Siapa sangka tertular di media sosial hari ini bahawa siri manga/animasi terkenal sepanjang zaman iaitu Dragon Ball hasil dari Akira Toriyama rupa-rupanya ada studio tempatan dari Malaysia yang turut berkolaborasi dalam pembikinan Dragon Ball! Iya, dikongsikan oleh pengguna Facebook Nahar Fadzil di Group Malaysiaku Dulu Dulu.
Menurutnya, beliau merupakan pasukan awal animasi Malaysia yang dahulunya bernama Lensamation Sdn Bhd menghasilkan siri popular ini dengan kerjasama syarikat animasi Jepun iaitu TOEI DOGA Animation (TDA). Melalui sejarah Lensa Film Sdn Bhd, mereka telah membuat projek ini bermula tahun 1985! 6 artis terpilih untuk dilatih dibawah TDA dan ketika itu Lensa Film membawa 5 pakar animasi dari Jepun untuk melatih lebih daripada 70 artis animasi tempatan, semuanya dalam jangka masa 2 tahun. Individu-individu ini diberi peluang untuk bekerja sambil dilatih pada masa yang sama dan ini telah menyumbang kepada perkembangan industri animasi negara.

En. Nahar juga menyatakan di ruangan komen, beliau bertugas sebagai pelukis dan inker, cuma storyboarding dihasilkan oleh pengarah skrip dari TDA. Wakil dari TDA akan turun ke Malaysia untuk pemantauan dari segi kualiti dan penyeragaman animator dari Jepun dan Malaysia.

“Ini pix personal aku bersama geng-geng awal animasi M’sia seawal 1988.”
“Skrg bila rerun di tv aku bgtau “ayah lah yg buat Dragonball ni dulu”, anak aku x percaya!”-Nahar Fadzil
Sejarah pendek Dragon Ball:
Dragon Ball adalah francais media Jepun yang diciptakan oleh Akira Toriyama pada tahun 1984. Manga awal yang ditulis dan diilustrasi oleh Toriyama, disiarkan dalam Weekly Shōnen Jump dari tahun 1984 hingga 1995, dengan 519 bab individu dikumpulkan menjadi 42 volume tankōbon oleh penerbitnya Shueisha. Dragon Ball pada mulanya diilhamkan oleh novel klasik China Journey to the West abad ke-16, serta filem seni mempertahankan diri Hong Kong.
Siri ini mengikuti petualangan protagonis, Son Goku, dari masa kecilnya hingga dewasa ketika dia berlatih dalam seni mempertahankan diri. Dia menghabiskan masa kecilnya jauh dari peradaban sehingga dia bertemu dengan seorang gadis remaja bernama Bulma, yang mendorongnya untuk bergabung dalam pencariannya dalam menjelajahi dunia untuk mencari tujuh bola yang dikenali sebagai Bola Naga, yang memanggil naga pemberian harapan ketika dikumpulkan. Sepanjang perjalanannya, Goku kenal dengan beberapa teman lain, menjadi keluarga, menemukan warisan asingnya dan memerangi pelbagai penjahat, yang kebanyakannya juga mencari Bola Naga.
Lensa Film juga telah berkalobrasi dengan beberapa animasi lain seperti Sailormoon dan Transformers. Mereka juga telah menghasilkan beberapa animasi tempatan yang pernah disiarankan di TV tempatan Malaysia seperti animasi Kacang dan Ranggi. Siapa sangkakan, seorang bapa yang mengongsikan sejarah menarik untuk diketahui seluruh rakyat Malaysia? Pasti berbangga bila menyatakan pekara ini, biarlah orang tidak percaya, tetapi bukti ada, biar tersenyum sendiri asalkan sejarah itu indah. Sampai sekarang Dragon Ball tetap menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia! Tahniah atas kerjasama hebat Lensa Film bersama TDA!
Sumber: Nahar Fadzil; Lensa Film Sdn Bhd
@gamersantaimy
Discussion about this post