Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Youtube di telefon pintar kini mengehadkan resolusi video pada 480p!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 2, 2020
in Android, Artikel, Berita, Bimbingan, Fakta & Trivia, iOS, Mobile
0 0
0
Youtube di telefon pintar kini mengehadkan resolusi video pada 480p!
Share on FacebookShare on Twitter

YouTube untuk telefon pintar kini telah menurunkan kualiti resolusi maksimum video kepada hanya 480p selepas seluruh dunia mengalami kuarantin. Perkara ini sudahpun diaplikasikan di negara India.

Disebabkan penyebaran COVID-19, banyak negara di seluruh dunia kini menyuruh netizen untuk duduk di rumah bagi membantu mencegah penyebaran virus. Kerana itu, infrastruktur internet global perlu menanggung potensi berbilion-bilion orang menghabiskan lebih banyak masa melayari internet. Selepas perintah kuarantin di seluruh dunia dikuatkuasakan, nampaknya aplikasuli YouTube kini hanya akan menunjukkan video pada resolusi maksimum 480p.

Info ini datang selepas YouTube sendiri mengesahkan bahawa mereka akan menetapkan video kepada 480p. Kepada mereka yang sedang membaca, jangan risau. Malaysia masih belum mengalami isu ini. Di negara lain, tetapan resolusi akan secara automatik pilih resolusi 480p tetapi mereka masih mempunyai pilihan untuk resolusi yang lebih tinggi. Paling malang adalah di India di mana Youtube mereka sudah tidak mempunyai pilihan resolusi 720p dan 1080p.

Salah satu screenshot daripada pengguna di India

Sekatan ini nampaknya hanya berlaku untuk aplikasi telefon pintar pada masa ini, dengan pilihan untuk menonton resolusi yang lebih tinggi masih ada di PC. XDA juga mendedahkan bahawa pengguna Youtube Premium juga dipengaruhi oleh sekatan ini.

Youtube di PC masih tiada masalah

Sekatan ini bukan hanya terhad kepada pengguna “mobile data” kerana perkara sama akan berlaku kepada mereka yang menggunakan Wi-Fi. Ia masih tidak jelas mengapa batas ini ditetapkan pada telefon bimbit, kerana YouTube juga menyatakan bahawa mereka tidak ada keinginan untuk melakukannya di India atau di negara lain. Saya juga tidak pasti jika sekatan ini akan dilancarkan ke Malaysia sebagai sebahagian daripada rancangan untuk menangani peningkatan mendadak penggunaan internet. Itu sahaja buat masa ini, apa- apa berita baru akan terus dilaporkan nanti.

Tags: 480pAndroidiOSMobileResolusiResolutionyoutube
Previous Post

Omedamon ialah gabungan kolaborasi antara Digimon x Medabots!

Next Post

Call of Duty: Mobile – Season 5 memperkenalkan Steel Legion Battle Pass!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
Call of Duty: Mobile – Season 5 memperkenalkan Steel Legion Battle Pass!

Call of Duty: Mobile - Season 5 memperkenalkan Steel Legion Battle Pass!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd