Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Manga Boruto akhirnya mendedahkan identiti sebenar Kashin Koji!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 23, 2020
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Manga Boruto akhirnya mendedahkan identiti sebenar Kashin Koji!
Share on FacebookShare on Twitter

Uzumaki Naruto tahu apa itu kesedihan sebenar, dan hidupnya tidak lari daripada dugaan dan cabaran. Hero kegemaran kami dan anaknya, Boruto, telah alami pelbagai peristiwa sukar bersama, tetapi saya rasa Naruto tidak bersedia untuk mendengar rahsia terbaru dalam bab terkini manga Boruto: Naruto Next Generations. Di sini, identiti sebenar Kashin Koji telah terbongkar, dan ternyata ahli Kara tersebut adalah seseorang yang pernah kita temui sebelum ini.

AMARAN! Terdapat spoiler untuk Boruto: Naruto Next Generations bab 47

Sekiranya anda mengikuti manga Boruto, maka anda tahu siri ini menimbulkan banyak persoalan tentang identiti sebenar Kashin Koji setelah pengenalannya. Ramai peminat syak identitinya kerana Kashin mempunyai banyak kemiripan dengan seorang ninja tertentu. Ternyata hubungannya dengan Sannin tersebut amat rapat kerana rupanya, Kashin adalah klon kepada Jiraiya!

Maklumat itu dikongsi oleh Isshiki setelah dia mengambil alih tubuh Jigen sepenuhnya. Isshiki yang berjaya direinkarnasi terpaksa mengambil badan Jigen yang mati setelah didesak oleh Kashin lalu memberitahu Kashin bahawa dia ditakdirkan untuk mati seperti pendahulunya.

“Kamu akan mati di sini seperti yang ditakdirkan oleh gen kamu,” kata Isshiki kepada Kashin.

Nasib baik, Naruto tidak ada di sana untuk mendengar berita mengejutkan ini. Pasti dia mengamuk kerana Jiraiya itu umpama ayah, mentor, dan teman rapat kepada Naruto. Kematiannya di tangan Pain menandakan memori yang gelap untuk Naruto, dan dia pun ingin roh Jiraiya untuk bersemadi dengan tenang. Pendedahan terbaru ini akan memajukan lagi plot cerita Boruto, dan saya pasti ramai tidak sabar untuk lihat apa akan terjadi apabila Kashin bertemu dengan Hokage Konoha.

Tags: BorutoBoruto: Naruto Next GenerationsKashin Kojinaruto
Previous Post

Sertai MSI Mid-Year Promo pada Isnin ini untuk dapatkan peranti idaman pada harga murah!

Next Post

Ulasan Acer Nitro 5 (AN515-44) baru! Masih murah tetapi prestasi makin meningkat!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Pemilik GTA 5 Di Konsol Lama Layak Terima Naik Taraf Percuma Ke “Current-Gen”
Berita

Pemilik GTA 5 Di Konsol Lama Layak Terima Naik Taraf Percuma Ke “Current-Gen”

June 18, 2026
Street Fighter 6 – Fighter Yasmine Dari Filipina Bakal Tiba 3 Ogos 2026
DLC

Street Fighter 6 – Fighter Yasmine Dari Filipina Bakal Tiba 3 Ogos 2026

June 18, 2026
FINAL FANTASY TACTICS – The Ivalice Chronicles – Update Baru Tambah New Game+ & Sistem Zodiac
Berita

FINAL FANTASY TACTICS – The Ivalice Chronicles – Update Baru Tambah New Game+ & Sistem Zodiac

June 18, 2026
Next Post
Ulasan Acer Nitro 5 (AN515-44) baru! Masih murah tetapi prestasi makin meningkat!

Ulasan Acer Nitro 5 (AN515-44) baru! Masih murah tetapi prestasi makin meningkat!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd