Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kehangatan Nioh 2 makin membara! Ketahui serba sedikit infonya disini!

Edisi-edisi hebat serta berita terbaru Nioh 2 disini!

Nyny.A by Nyny.A
March 10, 2020
in Artikel, Berita, PS4
0 0
0
Kehangatan Nioh 2 makin membara! Ketahui serba sedikit infonya disini!
Share on FacebookShare on Twitter

Tiga hari lagi bakal hadir di PlayStation 4 untuk permainan video Nioh 2 ini yang membawa aksi pengembaraan dalam era Sengoku Jepun. Merupakan sebuah permainan dari Team Ninja dan diterbitkan oleh Koei Tecmo dan Sony Interactive Entertainment,  juga merupakan sebuah permainan yang gempak pada keluaran Nioh yang pertama pada tahun 2017. Kini ianya akan hadir ke PlayStation 4, 13 Mac 2020 ini dan dalam November tahun ini untuk PC.

Pertama kali diumumkan di E3 2018 ketika sidang media Sony, kemudian beta terbuka yang pertama dibuka pada 1 November diikuti dengan percubaan kali kedua Februari lalu. Pemain ketika menyertai ujian beta ini turut akan menerima kosmetik dalam permainan percuma ketika pelancaran kehadiran keseluruhan permainan 13 Mac ini di PlayStation 4.

Nioh yang pertama mendapat review-review yang baik dari pemain, jadi dengan harapan agar Nioh 2 turut dapat memberi pemain setia yang terbaik sekali lagi. Di set kan pada tahun 1555, Nioh 2 secara teknikal merupakan prekuel dan mengisahkan Yokai Spirit yang pemain boleh mereka watak tersebut dan pemain dapat menggunakan pelbagai senjata lagenda seperti odachi dan kusarigama serta peroleh pelbagai skil ketika didalam permainan.

Buat masa kini, jalan penceritaan akan melihat persegi protagonis terhadap yokai semasa persaingan kritikal dalam konflik meluas di Jepun. Malah protagonis nampaknya dihubungkan dengan tokoh-tokoh bersejarah, kerana dikatakan bahawa bahagian manusia itu akan menjadi Toyotomi Hideyoshi, seorang samurai dan penguasa yang terkenal dengan membawa era Sengoku. Fakta ini agak menarik disebabkan watak pratagonis dicipta dari kita sendiri di Nioh 2, jadi pastinya hubungan sebenar dapat dimainkan secara menarik.

Melalui open beta yang dibuka 28 Februari 2020 lalu, pemain menyatakan watak akan dihasilkan sendiri dengan pemilihan antara 4 jenis cara berlawan, termasuk Ninja, Samurai dan Onmyo Magic Styles juga yang terbaru Shiftling Styles yang menggunakan latar belakang protagonis yokai. Juga senjata yang boleh digunakan pada awal permainan, pemain dapat menggunakan Dual Hatches dan Switchglaive dimana terdapat beberapa konfigurasi yang pemain perlu gunakan.

Okay, kita teruskan pula dengan barangan bonus pre-order yang kini boleh didapati di PlayStation Store!

Bonus Pre-Order Nioh 2

Pre-Order tidak kisah lah antara versi salinan fizikal atau digital, Nioh 2 akan mendapat akses beberapa bonus tersedia. Ianya merupakan set Demon Horde Armor, Sudama Netsuke Charm, tema PS4 Nioh 2 dan avatar PlayStation Nioh 2.

Pre-order Edisi Standard Nioh 2 

Pre-Order edisi Standard di PlayStation Store sekarang dan anda akan mendapat kesemua bonus seperti yang tersebut diatas serta dapatkan First Samurai armour set yang boleh dibeli sebelum 25 Mac 2020 sebagai bonus pembelian awal permainan. Untuk edisi Standard anda boleh dapatkannya pada harga RM253.00.

Pre-order Edisi Deluxe Nioh 2 

Beralih pula pada edisi Deluxe Nioh 2 dimana pemain akan mendapat barangan fizikal seperti steelbook case dan art book. Dalam masa yang sama pemain juga akan mendapat pas bermusim dan bonus pre-order. Sama seperti edisi Standard, pemain akan menerima Tema Nioh 2 juga Avatarnya. Tidak terlupa pemain akan mendapat bonus selepas pelancaran yang termasuk Demon Horde armour set (9 jenis), Sudama netsuke charm juga First Samurai armour set. Anda boleh mendapatkan edisi Deluxe ini pada harga RM349.00.

Jadi jangan lupa dengan kehadiran permainan penuh Nioh 2 13 Mac 2020 ini okay! Dah main tu jangan lupa kongsi pengalaman anda dekat kami ye!

Pre-Order Edisi Standard disini!
Pre-Order Edisi Deluxe disini!
Tags: koei tecmoNioh 2PlayStation 4Sony Interactive Entertainmenteam ninja
Previous Post

Asta terbangun “DEVIL FORM” baru di manga Black Clover!

Next Post

Kahwin secara bergaya dengan tema rasmi FINAL FANTASY XIV! Khas untuk kapel-kapel yang suka siri-siri FF!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Kahwin secara bergaya dengan tema rasmi FINAL FANTASY XIV! Khas untuk kapel-kapel yang suka siri-siri FF!

Kahwin secara bergaya dengan tema rasmi FINAL FANTASY XIV! Khas untuk kapel-kapel yang suka siri-siri FF!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd