Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gearbox Entertainment menjadi anak syarikat Embracer Group dengan nilai RM5.37 billion

Amir Haziq by Amir Haziq
April 7, 2021
in Artikel, Berita, Genre
0 0
0
Gearbox Entertainment menjadi anak syarikat Embracer Group dengan nilai RM5.37 billion
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu studio pengembang permainan terbesar, yang merupakanpemaju Borderlands iaitu Gearbox Entertainment, kini menjadi anak syarikat rasmi Embracer Group. Kedua syarikat itu telah bersetuju dengan menutup perjanjian secara rasmi bernilai $1.3 billion (anggaran RM5.37 billion).

Gearbox Entertainment adalah salah satu studio berprofil tinggi yang diperoleh Embracer Group, selain studio Coffee Stain yang menerbitkan Valheim, studio Saints Row Deep Silver dan THQ Nordic. Secara keseluruhan, Embracer kini dilaporkan mempunyai 63 studio pembangunan permainan dalaman dengan lebih daripada 7,000 pekerja di 40 negara seluruh dunia.

“Gearbox kini perlu lebih bersiap untuk pertumbuhan lebih pesat di semua bahagian pengembangan permainan dan cabang penerbitannya.” kata Embracer dalam siaran berita.

“Pasukan kami sangat gembira dengan peluang yang kami miliki sekarang. Kami sekarang siap untuk melancarkan IP baru, membuat lebih banyak permainan dengan jenama yang ada, mengembangkan pasukan kami yang sangat berbakat dan memanfaatkan peluang baru dalam misi kami untuk menghiburkan dunia. Ini hanya permulaan.” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Gearbox, Randy Pitchford.

Di samping itu, Gearbox mempunyai 550 pekerja di pejabat Frisco, Texas dan bandar Quebec. Studio mereka terkenal dengan siri Borderlands, termasuklah beberapa francais lain seperti Half-Life, Tony Hawk’s Pro Skater, James Bond, Counter-Strike, dan Halo. Mereka memulakan bahagian penerbitan pada tahun 2015 dan telah menerbitkan tajuk seperti Bulletstorm: Full Clip Edition, We Happy Few, dan permainan Godfall untuk pelancaran PS5. Tidak semua permainan dari Gearbox berjaya seperti Borderlands, contohnya permainan mobile Battleborn, Duke Nukem Forever dan Aliens: Colonial Marines antara produk mereka yang gagal kerana tiada sambutan.

Ketua pegawai Eksekutif Embracer Group, Lars Wingefors turut menyatakan Gearbox adalah pembelian terbesar dalam syarikatnya. Beliau juga turut yakin dengan masa depan Gearbox setelah menyertai Embracer Group.

Walaupun perjanjian bernilai hingga $1.3 billion, tetapi Gearbox perlu bergantung sebahagian besar nilai perjanjian tersebut untuk mencapai prestasi yang ditentukan Embracer Group. Gearbox mendapat wang tunai $188 juta (anggaran RM776.25 juta) sebagai permulaan, dan pembayaran pendahuluan sebanyak $363 juta (anggaran RM1498.83 juta) pada hari pertama perjanjian itu. Gearbox dijanjikan dengan keuntungan yang lebih banyak jika mereka mencapai prestasi tertentu.

Tambahan pula, pembelian Gearbox yang dibuat Embracer adalah contoh terbaru penyatuan berprofil tinggi dalam industri permainan. Pada bulan Mac, Microsoft juga telah selesai mengambil alih ZeniMax dan anak syarikatnya termasuk Bethesda yang bernilai $7.5 billion (anggaran RM30.97 billion). Manakala pembelian terbesar dalam sejarah, dimana Tencent membeli pemaju Clash of Clans iaitu Supercell dengan nilai $8.6 billion (anggaran RM35.51 billion) pada tahun lalu.

Dengan kolaborasi berprofil tinggi seperti ini, pastinya para pembangun dan pemaju bakal mengeluarkan banyak permainan yang berkualiti tinggi untuk semua pemain.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Previous Post

Bandai melancarkan Gunpla Recycling Project supaya bumi kekal hijau!

Next Post

Pra-pesanan untuk FFVII Advent Children 4K UHD + Blu-Ray + Digital dibuka di Amazon!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Pra-pesanan untuk FFVII Advent Children 4K UHD + Blu-Ray + Digital dibuka di Amazon!

Pra-pesanan untuk FFVII Advent Children 4K UHD + Blu-Ray + Digital dibuka di Amazon!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd