Pandangan 20+ min untuk PS5! Menampilkan konsol penuh & gameplay!

Semua maklumat penting mengenai konsol next-gen Sony sudah didedahkan sekarang. Orang ramai kini tahu berapa nilai kosnya, tarikh pelancaran, dan juga julat harga bagi permainan video generasi akan datang. Yang tinggal sekarang hanyalah untuk peminat melihat sendiri apa yang boleh dilakukan oleh PS5, dan beberapa media Jepun telah memberikan pandangan pertama tentang pengalaman mereka dengan sistem permainan baru ini.

Sony membenarkan pencipta kandungan ini menggunakan PlayStation 5 semasa YouTube Gaming Week, yang menyaksikan lebih daripada 100 pencipta kandungan Jepun membuat siaran langsung di pelbagai konsol dan pelantar mudah alih. Sepuluh pencipta kandungan bertuah dipilih untuk mempamerkan PS5, dan salah seorang daripada mereka memuat naik video sekitar 24 minit selepas itu.

Video menggambarkan beberapa aspek PlayStation 5, seperti saiz konsol dan controller DualSense serta menunjukkan beberapa gameplay Godfall, Astro’s Playroom, dan judul akan datang Square Enix, Balan Wonderworld. Ciri-ciri DualSense dipaparkan sepenuhnya di sini juga di mana penonton dapat melihat fungsi Adaptive Trigger dan Haptic Feedback, terutamanya di Astro’s Playroom. Beberapa media juga mengesahkan bahawa PS5 mempunyai “load time” serta merta dan sangat senyap ketika berfungsi, berbanding dengan PlayStation 3 dan PlayStation 4 yang agak bising. Malangnya, masih belum ada rakaman sebenar untuk UI baru PlayStation 5.

Setiap demo hanya memberikan gambaran ringkas mengenai gameplay, tetapi ini adalah peluang bagi peminat PlayStation untuk melihat bagaimana permainan video dimainkan di konsol PS5. Mekanik dalam permainan membolehkan pemain bereksperimen dengan touchpad, mikrofon, dan merasakan maklum balas haptik DualSense secara langsung.

Kepada bakal pembeli PS5, apa pendapat anda tentang konsol ini? Harga rasminya masih belum diumumkan di Malaysia, tapi sekurang-kurangnya, anda mendapatkan gambaran yang lebih baik sebelum ia dilancarkan.

PlayStation 5 dikeluarkan pada 12 November.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Next Post

Discussion about this post

Discord Kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.