Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Epic Games Store kini menggunakan mata wang Ringgit Malaysia di kedai dalam talian!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 23, 2021
in Artikel, Berita, Epic Store, PC, Tempatan
0 0
0
Epic Games Store kini menggunakan mata wang Ringgit Malaysia di kedai dalam talian!
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang dijanjikan oleh Epic Games pada awal tahun ini, ternyata mereka menepati janji untuk membawa lebih banyak sokongan mata wang di negara-negara Asia Tenggara, termasuk Malaysia. Dilaksanakan semalam, rakyat Malaysia kini dapat membeli permainan di Epic Games Store dalam nilai harga Ringgit Malaysia dan bukannya dolar Amerika Syarikat.

Good news! We've added support for 13 new currencies.

You can now use CSC, UYU, HKD, IDR, MYR, PHP, SGD, THB, VND, KZT, QAR, BGN and TWD to make purchases on the Epic Games Store. pic.twitter.com/YmJhUfAfsA

— Epic Games Store (@EpicGames) April 21, 2021

Seperti yang dinyatakan di Twitter rasmi Epic Games, mereka akan menyokong mata wang:

  • CSC (CasinoCoin)
  • UYU (Uruguayan peso)
  • HKD (Hong Kong Dollar)
  • IDR (Indonesian Rupiah)
  • PHP (Philippine peso)
  • SGD (Singapore Dollar)
  • THB (Thai Baht)
  • VND (Vietnamese Dong)
  • KZT (Kazakhstani Tenge)
  • QAR (Qatari Riyal)
  • BGN (Bulgarian lev)
  • TWD (New Taiwan dollar)
  • MYR (Malaysian ringgit)

Ini akan menjadi tambahan yang baik kerana pengguna Malaysia dan negara-negara di atas- sebelum ini – perlu menukar mata wang mereka sendiri kepada dolar AS. Maksudnya, kita tidak perlu lagi menukar harga yang disenaraikan dalam dolar AS kepada wang Ringgit Malaysia. Apabila tukar pun, itu bukan lah harganya yang tepat dan cuma anggaran oleh Google. Jadi sekurang-kurangnya sekarang, kita tahu dengan tepat berapa nilai yang perlu kita bayar untuk membeli permainan.

Pengguna hanya perlu pergi ke halaman Epic Games Store, dan secara automatik, senarai katalog permainan akan menunjukkan harga setiap permainan. Sebagai contoh, Hitman 3 asalnya dijual pada harga RM104.99, tapi kini mempunyai potongan harga RM78.74. Permainan akan datang Hood: Outlaws & Legends pula boleh dipra-pesan pada nilai harga RM69.

Kalau dulu, susah untuk kita tahu jumlahnya yang tepat, tetapi selepas penambahan mata wang Ringgit Malaysia, ia lebih senang untuk kita tahu promosi dan diskaun terkini supaya pengguna boleh tahu jika ia berbaloi untuk beli atau tidak.

Semakin banyak pelantar dan kedai dalam talian PC kini menambahkan sokongan yang lebih meluas untuk jenis mata wang di seluruh, Bagi saya, ini merupakan petanda yang baik kerana bukan sahaja melancarkan lagi urusan beli, malah memantapkan pengalaman keseluruhan pemain.

Untuk segala liputan kami tentang Epic Games, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Asia TenggaraEpic Gamesepic games storeMalaysiamalaysia ringgitPCRinggit Malaysiarm
Previous Post

Figura Eksklusif, Ganjaran dan banyak lagi tersedia dalam Tales of Arise Collector’s Edition!

Next Post

Sony Interactive Entertainment dan Firewalk Studio akan bekerjasama menghasilkan permainan multiplayer AAA terbaru!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Sony Interactive Entertainment dan Firewalk Studio akan bekerjasama menghasilkan permainan multiplayer AAA terbaru!

Sony Interactive Entertainment dan Firewalk Studio akan bekerjasama menghasilkan permainan multiplayer AAA terbaru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd