Sekiranya anda tidak tahu, terdapat sebuah game mobile berdasarkan siri Devil May Cry oleh Capcom dalam pembangunan di China. Diusahakan oleh Yunchang Game, studio ini mengumumkan posting blog baru yang menjawab beberapa soalan daripada peminat. Sudah beberapa bulan sejak Elite Test yang berlangsung pada Disember 2019, jadi kami di sini akan menterjemahkan apa yang mereka kata tersebut. Selain itu, Devil May Cry Mobile hanya akan dilancarkan di China sahaja buat masa sekarang. Adakah mereka akan mengumumkan game ini untuk seluruh dunia satu hari nanti? Itu saya masih tidak tahu.
Mengapa Yunchang Game memilih IP Devil May Cry?
Devil May Cry dianggap sebagai klasik oleh peminat. Beberapa developer adalah peminat aksi tegar serta peminat Dante dan Vergil. Oleh itu, mereka sangat teruja kerana mempunyai peluang untuk bekerja dengan IP Devil May Cry.
Adakah mereka tertekan untuk bekerja pada IP yang besar?
Yunchang Games sebenarnya sudah lama wujud dan mempunyai pengalaman mengembangkan banyak permainan atas talian. Sudah tentu, tidak kira berapa banyak pengalaman yang ada, ia masih menjadi tugas yang sukar untuk membangun Devil May Cry Mobile. Mereka akan mengubah tekanan menjadi motivasi, untuk membuat permainan ini menjadi yang paling sempurna. Selepas mengadakan Elite Test pertama, pasukan kini lebih yakin dalam membuat permainan yang hebat dan bagus.
Apakah pendapat sebenar mereka selepas membaca ulasan daripada pemain yang mencuba Devil May Cry Mobile semasa Elite Test?
Tekanan, kebimbangan, dan macam-macam jenis perasaan. Mereka segera melihat saluran sosial untuk maklum balas pemain apabila Elite Test bermula. Mereka gembira dengan kata-kata galakan yang diberikan, dan berharap Devil May Cry Mobile akan bertahan lama.
Adakah keperluan sistem akan mengubah mengikut maklum balas daripada Elite Test?
Mereka berpuas hati dengan prestasi Devil May Cry Mobile, tetapi kami akan terus mengoptimumkan permainan untuk lebih banyak peranti. Grafik dalam Elite Test juga tidak berada kebolehan maksimumnya.
Apakah unsur-unsur Devil May Cry asal yang ditiru?
Pasukan sememangnya ingin pemain mengalami Devil May Cry asal di peranti mudah alih, oleh itu mereka bekerja keras untuk meniru ciri-ciri termasuk model watak, aksi pergerakan, dan juga bangunan. Abiliti seperti “double jump“, penukaran senjata dan lain-lain akan dikemaskan lagi untuk Devil May Cry Mobile.
Jalan cerita manakah yang Devil May Cry Mobile berdasarkan?
Cerita asal ini berlaku di antara game pertama dan ketiga dan merupaan sesuatu yang kami usaha dengan Capcom selepas banyak draf dan suntingan.
Adakah ia sukar untuk membangunkan Devil May Cry untuk peranti mudah alih?
Kesukaran sangat tinggi. Mereka bukan sahaja harus menghasilkan visual definisi tinggi untuk skrin yang lebih kecil, tetapi mesti memberi pemain merasakan keseronokan semasa bertarung. Mereka juga harus mempertimbangkan pelbagai kawalan “touchscreen” yang berbeza daripada controller permainan.
Ramai peminat tidak suka penampilan Dante melihat ketika mula-mula mendedahkan. Adakah dia “dibaiki”?
Reka bentuk muka dan badan Dante akan diperbaiki dan dioptimumkan. Sebelum fasa ujian seterusnya, kami akan mempunyai versi baru Dante.
Bagaimanakah kemajuan Devil May Cry Mobile sekarang?
Mereka mengadakan Elite Test pada Disember 2019, dan ia hanya sebahagian kecil daripada permainan. Terdapat banyak ciri baru, raksasa, senjata, peta, dan lain-lain untuk ditambah, bersama-sama dengan penambahbaikan berdasarkan maklum balas ujian pertama.
Bilakah fasa ujian seterusnya akan diadakan?
Mereka belum mengesahkan tarikh, tetapi meminta para peminat bersabar dan menunggu kemas kini baru daripada pasukan.
@gamersantaimy
Discussion about this post