Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Deviation Games akan bekerjasama dengan PlayStation untuk IP terbaru!

Bekas pembangun COD mengikat kontrak bersama Sony Interactive Entertainment untuk menghasilkan game AAA terbaru

Amir Haziq by Amir Haziq
June 11, 2021
in Artikel, Berita, Genre
0 0
0
Deviation Games akan bekerjasama dengan PlayStation untuk IP terbaru!
Share on FacebookShare on Twitter

Dua pencipta siri Call of Duty: Black Ops telah menubuhkan sebuah studio mereka sendiri yang diberi nama Deviation Games, dan mereka telah membuat kerjasama khas dengan Sony untuk projek pertamanya. Studio tersebut telah membuat debutnya semasa acara Summer Game Fest, yang menampilkan ketua studio Deviation games, Dave Anthony dan Jason Blundell.

Dalam sesi temu bual semasa acara Summer Game Fest pagi tadi, Ketua Pegawai Eksekutif Deviation, iaitu Dave Anthony menyatakan ianya adalah satu penghormatan untuk bekerjasama dengan Sony dan seluruh pasukan mereka. Deviation Games ingin melancarkan sesuatu yang baru dan diberi kebebasan untuk membangunkan sebuah IP bersama PlayStation.

Studio tersebut kini telah mempunyai lebih 100 orang pekerja dalam pasukan dan sedang beroperasi di Los Angeles. Anthony dan Blundell juga mewujudkan persekitaran kerja yang mendahulukan kreativiti berbanding ego dalam pasukan mereka. Projek bersama PlayStation ini dikatakan mungkin berarah kepada shooting game kerana kedua-dua ketua pasukan ini pernah menghasilkan Call of Duty.

Tambahan pula, berita mengenai kerjasama PlayStation dengan Deviation muncul apabila sebelum ini Sony telah melakukan pelaburan secara besar-besaran bersama pembangun luar dan juga PlayStation Studios. Pada bulan Mac yang lalu juga, Playstation turut mengusahakan sebuah projek eksklusif bersama pencipta Assassin’s Creed, iaitu Jade Raymond pemilik kepada studio Haven.

Ketua PlayStation Studios, Hermen Hulst telah mengesahkan bahawa PlayStation kini mempunyai 25 game first party PlayStation 5 sedang dibangunkan, dan separuh daripadanya akan menjadi francais terbaru. Jadi, peminat PlayStation boleh menantikan lebih banyak game terbaru pada masa akan datang.

Buat masa ini, Deviation Games tidak mendedahkan maklumat mengenai projek mereka bersama PlayStation, tetapi yang pasti mereka sedang membangunkan sebuah game AAA baru untuk pemain PS5. Bagi mereka yang berminat untuk membaca segala liputan kami mengenai SIE, anda boleh tekan sahaja pada pautan ini.

Sumber: PS Blog

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AAA gameDeviation GamesplaystationSIESonySummer Game Fest 2021
Previous Post

DLC terakhir untuk Dragon Ball Z: Kakarot rasmi dilancarkan hari ini!

Next Post

“Susahnya nak dapat Conqueror, Dapat Ace pun jadi lah!” Cuba tips push rank PUBG Mobile ini!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
“Susahnya nak dapat Conqueror, Dapat Ace pun jadi lah!” Cuba tips push rank PUBG Mobile ini!

"Susahnya nak dapat Conqueror, Dapat Ace pun jadi lah!" Cuba tips push rank PUBG Mobile ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd