Walaupun ramai yang suka pakaian medieval comel di Fall Guys, penambahan mod baru adalah sesuatu yang sangat diingini oleh komuniti Fall Guys. Gauntlet Mode merupakan percubaan pertama Mediatonic dengan membolehkan pemain bermain aksi Fall Guys yang sama tetapi tanpa perlawanan “berpasukan”.
Ini berita baik kerana bermaksud Mediatonic jelas mendengar permintaan pemain. Perlawanan “berpasukan” telah menjadi kontroversi yang agak popular sejak permainan pertama kali dilancarkan, dengan ramai merasa ia tidak adil untuk sebuah battle royale kerana pemain harus bergantung pada rakan sepasukan secara rawak. Walaupun begitu, ramai juga pemain yang menikmatinya, jadi pasukan memilih untuk mencipta mod baru daripada membuangnya.
Bagi sesiapa yang suka bermain solo, saya harus memberitahu bahawa Gauntlet Mode hanya merangkumi jenis perlawanan “lumba” dan “survival“. Perlawanan popular seperti Jump Showdown dibuang sepenuhnya dalam mod ini, dan Fall Mountain adalah satu-satunya perlawanan terakhir yang ditawarkan.
Selain itu, pemain juga akan menemui battle pass baru untuk Fall Guys, yang penuh dengan pakaian, corak, dan skema warna baru. Menurut pereka utama permainan, battle pass Fall Guys Season 2 lebih mudah untuk diselesaikan, memerlukan lebih sedikit XP untuk mendapatkan ganjaran kerana terdapat aduan yang mengatakan ia terlalu “grindy“.
Fall Guys kini boleh didapati di PC dan PlayStation 4.
@gamersantaimy
Discussion about this post