Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Alami zaman Yunani dalam cara yang lebih segar & baru” – Temuramah eksklusif bersama pemaju Immortals Fenyx Rising!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 12, 2020 - Updated on February 20, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, Eksklusif, Genre, Temuramah
0 0
0
“Alami zaman Yunani dalam cara yang lebih segar & baru” – Temuramah eksklusif bersama pemaju Immortals Fenyx Rising!
Share on FacebookShare on Twitter

Ubisoft mempamerkan lebih banyak maklumat tentang Immortals Fenyx Rising – sebuah permainan video yang sebelumnya diberi judul Gods & Monsters – sebagai sebahagian daripada siaran langsung digital Ubisoft Forward kelmarin. Saya juga berpeluang mencubanya dalam sesi demo yang anda boleh baca di sini.

Sejak pengenalannya pada E3 2019, Ubisoft telah membuat banyak perubahan di mana watak pemain, Fenyx, adalah lebih jelas dan dunia nampak lebih cantik. Di sini, Ubisoft mengekalkan reka bentuk yang lebih mesra dan beranimasi seperti yang sebenarnya diinginkan oleh pasukan pemaju Assassin’s Creed: Odyssey. Banyak sudah saya jelaskan semasa dalam ulasan dan liputan lama, tapi sudah tentu, beberapa soalan timbul di kepala.

Tanpa diduga, pasukan pemaju di sebalik pembikinan Immortals Fenyx Rising yang terdiri daripada produser Marc-Alexis Coté, pengarah permainan Scott Phillips, dan pengarah naratif/ketua penulis Jeffrey Yohalem telah bersetuju kepada temuramah dan adalah beberapa jawapan yang saya dapat korek. Mari kita teruskan ke bahagian temuramah!


Immortals Fenyx Rising banyak mengingatkan saya kepada Zelda: Breath of the Wild dan pasukan pemaju menganggap ia adalah suatu kehormatan untuk dibandingkan dengan permainan video yang hebat seperti itu. Pasukan mereka sangat menyukai Zelda sehingga tahap meletakkan easter egg di Assassin’s Creed Odyssey! Kembali kepada soalan asal, Immortals Fenyx Rising agak berbeza dengan permainan video lain.

Sepanjang pembangunan Assassin’s Creed Odyssey, pemikiran pemaju berpusat pada aspek lain tentang sejarah Yunani iaitu mitologi. Kisah-kisah dewa dan pahlawan Yunani telah wujud sejak awal sejarah dan ia berubah kepada kisah yang kita kenal dan suka pada hari ini. Kisah-kisah ini memberi inspirasi kepada pasukan pemaju untuk membina sesuatu yang baru, lalu wujud lah Immortals Fenyx Rising.

“Ini adalah pengalaman open world action adventure yang segar dan lucu, serta menampilkan pertempuran aksi dinamik dan kisah yang diilhamkan oleh mitologi Yunani. Pemain akan menggunakan senjata dan kekuatan para dewa, seperti sayap Daidalos dan tukul Hephaistos untuk menghadapi raksasa legenda, menyelesaikan teka-teki, dan meneroka dunia terbuka.” -Marc-Alexis Coté, produser.

Kemajuan pemain (player progression) pula sangat bervariasi dan menarik dalam Immortals Fenyx Rising. Semua sistem kemajuan dalam permainan berpusat di Hall of the Gods – lokasi di mana para dewa akan berkumpul setelah Fenyx memulihkan diri mereka ke kekuatan sebenar.

Pada asasnya, pemain dapat meningkatkan nyawa (HP) Fenyx dengan Ambrosia yang dikumpulkan dalam dunia permainan. Stamina Fenyx, yang mendorong penggunaan aksi pertempuran dan navigasi canggih, dapat ditingkatkan melalui Lightning Bolts of Zeus yang dikumpulkan dari Vaults of Tartaros. Abiliti dan teknik pertempuran baru dapat dipelajari dengan menghabiskan mata wang bernama Coins of Charon.

Selain daripada meningkatkan Fenyx, senjata, perisai, dan potion yang digunakan oleh Fenyx juga dapat ditingkatkan dengan mengalahkan musuh dan membuka peti untuk mencari Adamantine – logam dewa yang tidak boleh. Wings of Daidalos dan rakan burung Phosphorus juga dapat diubah suai dengan mengumpulkan skin kosmetik dengan faedah-faedah khusus.

Pemain boleh memilih apa yang hendak ditingkatkan seperti yang mereka mahukan. -Scott Phillips, pengarah permainan.

Setiap wilayah diilhamkan oleh dewa Yunani yang berbeza dan segala yang ada di wilayah itu dibina khusus untuk menyokong mitologi dewa tersebut. Dari medan perang milik dewa perang Ares hingga tanah subur milik dewa cinta Aphrodite, pemain akan menemui dunia yang besar dan terperinci untuk teroka. Tanah ini akan penuh dengan macam-macam jenis persekitaran, raksasa, dan cabaran.

Setiap musuh, teka-teki, dan lokasi misi direka untuk memberi aspek yang unik daripada cerita, mitos, dan fitur permainan. Sejumlah persekitaran memudahkan kita untuk  meluncur memakai Wings of Daidalos manakala yang lain fokus pada pendakian. Kawasan yang besar dan luas pula sesuai untuk menaiki kuda – jadi pemain tidak akan pernah jemu semasa merentasi dunia.

Seperti yang dilihat di atas, UI memang bersifat minimalis dengan hanya kompas sebagai petunjuk arah. Ini kerana pemaju ingin memfokuskan perhatian pemain pada dunia permainan sebanyak mungkin. Pemain diberi alat untuk mencari dan menjelajah dunia daripada jarak jauh yang kemudian memikat mereka untuk mengunjungi lokasi berdasarkan daya tarikan mereka baik secara visual dan aural. Ini memastikan pemain sentiasa khusyuk pada dunia dan tidak memfokuskan diri pada elemen UI untuk mempandu pengalaman mereka.

Pengalaman UX pula berasaskan beberapa elemen teras di mana pengembaraan pemain dibahagikan kepada pertempuran berisiko “fast-paced” melawan raksasa mitologi, teka-teki (puzzle) dan World Challenge yang mencabar.

Sistem pertempuran Immortals Fenyx Rising adalah pengalaman mitologi yang  akrobatik, “airborne”, dan “over-the-top”. Fenyx akan berhadapan dengan raksasa seperti Cyclops, Minotaur, atau Medusa dan menggunakan Wings of Daidalos untuk mengangkat diri ke udara untuk bertarung makhluk-makhluk ini. Sama ada di darat atau di udara, Fenyx sentiasa mempunyai akses ke Sword of Achilles, Axe of Atalanta, dan Bow of Odysseus. Selain senjata fizikal, Fenyx juga dapat menyeru kekuatan para dewa dan melancarkan kuasa istimewa seperti Hephaistos’ Hammer dan Athena’s Dash.

“Sejarah mitologi Yunani mempunyai banyak makhluk dan dewa, tetapi mengapa mereka memilih Typhon sebagai penjahat utama? Mereka menjelaskan bahawa Typhon adalah anak kepada Gaia, dewa Bumi, yang melahirkannya untuk membalas dendam terhadap dewa-dewa kerana memerangkap anak-anaknya yang lain iaitu para Titans. Dia menyerang Zeus sebelum ini dan hampir mengalahkannya tetapi, kali ini Typhon menyerang seluruh Olympus dan menemui jalan untuk mengurangkan dan mengubah para dewa. Semasa melarikan diri, dia juga membuka pintu ke “Underworld”, lalu melepaskan raksasa dan musuh yang bahaya ke dunia manusia.” -pengarah naratif/ ketua penulis Jeffrey Yohalem.

Mitos Yunani sebenarnya amat rumit, dan kadang-kadang menyeramkan. Ia direka untuk manusia memahami dunia kita yang mengelirukan, jadi pemaju ingin setia pada tujuan asalnya. Pada masa yang sama, permainan ini cukup lucu dan hasil inspirasi lawak-lawak jenaka datang daripada rancangan tv realiti dan sinetron Yunani.

Jika ada yang tertanya jika permainan akan masukkan DLC untuk masa depan, pemaju akan berkongsi lebih banyak maklumat mengenai kandungan ini selepas pelancaran rasmi Immortals Fenyx Rising di kemudian hari. Untuk bahagian konsol generasi seterusnya, pasukan pula masih mengoptimumkan permainan untuk setiap platform dan akan berkongsi lebih banyak mengenai spesifikasi di kemudian hari.


Maka, tamatlah temuramah kami bersama otai-otai ini. Ramai yang tak sabar untuk mencuba permainan ini termasuk saya, dan tarikh pelancaran Immortals Fenyx Rising sudah ditetapkan pada 3 Disember 2020. Ia akan muncul di Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X, PC, dan Stadia. Untuk baca segala info tentang Immortals Fenyx Rising termasuk ulasan demo GS, sila klik di sini.

Muat turun di sini
Immortals Fenyx Rising
Developer: Ubisoft
Release Date: 2020-12-03
Microsoft Windows, Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Dalam Immortals Fenyx Rising, pemain akan menjadi Fenyx, demigod bersayap yang sedang berusaha menyelamatkan dewa-dewa Yunani di mana Fenyx dapat menggunakan kekuatan dewa seperti pedang Achilles dan sayap Daidalos untuk melawan musuh dan menyelesaikan teka-teki. Makhluk mitologi ikonik termasuk Cyclops dan Medusa akan cuba menghalang perjalanan, jadi anda harus menghadapi mereka dalam pertempuran sengit di darat atau udara. Fenyx juga mempunyai akses kepada anak panah yang dipandu sendiri, telekinesis, dan banyak lagi. Semuanya akan membantu dalam pengembaraan dunia terbuka di tujuh wilayah unik, masing-masing diilhami oleh para dewa.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Immortals Fenyx RisinginterviewMarc-Alexis CotéScott PhillipsTemuramahubisoft
Previous Post

Day One Edition dan bonus untuk Little Nightmares II telah diumumkan!

Next Post

Ulasan Acer Nitro 5 (AN515-44-R1AZ): Harga paling bajet tapi cukup memuaskan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Next Post
Ulasan Acer Nitro 5 (AN515-44-R1AZ): Harga paling bajet tapi cukup memuaskan!

Ulasan Acer Nitro 5 (AN515-44-R1AZ): Harga paling bajet tapi cukup memuaskan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd