Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tiga lagi permainan mobile baru Clash of Clans dihasilkan Supercell

Amir Haziq by Amir Haziq
April 5, 2021
in Android, Artikel, Berita, Genre, iOS, Mobile
0 0
0
Tiga lagi permainan mobile baru Clash of Clans dihasilkan Supercell
Share on FacebookShare on Twitter

Clash of Clans masih lagi kekal popular walaupun ianya telah lama dilancarkan, dan kini Supercell telah menghasilkan tiga lagi permainan baru yang mempunyai konsep universe yang sama. Supercell biasanya tidak akan berkongsi tentang permainannya sehingga ia dilancarkan, namun kali ini mereka telah memilih untuk menunjukkannya dengan lebih awal. Langkah ini bertujuan untuk menimbulkan keterujaan kepada pemain mengenai pengembangan genre baru di universe Clash.

Anda mungkin sudah biasa dengan gaya permainan Clash of Clans dan Clash Royale, tetapi Supercell mempunyai lebih banyak elemen baru untuk permainan mereka. Yang pertama, Clash Quest memberi fokus pada strategi adventure, taktik dan turn-based. Pemain boleh menghancurkan pertahanan musuh dan menggunakan pertempuran berasaskan grid.

Seterusnya, Clash Mini dihasilkan bagi pengalaman board game dengan miniatur sebagai main hero dalam permainan. Anda perlu meletakkan watak mini secara serentak lalu berlawan secara automatik. Permainan ini masih dikembangkan oleh Supercell Shanghai. Clash mini menumpukan sepenuhnya pada aspek strategi, dimana pemain kasual tidak perlu mengikuti realtime seperti permainan Clash yang lain.

Manakala bagi Clash Heroes pula, ianya sudah siap dihasilkan oleh Supercell Shanghai yang memberikan pengalaman baru untuk anda. Permainan action-adventure stepdown ini menampilkan pertempuran realtime di mana anda akan mengawal watak Clash yang ikonik untuk menyelesaikan Quest, mengalahkan musuh, dan menyelesaikan misi. Ianya juga agak menarik kerana anda boleh bermain secara online dengan rakan-rakan.

“Dengan maklum balas anda, kami harap ketiga-tiga tajuk ini boleh menjadi permainan yang hebat dan patut dimiliki oleh peminat Clash. Jika mereka tidak memenuhi piawaian, kami akan menghapuskannya dan meneruskan usaha lain.”  kata pemaju.

“Pasukan permainan Clash of Clans dan Clash Royale 100% terpisah dari tiga permainan Clash yang baru serta pasukan pembangun di belakangnya. Permainan Clash baru ini tidak akan mempengaruhi pengembangan untuk permainan Supercell yang ada.”

Walaupun begitu, ketiga-tiga permainan baru ini merupakan usaha besar dari syarikat Supercell untuk mengembangkan universe Clash yang popular. Pada tahun lalu, mereka juga melancarkan animasi pendek CG pertamanya, dan pada tahun 2016, laman web Clash yang dikendalikan oleh penulis The Simpsons. Usaha yang dilakukan ini juga menunjukkan perkembangan syarikat Supercell sejak beberapa tahun lalu. Clash Mini dan Clash Heroes turut menjadi permainan pertama dari studio baru Supercell di Shanghai.

Buat masa ini, tiada lagi pengumuman rasmi mengenai beta bagi ketiga-tiga permainan tersebut kerana masih dalam proses pengembangan. Tapi pastinya anda akan teruja apabila permainan baru ini akan dilancarkan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Clash HeroesClash MiniClash Quest
Previous Post

Sembelih yokai dalam World of Demons di Apple Arcade sekarang!

Next Post

Pelakon filem Borderlands didedahkan termasuk Edgar Ramirez, Kevin Hart, Jack Black & ramai lagi!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Pelakon filem Borderlands didedahkan termasuk Edgar Ramirez, Kevin Hart, Jack Black & ramai lagi!

Pelakon filem Borderlands didedahkan termasuk Edgar Ramirez, Kevin Hart, Jack Black & ramai lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd