Semua maklumat penting mengenai konsol next-gen Sony sudah didedahkan sekarang. Orang ramai kini tahu berapa nilai kosnya, tarikh pelancaran, dan juga julat harga bagi permainan video generasi akan datang. Yang tinggal sekarang hanyalah untuk peminat melihat sendiri apa yang boleh dilakukan oleh PS5, dan beberapa media Jepun telah memberikan pandangan pertama tentang pengalaman mereka dengan sistem permainan baru ini.
Sony membenarkan pencipta kandungan ini menggunakan PlayStation 5 semasa YouTube Gaming Week, yang menyaksikan lebih daripada 100 pencipta kandungan Jepun membuat siaran langsung di pelbagai konsol dan pelantar mudah alih. Sepuluh pencipta kandungan bertuah dipilih untuk mempamerkan PS5, dan salah seorang daripada mereka memuat naik video sekitar 24 minit selepas itu.
Video menggambarkan beberapa aspek PlayStation 5, seperti saiz konsol dan controller DualSense serta menunjukkan beberapa gameplay Godfall, Astro’s Playroom, dan judul akan datang Square Enix, Balan Wonderworld. Ciri-ciri DualSense dipaparkan sepenuhnya di sini juga di mana penonton dapat melihat fungsi Adaptive Trigger dan Haptic Feedback, terutamanya di Astro’s Playroom. Beberapa media juga mengesahkan bahawa PS5 mempunyai “load time” serta merta dan sangat senyap ketika berfungsi, berbanding dengan PlayStation 3 dan PlayStation 4 yang agak bising. Malangnya, masih belum ada rakaman sebenar untuk UI baru PlayStation 5.
Setiap demo hanya memberikan gambaran ringkas mengenai gameplay, tetapi ini adalah peluang bagi peminat PlayStation untuk melihat bagaimana permainan video dimainkan di konsol PS5. Mekanik dalam permainan membolehkan pemain bereksperimen dengan touchpad, mikrofon, dan merasakan maklum balas haptik DualSense secara langsung.
Kepada bakal pembeli PS5, apa pendapat anda tentang konsol ini? Harga rasminya masih belum diumumkan di Malaysia, tapi sekurang-kurangnya, anda mendapatkan gambaran yang lebih baik sebelum ia dilancarkan.
PlayStation 5 dikeluarkan pada 12 November.
@gamersantaimy
Discussion about this post