Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game mobile SLAM DUNK mengumumkan watak baru Yoshinori Miyamasu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 5, 2021
in Android, Anime, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Game mobile SLAM DUNK mengumumkan watak baru Yoshinori Miyamasu!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru diumumkan bulan lepas, game mobile “SLAM DUNK” yang diselia oleh Toei Animation dan diedarkan oleh DeNA, telah mendedahkan pemain terbaru mereka, Yoshinori Miyamasu! Dapat bertarung secara “real-time 3V3” dalam arena bola keranjang, pemain boleh merekrut watak ini untuk menjadi sebahagian daripada pasukan. Berikut adalah profil ringkas:

  • Yoshinori Miyamasu
    • Pemain No.15
    • Sekolah: Kainan tahun ke-3
    • Posisi: Shooting Guard (PF)
    • Tinggi: 160CM
    • Berat: 42KG

“Seorang pemain yang sering diabaikan kerana badannya yang lemah. Selepas melalui latihan yang sengit, dia akhirnya menjadi pakar dalam menjaringkan 3 mata.”

Skill intro

Yoshinori Miyamasu adalah Shooting Guard untuk sebuah pasukan yang memiliki kemampuan hebat dalam menjaringkan gol dan pertahanan. Kebolehan “Set Shot” dan “3-point Sniper” -nya membolehkan Yoshinori menjaringkan mata dengan tepat. Lebih-lebih lagi, anda dijamin untuk mendapatkan 3 mata ketika menggunakan abiliti “3-point Sniper” di tempat terbuka.

“All-out Defense” pula menyukarkan pihak lawan untuk menggelecek dan menjaringkan mata. Abiliti “Swift Sprint” menggunakan saiz Yoshinori Miyamasu yang kecil dan mengurangkan kemungkinan untuk dia bertembung dengan pihak lawan sambil mempercepat pergerakannya. Melalui “Precise Calculation“, dia dapat mengira setiap detik permainan dengan tepat, lalu meningkatkan kepantasan pemulihan tenaga.

Jika anda berminat untuk bermain game ini, sila tekan butang muat turun yang kami sediakan di bawah! Tersedia untuk peranti Android dan iOS, jom hidupkan semula legenda Hanamichi Sakuragi!

Muat turun di sini
SLAM DUNK
Publisher: DeNA
Developer: Toei Animation
Release Date TBC
Android, iOS
"SLAM DUNK", permainan e-sukan bola keranjang real-time 3V3 yang dihasilkan oleh Toei Animation dan diedarkan oleh DeNA.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DeNAMobileSlam DunkToei AnimationYoshinori Miyamasu
Previous Post

Pra-pesanan untuk Blu-ray dan versi digital PS5 Ratchet & Clank: Rift Apart dibuka bermula hari ini!

Next Post

Sah! Koleksi UT Uniqlo Monster Hunter Rise bakal mendarat di Malaysia Jun ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Sah! Koleksi UT Uniqlo Monster Hunter Rise bakal mendarat di Malaysia Jun ini!

Sah! Koleksi UT Uniqlo Monster Hunter Rise bakal mendarat di Malaysia Jun ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd