Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Fist of the North Star: Ken’s Rage 2 akan diadaptasikan ke versi mobile! Game anime ala-ala siri Musou!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 14, 2020
in Android, Anime, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Fist of the North Star: Ken’s Rage 2 akan diadaptasikan ke versi mobile! Game anime ala-ala siri Musou!
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam satu langkah yang mengejutkan, Koei Tecmo telah mengumumkan bahawa mereka akan menyambut ulang tahun ke-10 Fist of the North Star: Ken’s Rage dengan membawa sekuelnya ke peranti mobile di Jepun. Dikeluarkan beberapa tahun selepas yang pertama, Ken’s Rage 2 ialah game “musou” seperti siri Dynasty Warrios dan menambahkan beberapa watak tambahan dan mod dalam talian tetapi tidak berjaya meraih populariti yang sama seperti ansuran pertama. Ramai yang menjangkakan permainan ini akan diapatasi untuk pelantar Switch namun kini ia disahkan untuk mobile.

\事前登録開始!/
本日Sammyさんの「P真・北斗無双 第3章」~ONLINE SPECIAL PROGRAM~内で発表!
アプリ『真・北斗無双』配信決定!!??
本日より公式サイトや公式SNSでの事前登録も開始!

事前登録はこちらから⇒https://t.co/IS7CsnDrqS#北斗無双モバイル #北斗の拳 #北斗の拳の日 pic.twitter.com/QuRXHrjxBl

— 世紀末アクションRPG『真・北斗無双』公式 (@kt_hokuto) September 13, 2020

Pemaju Midas akan mengendalikan port baru ini dengan tarikh pelancaran pada hujung tahun 2020. Sebelum ini, Midas telah bekerjasama dengan Square Enix untuk menghasilkan Dragon Quest of the Stars versi mobile untuk iOS dan Android. Itulah sebabnya mengapa Koei Tecmo mencari mereka untuk pembikinan Ken’s Rage 2.

Apabila akhirnya dilancarkan, permainan ini boleh dimainkan secara percuma dengan beberapa pembelian dalam aplikasi. Kemungkinan besar, pemain harus membayar sejumlah duit untuk dapatkan watak atau barangan yang diingini demi menjadi lebih kuat. Memandangkan ia bersifat “musou”, watak yang META pasti memainkan peranan.

Lebih banyak lagi tentang Fist of the North Star: Ken’s Rage 2 versi mudah alih akan diumumkan oleh Koei Tecmo untuk acara Tokyo Game Show 2020 pada 23 September 2020. Tentang siri Dynasty Warriors atau Samurai Warriors seterusnya pula, saya masih tidak ada maklumat itu. Untuk maklumat lanjut tentang permainan ini, sila layari laman web rasmi di mana pra-pendaftaran sudah pun bermula!

Tags: AndroidanimeFist of the North Star: Ken's Rage 2iOSkoei tecmoMobile
Previous Post

Sekuel manga dan anime Burn the Witch akan datang Oktober 2020 ini!

Next Post

Wow! Dragon Ball rupanya dihasilkan dengan kolaborasi studio Malaysia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan
Mobile

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan

July 20, 2026
Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan
Berita

Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan

July 20, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
Next Post
Wow! Dragon Ball rupanya dihasilkan dengan kolaborasi studio Malaysia!

Wow! Dragon Ball rupanya dihasilkan dengan kolaborasi studio Malaysia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd