Semasa acara Final Fantasy XVI Live Letter yang lalu, penerbit Naoki Yoshida telah mengumumkan beberapa kemaskini mengenai game yang sangat dinanti-nantikan peminat, seperti senario cerita utama dan suara Bahasa Inggeris telah hampir siap direkodkan sepenuhnya. Namun, beliau juga mengumumkan game ini tidak akan dibawa untuk Tokyo Game Show 2021, yang berlangsung bermula 30 September sehingga 3 Oktober.
FINAL FANTASY 16 UPDATES FROM YOSHI-P
-Voice recording for the ENGLISH version is almost complete
-All scenarios set in stone
-Development going well, but they might not be able to show it at TGS
-He wants to show it at utmost quality so people can watch and think "INSTANT BUY!" pic.twitter.com/YrL5ktKeDp— ☆オードリーAudrey☆ (@aitaikimochi) July 10, 2021
Maklumat ini berasal dari terjemahan melalui saluran Discord r/FFXIV perbualan antara Yoshida-san dan pengarah Nier, iaitu Yoko Taro semasa siaran berlangsung. Isi terjemahan perbualan Yoshida-san telah dimuat naik ke akaun Twitter milik Aitakimochi yang menyatakan proses rakaman suara Bahasa Inggeris untuk Final Fantasy XVI hampir siap dan senario game telah disiapkan. Pembangunan game buat masa ini berjalan dengan lancar, tetapi ia tidak akan hadir semasa acara TGS 2021. Beliau juga menyatakan bahawa mereka mahu memberikan kualiti terbaik sehingga orang akan melihatnya dan terus beli game tersebut.
Pasukan pembangun Square Enix, dan Creative Business Unit III yang mengusahakan Final Fantasy XIV juga sedang menghasilkan entri terbaru untuk francais RPG ikonik yang akan datang ke PlayStation 5. Malah, Yoshida-san masih lagi menjadi pengarah untuk FFXIV sambil mengambil peranan sebagai produser utama projek terbaru mereka.
Selain itu, Final Fantasy 16 telah diumumkan secara rasmi semasa acara PS5 pada September 2020 sebagai game eksklusif PlayStation. Pada penghujung tahun 2020 pula, halaman pengambilan Square Enix telah berkongsikan bahawa game ini telah selesai di peringkat pengembangan asas.
Buat masa ini, kita hanya dimaklumkan yang Final Fantasy XVI tidak akan ada semasa acara TGS 2021 pada September nanti. Malah, mereka juga tidak menyatakan tarikh rasmi untuk pelancaran Final Fantasy 16. Jadi, kita perlu tunggu buat sementara waktu untuk melihat berita terbaru dari Square Enix akan datang. Untuk membaca segala liputan kami mengenai Final Fantasy, anda boleh tekan sahaja pada pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post