Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acer Memperkenalkan Model Lasak Terkini Enduro Urban N3 di Malaysia

Nyny.A by Nyny.A
June 18, 2021
in Artikel, Berita, Laptop, Teknologi, Tempatan
0 0
0
Acer Memperkenalkan Model Lasak Terkini Enduro Urban N3 di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Menyertai barisan peranti baharu Acer Malaysia bagi bulan Jun ini adalah Enduro Urban N3 yang didatangkan dengan teras semangat kekeluargaan Enduro yang mahukan ketahanan, paparan cerah dan prestasi di dalam reka bentuk nipis baharu ini. Siri Enduro lasak ini diciptakan untuk pekerja di lokasi atau perkilangan diumumkan pertama kali pada tahun 2020.

Dengan perlindungan 4 penjuru yang menjadi tanda pengenalan terkenalnya, Enduro Urban N3 telah diuji bagi memenuhi persijilan standard tentera (MIL-STD 810H). Ianya dikuasai dengan pemproses 11th Gen Intel® Core™ dengan Intel® Iris® Xe Graphics bagi menawarkan prestasi terbaik untuk pelajar dan pekerja profesional. Dilengkapi dengan keupayaan sehingga 8GB RAM dan 512GB PCIe NVMe SSD, Enduro Urban N3 juga membolehkan pengguna menambah baik lagi kapasiti mengikut kemahuan mereka.

Dilengkapi dengan kuasa kuda ke dalam chasis lasak senipis 21.95mm dan berat hanya 1.85kg, model Enduro Urban N3 mempunyai bezel nipis, paparan 14-inch FHD IPS yang menyokong sehingga 450nits bagi mengekalkan kecerahan dan jelas bagi kegunaan di luar rumah. Pengguna boleh membawa peranti mereka ke mana sahaja tanpa rasa risau kerana Enduro Urban N3 mempunyai port IO, pembesar suara dan butang kalis air yang disahkan IP53.

Di samping itu, ia siap dipasang dengan Microsoft Office Home & Student 2019 untuk produktiviti serta-merta. Enduro Urban N3 mempunyai 3 pilihan varian. Boleh didapati di semua kedai dalam talian rasmi Acer dan semua penjual bertauliah Acer di seluruh negara, dilengkapi dengan pemproses 11th Gen Intel® Core™ i7 bakal dijual pada hujung bulan Jun, berharga RM3,699 sementara Enduro Urban N3 dengan pemproses 11th Gen Intel® Core™ i5 boleh didapati sekarang pada harga RM2,999. Selain itu, dengan pemproses 11th Gen Intel® Core™ i3 boleh didapati sekarang dekat kedai dan kedai dalam talian SenHeng dan SenQ sekarang pada harga RM2,799.

Model Harga Boleh didapati di
EUN314-51W-38Y1 (Intel Core i3) RM2,799 Kedai dan kedai dalam talian SenHeng & SenQ
EUN314-51W-59NC (Intel Core i5) RM2,999
Semua kedai dalam talian rasmi Acer dan semua penjual bertauliah Acer di seluruh negara
EUN314-51W-72QE (Intel Core i7) RM3,699

Bersempena dengan Hari Bapa, sebarang pembelian Enduro Urban N3 dari 19 hingga 21 Jun, pelanggan boleh menebus hadiah bernilai sehingga RM497 di kedai rasmi Acer dan kedai bertauliahnya di Shopee dan Lazada yang terpilih. Selain itu, pelanggan yang membelimya sebelum 30 Jun 2021 juga layak menyertai Peraduan #CreateYourDreamSpace. Menerusi peraduan #CreateYourDreamSpace ini, pelanggan boleh menebus sehingga RM200 kredit sama ada dari Touch ‘n Go atau Boost dan berpeluang memenangi pengubahsuaian impian ruang mereka oleh Woody Lab bernilai sehingga RM63,000. Barangan penambahbaikan itu termasuk monitor atau projektor Acer dan Meja Pintar Woody Lab, tempat letak monitor dan sebagainya.

Pelanggan boleh mendapatkan maklumat mengenai model terpilih tersebut, kedai-kedai yang turut serta atau melengkapkan borang penebusan menerusi https://www.a-redemption.com/.

Butiran mengenai tempoh promosi dan kedai yang turut serta untuk:

Tempoh Promosi Kedai Dalam Talian Rasmi Acer Pautan
19 – 21 Jun 2021 Acer Official Store (Shopee)
https://shopee.com.my/acer_os_my
19 – 21 Jun 2021 Acer Certified Store – Just IT (Shopee)
https://shopee.com.my/acer.os.justit
19 – 21 Jun 2021 Acer Certified Store – NBP (Shopee)
https://shopee.com.my/acer.os.nbp
20 – 21 Jun 2021 Acer Certified Store – Aoneplus (Lazada)
https://www.lazada.com.my/shop/acer-store-aoneplus
20 – 21 Jun 2021 Acer Certified Store – NBP (Lazada)
https://www.lazada.com.my/shop/acer-certified-store-nbp/
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: acer malaysiaEnduroEnduro Urban N3
Previous Post

Acer Malaysia mengemaskini barisan komputer riba popular bagi kegunaan keluarga!

Next Post

[Khabar angin] Battlefield 2042 mungkin akan dihadirkan dengan sistem skill-based-matchmaking!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
[Khabar angin] Battlefield 2042 mungkin akan dihadirkan dengan sistem skill-based-matchmaking!

[Khabar angin] Battlefield 2042 mungkin akan dihadirkan dengan sistem skill-based-matchmaking!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd