Diumumkan pada malam ini, Nitro 5 (AN515-44) adalah gaming laptop berjenama Acer yang dihasilkan untuk memenuhi keperluan gamers budget bagi sebuah gaming laptop. Kami pernah menulis ulasan untuk versi lama Nitro 5 pada masa lepas. Anda boleh lihat di sini. Pada selasa lalu, rakan-rakan baik kami di Acer Malaysia memberi peluang kepada saya untuk mencuba Nitro 5 baru dan di sini, saya akan menjelaskan lagi tentangnya. Nitro 5 ini mendapat reka bentuk Facelift baru dan menerima pelbagai peningkatan pada spesifikasi seperti pemprosesan AMD Ryzen 4000. Walaupun tidak kuat seperti barisan gaming laptop lain di Acer, Nitro 5 yang dikemaskini kelihatan seperti gaming laptop yang boleh bersaing berkat beberapa perubahan bagus daripada model sebelumnya.
Apa yang baru?
Antara perubahan untuk Nitro 5 adalah ia skrinnya kini berukuran 15.6 inci daripada 17.3 inci sebelumnya. Dengan panel FHD IPS 1920×1080, ini juga termasuk peningkatan dramatik dalam teknologi skrin dengan refresh rate setinggi 144Hz yang tersedia dengan masa tindak balas 3ms. Acer juga mengaplikasikan panel 300-nit, yang sedikit bertambah berbanding purata 275-nits pada tahun lalu.
Seperti yang saya disebutkan di atas, gaming laptop ini dikuasakan oleh AMD Ryzen 7 4800H dengan NVIDIA GeForce GTX 1650 Ti dan 4GB GDDR6. Acer Nitro 5 menawarkan dua slot untuk SSD M.2 PCIe serta storan setinggi 1TB HDD dan 256GB SSD. Buat maklumat semua, AMD Ryzen 7 4800H sebenarnya lebih unggul daripada pemproses Intel Core i7-10875H.
Acer Nitro 5 (AN515-44) | |
CPU | AMD Ryzen 5 4800H |
GPU | NVIDIA GeForce GTX 1650 Ti |
Paparan | 15.6”, Full HD (1920 x 1080), 144 Hz, IPS |
HDD/SSD | sehingga 512GB SSD |
RAM | 8GB |
OS | Windows 10Windows 10 |
Penampilan
Tidak banyak yang berbeza, cuma Acer Nitro 5 berubah dengan rekaan logo Acer yang lebih gelap dan kemasan hitam seperti ia betul-betul berkilau. Jika diperhatikan pada belakang, ianya mempunyai reka bentuk yang lebih agresif dan garang dengan kemasan berwarna merah untuk menjadikan peranti tersebut kelihatan lebih ‘gamer’’. Bahagian ini menggantikan engsel merah yang lebih halus pada versi lama.
Pada papan kekunci, lampu RGB merah yang sama masih digunakan dan ia terserlah pada butang WASD dan kekunci anak panah. Anda boleh mengubah reka bentuk RGB dengan menggunakan aplikasi NitroSense untuk menentukan zon mana yang anda ingin meriahkan lagi. Keseluruhan, ini mengekalkan tema reka bentuk hitam dan merah milik Nitro 5.
Teknologi penyejukan yang semakin mantap
Saya mengaku bahawa Acer Nitro 5 lama agak panas. Berbeza pada versi baru, ia dilengkapi dengan beberapa solusi termal inovatif untuk memaksimumkan kecekapan penyejukan walaupun di bawah beban berat. Nitro 5 dilengkapi sistem “dual-fan” yang memanfaatkan port intake/exhaust yang ditempatkan secara strategik dan empat bolong haba untuk mencapai peningkatan prestasi keseluruhan terma sebanyak 25% berbanding model 2019. Ini dioptimumkan lagi oleh teknologi CoolBoost yang mampu meningkatkan kelajuan kipas sebanyak 10% dan penyejukan CPU/GPU sebanyak 9%. Satu lagi perkara yang baru pada model ini ialah Intel Wi-Fi 6 AX201 (802.11ax) dan Killer Ethernet E2600 yang meningkatkan kestabilan dan prestasi rangkaian, untuk membolehkan pemain memanfaatkan sepenuhnya peningkatan termal ini.
Dengan penambahan teknologi CoolBoost dan reka bentuk quad exhaust port, kelajuan kipas mampu meningkat sebanyak 10% manakala pendinginan CPU/GPU boleh meningkat sebanyak 9%. Jika Nitro 5 anda yang dahulu sentiasa panas, saya rasa versi baru tidak mempunyai masalah yang besar pada aspek ini.
Prestasi gaming
Daripada segi GPU, Nitro 5 dilengkapi dengan NVIDIA GeForce GTX 1650 Ti dengan RAM 6GB GDDR6. Walaupun tidak menyokong RTX, GTX1660 adalah satu kad grafik yang bagus di pasaran, dan mempunyai prestasi hampir setanding dengan GTX 1070. Di bawah anda boleh lihat saya menguji FIFA 19 untuk melihat prestasinya. Apakah keputusannya?
Seperti yang diperhatikan, GTX 1660 Ti pasti dapat menunjukkan prestasi yang baik, selagi anda memainkan permainan-permainan video tertentu pada grafik yang sederhana. Ianya tidak mempunyai Ray Tracing tetapi jika anda benar-benar menginginkan pengalaman gaming DLSS, maka pilihlah siri Predator dengan GPU RTX. Pada pendapat saya, GTX 1070 hingga GTX 1660 Ti mampu memberikan prestasi gaming yang baik. Namun, jangan sangka GPU-nya boleh mengendalikan permainan pada 1440p melalui paparan kedua kerana prestasi pasti akan menurun. Mana-mana permainan-permainan video baru dapat dimainkan pada tetapan tinggi tetapi jika anda mahukan frame rate yang terbaik, maka tetapan medium patut digunakan.
Acer Nitro 5 juga mempunyai Intel Wi-Fi 6 dan teknologi 2×2 MU-MIMO. Ini bermaksud Ethernet Controller secara automatik akan mengesan setiap proses permainan, video dan siaran langsung lalu mengutamakan jalur lebar yang digunakan untuk memberi pengguna sebuah pengalaman yang “lag-free“. Port pula dikemaskini dengan 1x USB 3.2 Gen 2 Type-C, 1x USB 3.2 Gen 2, 2x USB 3.2 Gen 1, HDMI 2.0, dan jek 3.5mm. Jika anda mencari port untuk mengecas di sebelah kiri, jangan risau. Ia tidak hilang, cuma dipindahkan ke belakang untuk memberi ruang pada sambungan-sambungan lain.
Kesimpulan
Secara keseluruhan, Nitro 5 adalah khas untuk para pengguna yang baru sahaja ingin membeli gaming laptop atau bagi mereka yang mahukan gaming laptop dengan anggaran bajet yang terhad. Selain itu, dengan ciri-ciri tambahan seperti slot Triple Storage, ianya menjadikan gaming laptop ini sebagai pilihan terbaik dan sebuah pesaing yang hebat bersama siri laptop gaming lain daripada jenama Acer.
Saya beri ulasan yang baik kepada Acer Nitro 5 kerana ianya menawarkan kualiti yang bagus pada nilai harga yang berpatutan dengan peningkatan storan yang hebat serta penambahan baru secara menyeluruh. Untuk baca ulasan kami yang lain bagi produk Acer, sila klik di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post