Gunpla menjadi terkenal sejak debut anime pada akhir 1970-an, dan sekarang, model plastik ini dapat dapat bantu menyelamatkan alam sekitar dengan “Gunpla Recycling Project” yang telah dimulakan di Jepun!
Pada tahun 1980, Bandai telah melancarkan kit model berdasarkan siri mecha anime Gundam. Kit ini dipanggil Gunpla, di mana “pla” adalah singkatan dari “plastik,” salah satu bahan yang paling digunakan untuk membuat kit tersebut. Seperti yang awak semua tahu, tidak semua plastik yang terdapat dalam kit Gunpla digunakan untuk model. Plastik ini bernama “runner” dan berfungsi sebagai bahagian plastik berbentuk bingkai yang memegang semua komponen penting.
Setelah model itu dipasang, runner tidak lagi mempunyai fungsi, jadi empat syarikat Bandai Namco: Bandai Namco Holdings, Bandai Spirits, Bandai Namco Amusement, dan bahagian logistik Logipal Express, melancarkan Gunpla Recycling Project. Sejumlah kotak kitar semula Gunpla akan dipasang di 190 lokasi di pusat permainan video Namco di seluruh Jepun, di mana peminat boleh membuang runner untuk menjaga alam sekitar.
Plastik runner bersama dengan sampah plastik dari pusat produksi Gunpla, akan dikumpulkan dan digunakan dalam tiga cara kitar semula. Pertama adalah cara kitar semula kimia, di mana polistirena plastik akan dipecah kepada monomer styrene yang dapat digunakan sebagai bahan mentah untuk bahagian plastik baru. Bahagian lain akan digunakan untuk kitar semula mekanikal, di mana plastik secara fizikal dihancurkan menjadi kecil untuk kegunaan kemudian. Yang terakhir adalah kitar semula termal, di mana bahan buangan yang tidak dapat dikitar semula dibakar sebagai bahan bakar untuk menghasilkan elektrik.
Jika diperkenalkan di Malaysia, adakah anda akan mengambil bahagian dalam Gunpla Recycling Project ini? Jom kongsi pendapat anda dalam ruang komen sekarang! Untuk segala liputan kami tentang Gundam, sila tekan pautan ini.
Sumber – Bandai Spirits
@gamersantaimy
Discussion about this post