Call of Duty: Mobile – Season 5 memperkenalkan Steel Legion Battle Pass!

Banyak kandungan baru akan muncul di Call of Duty Mobile pada minggu ini. Kini, Season 5 sudah bermula dan kita mendapat lebih banyak maklumat tentang Steel Legion Battle Pass bersama butiran lanjut mengenai 2v2 Showdown.

Steel Legion Battle Pass melihat beberapa perubahan besar kepada formula battle pass di Call of Duty Mobile, kerana ia akan menawarkan senjata dan scorestreak dalam versi percuma bagi pass. Ini termasuk senjata submachine gun baru bernama GKS yang anda boleh perolehi di Tier 15 dan scorestreak Shock RC di Tier 25.
Shock RC

Sekiranya anda memilih untuk membeli Battle Pass Premium, ia mengandungi lebih banyak senjata dan watak berbanding versi Battle Pass percuma. Daripada 100 Tier yang biasa, sekarang hanya akan ada 50. Jika anda mencapai Tier ke-50 maka anda akan memperoleh ganjaran berikut:

  • Reaper (watak baru) – Tier 1
  • M4 Magmacomb – Tier 1
  • David Mason (watak baru) – Tier 12
  • M21 EBR Magmacomb – Tier 20
  • AK-117 Magmacomb – Tier 30
  • AK-47 Steel Blue – Tier 50

Call of Duty Mobile mengumumkan satu mod permainan yang dipanggil 2v2 Showdown. Sekarang kita tahu bahawa ia ialah mod permainan terhad dimana cabaran khas akan berlangsung bermula hari ini hingga 8 April.

Apa yang anda perlu lakukan adalah untuk rajin bermain mod Showdown 2v2 dan dapatkan banyak kill! Lebih banyak kill dan kemenangan anda perolehi, lebih bagus. Dengan menyelesaikan misi-misi yang diberikan, anda boleh mendapatkan Type 25 – Reticulated dan XPR50 – Reticulated. Jadi, jika anda mempunyai kawan yang suka bermain COD Mobile, lebih baik kamu main sekarang dengan dia!

Call of Duty: Mobile
Publisher: Activision
Developer: Garena
Release Date: 2019-10-01
Announce Date: 2019-10-01
Android, iOS
Bersedia dengan permainan yang mendebarkan, bermain Call of Duty® Mobile di mana sahaja anda berada. Merentas beberapa mod permainan apabila anda terlibat dalam pertempuran  melalui peta kegemaran seperti Nuketown dan Crash, semuanya dioptimumkan untuk mudah alih.
 
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Next Post

Discussion about this post

Discord Kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.