Hari ini Ubisoft dengan bangga mengumumkan Episod 2 Tom Clancy’s Ghost Recon Breakpoint akan bermula esok! Ya Episod 2 ini ajan bermula degan ‘Title Update 2.0‘ yang termasuk dengan pengalaman Ghost terbaru dan beberapa tambahan utama lain. Kemaskini akan termasuk ke semua platform iaitu PlayStation 4, Xbox One dan PC.
“Title Update 2” adalah kemaskini terbesar Tom Clancy’s Ghost Recon Breakpoint buat masa kini dan ia termasuk:
- Pengembaraan cerita baru terikat pada Episod 2 termasuk lapan misi naratif di mana pemain akan bekerjasama dengan Sam Fisher, watak terkenal dari Splinter Cell Tom Clancy. Bersama-sama, mereka mendedahkan plot untuk membangunkan dron tentera yang dikuasai minda dan mereka perlu menghentikan pembangunannya di Auroa. Pengembaraan akan memperkenalkan unsur-unsur permainan gameplay ‘stealth-focused” terbaru dan menampilkan sinematik dengan suara Michael Ironside. Pengembaraan penuh akan tersedia untuk semua pemilik Tahun Satu Pas atau sebagai pembelian mandiri. Semua pemain akan mempunyai akses kepada misi pertama dan 2 ganjarannya secara percuma dan akan dapat menyertai pasukan co-op dengan rakan-rakan yang memiliki Adventure. Secara keseluruhannya, sepuluh ganjaran misi bertemakan Tom Clancy’s Splinter Cell akan disediakan pada para pemain untuk mendapatkannya dengan syarat mereka memiliki Year One Pass atau Adventure dari misi 2 dan seterusnya.
- Dua kelas baru boleh didapati dalam mod PvE dan PvP, dengan eksklusif satu minggu untuk pemilikYear One pass bermula esok, 24 Mac;
- The Echelon class. Ia memberi fokus pada ‘stealth’ membolehkan pemain bergerak dengan senyap untuk menyerang musuh secara senyap. Keistimewaan abiliti The Echelon Class adalah Sonar Vision yang membantu pemain mengesan musuh melalui dinding dan mengganggu dron.
- The Engineer class. Ia membolehkan pemain menangani lebih banyak kerosakan pada pesawat dan lebih berkesan dengan pelancar bom tangan dan keupayaannya yang istimewa “Defense Drone” yang akan menyerang musuh terdekat. Manakala alat kelasnya, “Supply Drone” menyediakan sekutu dengan mags tambahan peluru.
- The Ghost Experience; mod baru percuma kepada semua pemain yang akan menawarkan pilihan yang menggagumkan dan taktikal yang baru kepada pemain serta biarkan mereka menyesuaikan pengalaman mereka dengan sepenuhnya, juga kemungkinan menghapuskan tahap gear dan menggunakan sistem loot yang lebih realistik. Anda boleh lihat kesemua mengenai mod ini di laman web rasmi Ghost Recon.
- Kemas kini PVP, termasuk 4 peta baru dan pilihan mengundi peta.
Title Update 2 juga mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki komuniti, termasuk penempatan kamera, BASE jumping, pilihan menyusun senjata / gear, kenderaan, penambahbaikan sistem respawn, kemasukan senjata api dan banyak lagi. Semua butiran boleh didapati di Patch Notes Ghost Recon.
Main PERCUMA hujung minggu ini!
Di samping itu, pemain baru akan dapat mengalami semua kandungan baru yang dibawa dalam kemas kini Title Update 2 pada Xbox One, Windows PC, dan PlayStation 4 untuk hujung minggu ini dengan “Free Weekend” dari 26 hingga 29 Mac 2020! Jadi sesiapa yang belum membeli Tom Clancy’s Ghost Recon Breakpoint inilah peluang untuk anda bermain sendiri permainan yang gempak ini!
Jadi jangan lupa bersama bermain Tom Clancy’s Ghost Recon Breakpoint dalam kemaskini terbaru ini okay!
![](https://gamersantai.com/wp-content/uploads/2020/01/grT-1.jpg)
@gamersantaimy
Discussion about this post