Acer Malaysia hari ini memperkenalkan barisan komputer riba yang disegarkan semula untuk penggunaan kerja, belajar dan hiburan. Bersempena dengan Hari Bapa, Acer menawarkan promosi dalam talian eksklusif untuk semua komputer riba yang baharu diperkenalkan termasuk komputer riba boleh tukar (convertible) dalam siri Spin, nipis dan ringan Swift 3 dan mampu milik Acer Aspire 3 yang boleh menyelesaikan semua tugas harian.
Siri Acer Spin – Produktiviti di dalam 360 Darjah
Direka untuk mereka yang mahukan fleksibiliti dan produktiviti, Acer Spin 5 yang memenangi Anugerah Reka Bentuk Red Dot 2020 adalah komputer riba sentuhan paparan boleh tukar (convertible) dengan berat hanya 1.2kg dan kenipisan 14.8mm, manakala model dalam siri sama, Acer Spin 3 seberat 1.4kg dan senipis 15.9mm. Kedua-dua komputer riba dilengkapi dengan ensel 360 darjah yang membolehkan ia diubah ke pelbagai bentuk berbeza yang memenuhi persekitaran pengguna seperti mencatat nota dengan mod tablet, menonton filem secara mod tent dengan ruang minimum yang diperlukan atau mod clamshell yang menaikkan papan kekunci untuk pengalaman menaip secara ergonomik dan sistem thermal yang lebih baik.
Memaparkan ciri-ciri platform Intel Evo, kedua-dua Spin 5 dan Spin 3 adalah dikuasakan dengan pemproses sehingga 11th Gen Intel® Core™ i7 bersama Intel® Iris® Xe Graphics bagi memberikan prestasi kuat bagi menyemarakkan projek-projek pengguna. Kedua-dua komputer riba didatangkan dengan RAM dipasang dalaman sehingga 16GB dan storan 512GB. Acer Spin 5 mempunyai PCIe Gen 4 SSD terbaharu yang menyokong kelajuan berganda proses pemindahan berbanding model sebelum ini.
Acer Spin 5 menawarkan paparan 13.5-inch QHD IPS dengan reka bentuk bezel nipis yang memberikan nisbah paparan ke badan mengagumkan sebanyak 80%, diperluaskan lagi dengan paparan 3:2 IPS Vertiview yang memberikan 18% lebih lagi ruang paparan berbanding paparan 16:9. Acer Spin 3 yang disegarkan semula mempunyai paparan 13.3 inci WQXHA (2560×1600) multi-touch IPS. Kedua-dua komputer riba didatangkan dengan Acer Active Stylus yang dipasang siap dengan 4,096 tahap tekanan sensitiviti bagi melengkapkan pengalaman melakar atau menulis di atas komputer riba boleh tukar (convertible).
Dengan hayat bateri selama 15 jami bersama teknologi pengecas pantas, kedua-dua Spin 5 dan Spin 3 boleh diperolehi sekarang di semua kedai talian rasmi rasmi Acer dan semua penjual Acer bertauliah di seluruh negara. Harga masing-masingnya bermula daripada RM4,599 dan RM3,999 .
Acer Swift 3 (Evo Certified) – Nipis dan Ringan Dengan Responsif Mengasyikkan
Menggunakan platform Intel Evo, Acer Swift 3 baharu menjanjikan daya responsif daripada chasis logam aluminium dan magnesium seberat hanya 1.2kg dan kenipisan 15.95mm. Direka untuk pengguna yang mengekalkan gaya hidup moden aktif, Acer Swift 3 yang bergaya dan ringan dikuasai pemproses sehingga 11th Gen Intel® Core™ i7 processor dan Intel® Iris® Xe Graphics bagi menawarkan prestasi dan mudah alih. Sama seperti Acer Spin 5, model Acer Swift 3 ini dilengkapi sehingga 16GB RAM dengan PCIe Gen 4 SSD paling terkini yang menyokong kelajuan pemindahan sehingga 16Gb sesaat.
Dipasang siap dengan Microsoft Office Home & Student 2019, Acer Swift 3 boleh diperolehi di semua kedai dalam talian rasmi Acer dan semua penjual bertauliah Acer di seluruh negara, harga bermula RM3,499.
Acer Aspire 3 Dipertingkatkan Dalam Warna Baharu
Acer Aspire 3 yang berwarna baharu `electric blue’ didatangkan dengan reka bentuk lebih nipis bersama ensel ergonomik yang memberi ruang udara tambahan dari bawah komputer riba ini. Dikuasai dengan pemproses 11th Gen Intel® Core™ i7 atau i5 dan dilengkapi dengan Intel® Iris® Xe Graphics, ia menawarkan 512GB PCIe NVMe SSD bersama 8GB di dalam DDR4 RAM. Bagi pengguna yang mahu lebih lagi, Aspire 3 didatangkan dengan kit penambahan HDD dan slot memori tambahan bagi meningkatkan kapasiti.
Direka untuk kegunaan pelajar dan keluarga, Aspire 3 serba baharu ini memilik paparan 15.6 inci FHD IPS dan kini siap dipasang dengan Microsoft Office Home & Student 2019. Boleh didapati di semua kedai dalam talian rasmi Acer dan semua penjual bertauliah Acer di seluruh negara, dengan harga bermula RM2,899.
Bersempena dengan Hari Bapa, Acer Malaysia menawarkan promosi dalam talian eksklusif bagi kesemua komputer riba ini di kedai rasmi Acer dan kedai bertauliahnya di Shopee dan Lazada dari 19 hingga 21 Jun 2021. Selain itu, pelanggan yang membeli komputer riba ini sebelum 30 Jun 2021 juga layak menyertai Peraduan #CreateYourDreamSpace.
Menerusi peraduan #CreateYourDreamSpace ini, pelanggan boleh menebus sehingga RM200 kredit sama ada dari Touch ‘n Go atau Boost dan berpeluang memenangi pengubahsuaian impian ruang mereka oleh Woody Lab bernilai sehingga RM63,000. Barangan penambahbaikan itu termasuk monitor atau projektor Acer dan Meja Pintar Woody Lab, tempat letak monitor dan sebagainya.
Pelanggan boleh mendapatkan maklumat mengenai model terpilih tersebut, kedai-kedai yang turut serta atau melengkapkan borang penebusan menerusi https://www.a-redemption.com/.
Butiran mengenai tempoh promosi dan kedai yang turut serta:
Tempoh Promosi | Kedai Dalam Talian Rasmi Acer | Pautan |
19 – 21 Jun 2021 | Acer Official Store (Shopee) |
https://shopee.com.my/acer_os_my |
19 – 21 Jun 2021 | Acer Certified Store – Just IT (Shopee) |
https://shopee.com.my/acer.os.justit |
19 – 21 Jun 2021 | Acer Certified Store – NBP (Shopee) | https://shopee.com.my/acer.os.nbp |
20 – 21 Jun 2021 | Acer Certified Store – Aoneplus (Lazada) |
https://www.lazada.com.my/shop/acer-store-aoneplus |
20 – 21 Jun 2021 | Acer Certified Store – NBP (Lazada) | https://www.lazada.com.my/shop/acer-certified-store-nbp/ |
@gamersantaimy
Discussion about this post