Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kapal Angkasa mendarat! Unboxing edisi terhad MSI GE66 Raider Dragonshield terbaru!

Kemas gila reka bentuk dia, kira harga 13ribu pun memang berbaloi ar!

Nyny.A by Nyny.A
October 12, 2020
in Artikel, Berita, Figura/barang koleksi, Laptop, Mouse, Mouse Mat, Teknologi
0 0
0
Kapal Angkasa mendarat! Unboxing edisi terhad MSI GE66 Raider Dragonshield terbaru!
Share on FacebookShare on Twitter

Selamat datang ke GE66 Raider Dragonshield. Terlibat dalam prestasi luar biasa dengan teknologi canggih. Bersenjata dengan pemproses Intel Core i9 Gen ke-10 terkini dan grafik NVIDIA GeForce RTX 2080 SUPER. Reka bentuk sci-fi dengan pencahayaan aurora panoramik memberikan anda persediaan permainan RGB yang terbaik. Dragonshield Limited Edition sememangnya laptop gaming yang serba lengkap dan kami telah Unboxing nya!!

Berterima kasih kepada Brightstar Computer Sdn Bhd yang menghubungkan kami dengan Kapal Angkasa yang hebat ini! Laptop gaming yang berinspirasikan Star Wars: The Prequel Trilogy, Rogue One: A Star Wars Story, Iron Man, Captain America: Civil War, Transformers dan Bumblebee, dihasilkan oleh artis konsep Colie Wertz dengan koborasi MSI. Sampai sahaja laptop GE66 Raider Dragonshield ini, tergamam kami melihat keunikkan reka bentuknya!

“Semasa merancang bahagian luar GE66 Raider Dragonshield, saya mendapat inspirasi dari bahagian dalamnya – ringan, mudah alih dan kuat, seperti senjata yang penuh kelajuan,”

-VFX dan konsep artis, Colie Wertz.

“Panel yang terukir dan ketepatan kemasannya berfungsi sebagai perisai elegan yang memeluk mesin laptop sambil melindunginya semasa pengembaraan.”

-MSI

Menambah reka bentuknya yang unik, laptop gaming edisi terhad ini menampilkan cahaya mystic dengan pencahayaan aurora panoramik yang meluas ke seluruh bahagian depan casis dan 16.8 juta warna untuk para pemain mempamerkan tema permainan RGB utama mereka. MSI True Color Technology juga memberikan mod yang sempurna untuk pelbagai kes penggunaan, termasuk menonton filem, melayari web, permainan dan penggunaan lanjutan dengan anti-blue light mode.

Untuk pengalaman permainan yang mengasyikkan, GE66 Raider Dragonshield memberi audio resolusi tinggi, bunyi sekeliling 3D dan pembesar suara baru Duo Wave MSI, memberikan suara yang lebih hebat dan tepat. Ciri tambahan termasuk Cooler Boost 5 dengan kipas yang lebih besar dan paip haba yang lebih luas untuk memastikan prestasi maksimum semasa permainan melampau. Kamera web 1080p yang ditingkatkan untuk streaming yang lancar dan WiFi 6 untuk permainan wireless yang lebih pantas.

Bukan sahaja Laptop GE66 Raider di dalam kotak ini, terdapat juga Kapal Angkasa, Mouse, Art Book dan Mouse Pad! 

Kapal Angkasa sebenar telah mendarat! 

Bukan hanya perawatan permukaan estetik, ciptaan Colie selalu memperlihatkan penampilan miniatur teknologi masa depan yang menakjubkan, dikaitkan dengan pembinaan, mekanik dan tekniknya yang cerdas. “Saya membayangkan Dragonshield menjadi nadi reka bentuk mesin. Dengan berbuat demikian, saya membayangkan perisai itu terpampang di bahagian belakang kapal bersayap. Colie berkata. Casisnya berperisai sebagian dengan panel logam terukir, yang menyerupai bahagian kapal angkasa, yang memanjang dari penutup ke bawah.”

 

1 of 6
- +

Kami sememangnya kagum dengan “Spaceship MSI GE66” ini, boleh lihat disekelilingnya, reka bentuknya seperti yang nyata walau bersaiz kecil, logo MSI dan GE66 terpampang di bahagian sayap belakangnya. Sememangnya, kami teringin sangat nak Spaceship ini duduk terus di rak hiasan kami!

Tetikus dengan reka bentuk yang sangat unik!

Makin hari makin gempak tengok mouse gaming kan, dengan mengikuti edisi istimewa dan terhad GE66 Raider ini, mouse gaming ini turut mengikuti reka bentuknya. Bahagian atas mempunyai rekaan lubang-lubang seperi sarang lebah, saiz yang sangat selesa mengikut pengangan telapak tangan, memang sesuai sangat pula dengan warna oren hitamnya!

Terdapat Art book Blueprint Colie Wertz!

 

1 of 5
- +

Anda nak tahu lebih lanjut dengan Spacship GE66 ini? Terdapat Blueprint yang disediakan oleh Colie Wertz menampilkan ciri-ciri kapal angkasa ini! Ya ada bahagian depan yang rupanya “Duo-Wave Torpedo Launcher” dan ada juga senjata yang diberi nama “Mystic Light- 16.8 Laser Canons”. Anda boleh lihat gambar dibawah;

Juga Mouse Pad tersedia untuk keselesaan penggunaan anda!

Memberi gambaran GE66 Raider Dragonshield spaceship untuk anda! Besar puas hati, memang mousepad ini tersedia untuk anda!

Jadi keseluruhan yang terdapat dalam pek edisi terhad ini adalah:

  • GE66 Raider 10SFS (RTX2070 SUPER, GDDR6 8GB) Dragonshield Edition
    • 15.6″ FHD (1920*1080), 240Hz Thin Bezel, close to 100%sRGB
    • Comet lake i9-10980HK+HM470
    • RTX2070 SUPER, GDDR6 8GB
    • Per key RGB steelseries KB
    • DDR IV 16GB*2 (3200MHz)
    • 1TB NVMe PCIe Gen3x4 SSD
    • Killer Wi-Fi 6 AX1650i (2*2 ax) + BT5.1
    • 4 cell , 99.9Whr
    • Windows 10 Home Advanced
    • 2 Year Warranty Term for Gaming
  •  GE Dragonshield Edition pack- Colie (mouse, mousepad, Spaceship)

Lebih menarik, laptop GE66 Raider Dragonshield ini terlalu terhad kerana hanya terdapat 3000 unit di seluruh negara dan hanya terdapat 10 Unit sahaja tersedia di Malaysia! Jadi, jika anda tidak mahu melepaskan pek edisi terhad GE66 Raider Dragonshield ini, ianya berharga RM13,499.00 dan boleh dapatkannya melalui laman web rasmi MSI atau Pre-order di Shopee MSI. Terima kasih sekali lagi Brightstar Computer Sdn Bhd bagi kami unboxing laptop gempak ni!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Colie Wertz X MSIGE66 Raider DragonshieldGE66 Raider Dragonshield UnboxingMSI
Previous Post

Ulasan akses awal Sands of Salzaar: gameplay yang serabut di tengah gurun!

Next Post

ROG Phone 3 Strix Edition kini boleh didapati dengan Maxis Zerolution serendah RM109/sbln!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Next Post
ROG Phone 3 Strix Edition kini boleh didapati dengan Maxis Zerolution serendah RM109/sbln!

ROG Phone 3 Strix Edition kini boleh didapati dengan Maxis Zerolution serendah RM109/sbln!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd