Pembangun permainan Spike Chunsoft secara rasmi mengumumkan permainan terbaru mereka dari siri Danganronpa pada hari Khamis bahawa mereka akan melancarkan permainan Danganronpa 2: Goodbye Despair Anniversary Edition di Jepun pada peranti iOS dan Android 20 Ogos 2020 ini. Buat masa ini masih tiada tarikh pelancaran global, tapi semestinya permainan dari siri permainan video yang comel ini akan dilepaskan bila-bila masa juga seperti permainan sebelum ini. Syarikat ini mula mengongsikan treler pengumuman tarikh pelepasanya malam tadi:
Spike Chunsoft melancarkan Danganronpa: Trigger Happy Havoc Anniversary Edition, permainan pertama dalam trilogi untuk telefon pintar pada 21 Mei. Syarikat ini juga akan melancarkan permainan Danganronpa V3: Killing Harmony untuk telefon pintar.
Versi telefon pintar permainan termasuk antara muka yang disemak dengan permainan skrin sentuh, galeri acara, galeri ekspresi wajah dan suara, serta tetapan galeri bahan. Ketiga-tiga permainan tersebut mempunyai tajuk baru “Anniversary Edition” seperti yang dikongsikan kami sebelum ini.
NIS America mengeluarkan Danganronpa 1 • 2 Reload untuk PS4 pada Mac 2014 di Amerika Utara dan Eropah. Spike Chunsoft merilis koleksi di Jepun untuk PlayStation Vita pada bulan Oktober 2013, setelah pertama kali merilis kedua permainan untuk PlayStation Portable. NIS America melancarkan Danganronpa V3: Killing Harmony untuk PS4, PS Vita, dan PC pada bulan September 2017. Spike Chunsoft melancarkan permainan di Jepun untuk PS4 dan PS Vita pada Januari 2017. NIS America kemudian mengeluarkan koleksi Danganronpa Trilogy untuk PlayStation 4 pada bulan Mac 2019 .
Francais ini telah menjual 3.5 juta salinan di seluruh dunia dan juga merangkumi siri manga, tiga siri anime televisyen, anime istimewa, dan OVA.
Spesifikasi permainan
Judul: “Super Danganronpa 2 Goodbye Despair Academy Anniversary Edition”
Platform: iOS 11.0 atau lebih tinggi / OS Android 7.0 atau lebih tinggi
Tarikh pelepasan: Dijadualkan akan dikeluarkan pada 20 Ogos 2020
Harga: 1960 yen [termasuk cukai] / (anggran RM78.10)
Genre: Tindakan detektif berkelajuan tinggi
Bilangan pemain: Satu
Jangan lupa untuk mendapatkan Danganronpa: Trigger Happy Havoc Anniversary Edition di Google Play Store juga berharga RM55.99. Tak sabar nak main si comel ni!
Sumber: Famitsu
@gamersantaimy
Discussion about this post