Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Update terbaru tentang DEVIL MAY CRY MOBILE! Kata-kata daripada developer sendiri!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 17, 2020 - Updated on February 20, 2021
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Update terbaru tentang DEVIL MAY CRY MOBILE! Kata-kata daripada developer sendiri!
Share on FacebookShare on Twitter

Sekiranya anda tidak tahu, terdapat sebuah game mobile berdasarkan siri Devil May Cry oleh Capcom dalam pembangunan di China. Diusahakan oleh Yunchang Game, studio ini mengumumkan posting blog baru yang menjawab beberapa soalan daripada peminat. Sudah beberapa bulan sejak Elite Test yang berlangsung pada Disember 2019, jadi kami di sini akan menterjemahkan apa yang mereka kata tersebut. Selain itu, Devil May Cry Mobile hanya akan dilancarkan di China sahaja buat masa sekarang. Adakah mereka akan mengumumkan game ini untuk seluruh dunia satu hari nanti? Itu saya masih tidak tahu.

Mengapa Yunchang Game memilih IP Devil May Cry?

Devil May Cry dianggap sebagai klasik oleh peminat. Beberapa developer adalah peminat aksi tegar serta peminat Dante dan Vergil. Oleh itu, mereka sangat teruja kerana mempunyai peluang untuk bekerja dengan IP Devil May Cry.

Adakah mereka tertekan untuk bekerja pada IP yang besar?

Yunchang Games sebenarnya sudah lama wujud dan mempunyai pengalaman mengembangkan banyak permainan atas talian. Sudah tentu, tidak kira berapa banyak pengalaman yang ada, ia masih menjadi tugas yang sukar  untuk membangun Devil May Cry Mobile. Mereka akan mengubah tekanan menjadi motivasi, untuk membuat permainan ini menjadi yang paling sempurna. Selepas mengadakan Elite Test pertama, pasukan kini lebih yakin dalam membuat permainan yang hebat dan bagus.

Apakah pendapat sebenar mereka selepas membaca ulasan daripada pemain yang mencuba Devil May Cry Mobile semasa Elite Test?

Tekanan, kebimbangan, dan macam-macam jenis perasaan. Mereka segera melihat saluran sosial untuk maklum balas pemain apabila Elite Test bermula. Mereka gembira dengan kata-kata galakan yang diberikan, dan berharap Devil May Cry Mobile akan bertahan lama.

Adakah keperluan sistem akan mengubah mengikut maklum balas daripada Elite Test?

Mereka berpuas hati dengan prestasi Devil May Cry Mobile, tetapi kami akan terus mengoptimumkan permainan untuk lebih banyak peranti. Grafik dalam Elite Test juga tidak berada kebolehan maksimumnya.

Apakah unsur-unsur Devil May Cry asal yang ditiru?

Pasukan sememangnya ingin pemain mengalami Devil May Cry asal di peranti mudah alih, oleh itu mereka bekerja keras untuk meniru ciri-ciri termasuk model watak, aksi pergerakan, dan juga bangunan. Abiliti seperti “double jump“, penukaran senjata dan lain-lain akan dikemaskan lagi untuk Devil May Cry Mobile.

Jalan cerita manakah yang Devil May Cry Mobile berdasarkan?

Cerita asal ini berlaku di antara game pertama dan ketiga dan merupaan sesuatu yang kami usaha dengan Capcom selepas banyak draf dan suntingan.

Adakah ia sukar untuk membangunkan Devil May Cry untuk peranti mudah alih?

Kesukaran sangat tinggi. Mereka bukan sahaja harus menghasilkan visual definisi tinggi untuk skrin yang lebih kecil, tetapi mesti memberi pemain merasakan keseronokan semasa bertarung. Mereka juga harus mempertimbangkan pelbagai kawalan “touchscreen”  yang berbeza daripada controller permainan.

Ramai peminat tidak suka penampilan Dante melihat ketika mula-mula mendedahkan. Adakah dia “dibaiki”?

Reka bentuk muka dan badan Dante akan diperbaiki dan dioptimumkan. Sebelum fasa ujian seterusnya, kami akan mempunyai versi baru Dante.

Bagaimanakah kemajuan Devil May Cry Mobile sekarang?

Mereka mengadakan Elite Test pada Disember 2019, dan ia hanya sebahagian kecil daripada permainan. Terdapat banyak ciri baru, raksasa, senjata, peta, dan lain-lain untuk ditambah, bersama-sama dengan penambahbaikan berdasarkan maklum balas ujian pertama.

Bilakah fasa ujian seterusnya akan diadakan?

Mereka belum mengesahkan tarikh, tetapi meminta para peminat bersabar dan menunggu kemas kini baru daripada pasukan.

Tags: CapcomDevil May Cry MobileElite TestMobileYunchang Games
Previous Post

Resident Evil 3 Demo rasmi akan keluar pada 19 MAC 2020! Open Beta RE Resistance pula mula 27 MAC!

Next Post

Final Fantasy VII Remake mengumumkan watak baru, lokasi baru & summon baru!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama
Senarai

Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama

July 21, 2026
Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu
Beta

Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu

July 21, 2026
Next Post
Final Fantasy VII Remake mengumumkan watak baru, lokasi baru & summon baru!

Final Fantasy VII Remake mengumumkan watak baru, lokasi baru & summon baru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd