy masih mempunyai banyak pilihan, dan ia tidak semestinya di telefon pintar. Sebaliknya, Ubisoft sekarang sedang memfokuskan perhatian mereka pada beberapa permainan dalam talian seperti Rainbow Six Siege, Rainbow Six Extraction akan datang, dan Tom Clancy’s XDefiant yang baru diumumkan. Sekiranya anda tetap ingin setia walaupun permainan akan ditutup, Tom Clancy’s Elite Squad masih boleh dimainkan secara percuma hingga 4 Oktober.
Tom Clancy’s Elite Squad kini tersedia pada peranti mobile. Untuk segala liputan kami tentang permainan, sila tekan pautan ini.
Sumber – Ubisoft

@gamersantaimy
Discussion about this post