Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Suka bermain game tak semestinya perlu menjadi PRO!” – Fiera Fendi- Jom usha ulasan temuramah bersama awek comel ni!

Streaming, Hos, Emcees, Lakonan semuanya sudah dilakukan oleh Fiera Fendi!

Nyny.A by Nyny.A
February 21, 2020 - Updated on June 28, 2020
in Artikel, Berita, Eksklusif, Streamer/influencer, Temuramah
0 0
0
“Suka bermain game tak semestinya perlu menjadi PRO!” – Fiera Fendi- Jom usha ulasan temuramah bersama awek comel ni!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini kami dari Gamer Santai berpeluang untuk menemu ramah si awek comel yang kini namanya semakin naik iaitu Fiera Fendi! Dalam umur semuda 23 tahun sahaja sekarang, Fiera pernah menjadi hos, emcees, berlakon dan kini bekerja sebagai organisasi bersama Team Bosskur dan Duta besar (Ambassador) Asus ROG (Republic of Gamer). Fiera yang juga dikenali sebagai Angel Fiera dalam dunia gaming ini berasal dari Johor dan membesar di Kuala Lumpur.

Menemu ramah Fiera Fendi tersangatlah mudah, dengan tidak merasa sebarang gentar, tidak takut berhadapan dengan kamera dan semua soalan temuramah kami dijawab dengan mudah olehnya. Jujur, Fiera memang sangat sporting dan tak sombong lansung! Siapa je tidak tahu, Fiera kini makin berkecimpung dalam dunia gaming sambil streaming, tapi sama ada dia bermain secara pro atau tidak, bagi Fiera bermain game ini adalah lebih untuk mengisi masa lapang dan paling penting dapat menjana pendapatan juga! Jadi mana yang nak ikuti streaming dari Fiera boleh ikuti laman Facebooknya.

Tak semestinya kita perlu menjadi PRO untuk minat kepada gaming kerana dengan bermain game ini kita dapat release stress, mengisi masa lapang dan paling penting dapat Menjana Pendapatan. 

Ada seseorang yang sentiasa menjadi inspirasi pada diri Fiera dengan mengajarnya liku-liku kehidupan dunia gaming bukan sahaja untuk menjana pendapatan tetapi untuk keluarga, untuk bantu orang sekeliling serta berbakti pada rakyat. Siapa anda rasa yang menjadi inspirasi Fiera itu? Orang yang dimaksudkan adalah Daddy Hood atau Nureddy Nursal yang merupakan tulang kuat segala rusuk Team Bosskur!

Itulah sebabnya Fiera boleh sertai organisasi Team Bosskur. Jika peminat Fiera tahu, sebelum ini Fiera merupakan seorang talent di EGG Network dan dari situlah Fiera kenali pemain-pemain Bosskur serta menjadi makin rapat dengan mereka selepas selalu temuramah mereka dan shooting bersama mereka. Jadi dari sebagai seorang kawan kepada Team Bosskur, Fiera kini lebih selesa bekerja bersama mereka.

Kitorang dah kenal sebagai kawan dan saya lebih suka rasa macam bekerja , kita bekerja dalam masa yang sama macam keluar dengan kawan. So itu yang membuatkan saya terjebak masuk Bosskur.

Selain bekerja sebagai organisasi dalam Bosskur, anda semua mesti tahu kini Fiera merupakan salah seorang dalam pasukan Angel Bosskur betul tak? Tetapi seperti yang diberitahu oleh Fiera, dia bukanlah seorang pemain pro dan posisi Fiera sebenarnya lebih kepada influencer juga salah seorang yang terlibat dalam pengurusan Angel Bosskur. Baru-baru ini juga kita ada mendengar berita Ms Farr, Ms Reen dan juga Baby x Gaming yang telah meninggalkan Angel Bosskur, jadi Fiera menyatakan untuk masa ini ada sahaja nama baru yang berbakat dalam senarai Angel Bosskur serta nama-nama pemain tersebut akan sentiasa di shuffled untuk mencari yang lebih ‘chemistry‘ bukan sahaja dalam permainan juga dalam persahabatan. 

Untuk maju kedepan kita perlu sentiasa nak yang terbaik, kita nak kan player yang senang ada chemistry, untuk senang diorang masuk tournament dan kita tahu semua orang nak menang, yang penting kita tahu diorang dah buat yang terbaik juga yang penting selain dari game adalah persahabatan!

Untuk ketahui siapa lineup terbaru dalam Angel Bosskur PUBG Mobile, sama ada mungkin akan ada 2.0, kesemua itu akan dikemaskini di laman sosial Angel Bosskur!

Beralih pula pada dunia Fiera sebagai seorang Emcee dan Hos! Fiera menyatakan pertama kali acara yang dia terlibat di Asia Tenggara adalah WESG (World Electronic Sports Games) dan pertama kali didalam acara sebesar itu dia merasakan gementar teramat dan berbeza pula ketika acara M1 Championship, Fiera merasakan lebih berkeyakinan tinggi apabila keluarga dan rakan-rakan makin menyokong kerjayanya. Fiera turut mengongsikan projeknya yang akan datang untuk emcee dan hos kemungkinan besar akan menjadi hos untuk playoff Bosskur Charity Cup yang kini sudah mula berlansung.

Sumber: Video Klip muzik – Santest (Amalina)

Adakah anda perasan bahawa Fiera merupakan pelakon utama dalam video klip lagu Amalina dari penyanyi Santesh? Fiera menyatakan perasaan dia didalam muzik video lebih tenang untuk dilakonkan dari mengacarakan sesuatu acara! Kata Fiera bila dia membuat hubungan mata dengan kamera menjadi lebih selesa dari berhadapan dengan orang ramai di pelbagai acara yang akan membuatkanya rasa sedikit gemuruh.

Selain berlakon dalam video klip Amalina, Fiera juga pernah membintangi siri Mata Kerbau oleh Moonton dan EGG Network. Siapa yang peminat Mobile Legends Bang Bang pasti tahu siri ini telah ditayangkan di laman sosial pada tahun 2018. Menurut Fiera, permulaan dia dalam dunia esports adalah disebabkan Mata Kerbau kerana dari situ dia mendapat peluang untuk bekerja dengan EGG Network. Manakala untuk projek akan datang Mata Kerbau, kemungkinan besar akan ada sekuelnya tetapi Fiera hanya akan menjadi pelakon tambahan.

Kita dapat lihat Fiera kini makin aktif dalam dunia streaming, walaupun belum menjadi Facebook Partner, Fiera merasakan cabaran dan rintangan yang harus dihadapi adalah persaingan antara viewer! Tetapi dengan personaliti atau sesuatu yang menarik sudah semestinya akan menarik perhatian penonton. Sering berkomunikasi dengan penonton juga penting kerana mereka juga yang menghiburkan.

Sumber: Fiera Fendi

Cabaran yang selalu mendatang tu pula adalah selalu sangat ‘Lagging’ dalam permainan! Bila dah lag tu terpaksa restream semula. Menurut Fiera juga dia sering terkena gurauan dari peminat apabila terjadi pekara serbegini.

Kekadang bila lag tuh, aduhh kena restream. Macam saya ni kalau nak setup-setup ni, saya lembap sikit, saya slow. Jadi bila dah jadi something, saya macam” camne eh? Ada sound tak?”  Lepas tu kena scam dengan viewer cakap tak dengar padahal rupanya ada sound!

Keidupan streaming bagi Fiera tidaklah berapa penat kerana dia tidak menghabiskan sepanjang masa dengan streaming. Tetapi influencer yang ada dalam diri Fiera sudah semesti juga dikelilingi dengan Toxic. Seperti toxic paling teruk yang Fiera pernah alami adalah peminat-peminat lelaki memberi gambar lucah, juga Fiera terpaksa menghadap orang yang Toxic menyatakanya dia mengatal dengan pemain esports ketika temuramah mereka! Pekara serbegini, Fiera lebih kepada mengawal perasaan marahnya atau buat tidak tahu dengan pekara serbegitu. Terutama sebagai public figure atau influencer, sudah tentu personaliti harus dijaga, setiap pencakapan Fiera akan hanya menggunakan cara halus yang boleh membuat makan dalam. 

Seluruh kerjaya Fiera disokong 100% oleh ibunya sendiri! Dari awal zaman berlakon iklan hingga kini, dari keluarganya tidak menyokongnya hinga menyokongnya, ibu Fiera sentiasa menjadi tulang belakang terkuat baginya sendiri. Kawan-kawan juga ada yang tidak menyokong pada mulanya sehingga mengibaratkan Fiera seperti Pokok kerana terlalu kaku dalam lakonan dan hos. Termasuk juga dalam dunia gaming, viewer sering cakap Fiera bukanlah seorang pro, buat apa nak stream. Untuk menangkis semua itu, Fiera sentiasa berfikiran positif untuk kurangkan rasa malu dan beri keyakinan diri pada diri sendiri.

Termasuk macam streaming lah, kita stream dan tak semestinya yang stream tu pro player, macam orang selalu cakap ‘tak pro buat apa nak stream’ tapi saya fikir saya stream tu sebab minat bermain game sama juga seperti orang lain, boleh je bermain tapi tak semestinya pro, kalau dah semua pro siapa pula nak jadi penonton.

Sikap Fiera yang sering berfikiran positif nyata membuat kami teruja untuk ketahui lebih mengenainya. Baginya dia akan mengejar dan mengfokuskan lagi apa yang diingininya sehingga dapat termasuk dalam planingnya untuk menjadi Bisneswomen dengan menaikan jenama sendiri untuk biskut raya dari resipi ibunya! Buat masa kini dia akan menumpukan kerjayanya dalam dunia gaming sehingga puas kerana bagi Fiera, tidak semestinya kerjaya ini akan bertahan sehingga 10 tahun yang akan datang kerana ketika itu mungkin kehidupan akan bersama anak-anak.

Seperti yang kita tahu dalam dunia hiburan lagi-lagi hos, Industri sentiasa nakkan yang baru dan sentiasa nak yang muda. Jadi, talent akan sentiasa ada yang baru, yang lebih bagus, so saya akan menumpukan untuk masa sekarang dalam dunia esports ni dan masa akan datang akan mengfokuskan pada bisnes kecil-kecilan ynag penting untuk diri saya. 

Buat masa ini, pendapatan Fiera terhasil dari kepelbagaian kerja dalam dunia esports dan bukanya 100% dari streaming. Tetapi untuk pengetahuan semua, streamer di Malaysia kini juga mendapat jana pendapatan yang tinggi. Jadi sebab itu, matlamat seterusnya dalam pendirian Fiera adalah lebih aktif dalam streaming agar orang kenali Fiera bukan sebagai pro gamer, tetapi sebagai hos dan streamer.

Dalam dunia serbegini, pasti ada penat lelah yang membuatkan kita letih atau stress dan ingin berehat dari kerjaya seperti yang tejadi pada streamer antarabangsa iaitu Pew Die Pie, bagi Fiera dia pernah alami pekara tersebut dan teringin untuk berhenti terus dari dunia gaming ini. Tapi dari berfikir lebih, Fiera lebih memilih untuk mencari kekurangan dalam diri untuk menghindari diri dari toxic di dunia gaming ini. Yang paling penting bagi Fiera, adalah keluarga yang terus menyokongnya terutama ibunya.

Sebelum berakhir sesi temuramah kami, kami turut bertanyakan satu soalan cepumas pada Fiera! Soalan tersebut adalah siapa pencabar utama dirinya dalam dunia hos ataupun streaming! Dan bagi Fiera sebenarnya tiada pun seorang yang ibarat terasa iri hati atau apa jua yang seangkatanya. Tetapi lebih kepada ingin menjadi seperti pindaPanda! Menjadi ambassador seperti pindaPanda ibarat satu cabaran dan semangat kepada Fiera untuk menjadi lebih berjaya dan jadikanya seperti inspirasi.

Untuk perempuan, saya rasaa… ikut pencapaian.. Saya nak macampindaPanda. Saya tahu saya takkan sampai tahap camtuh, sebab kita tahu pindaPanda kan memang popular gila.

Kata-kata terakhir pada keluarganya dan kesemua peminat, Fiera berterima kasih kepada semua yang sering menyokongnya, sering ada disampingnya dan akan membuat yang terbaik kepada semua dalam dunia gaming ini. Terima kasih pada Fiera Fendi yang meluangkan sedikit masa bersama kami di Gamer Santai dan kami sentiasa memberi sokongan kepada Fiera untuk terus berjaya dalam bidang seni gaming ini!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AmalinaAngel Bosskurasus rogBosskur Charity CupDaddy HoodFiera FendiM1 ChampionshipMoontonpubg mobileROGSantesh AmalinaTeam BosskurTemuramahUlasan Temuramahwesg
Previous Post

Kenali hero yang terkuat dalam One Punch Man! Walaupun tak sekuat Saitama~

Next Post

Dedahan lebih maklumat untuk PS5 dan Xbox Series X di Tokyo Game Show 2020 nanti!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Previu Borderlands 4 – Pengalaman Bermain Sebagai EXO‑Soldier Rafa, Berjumpa Boss Fight Baharu!
Preview

Previu Borderlands 4 – Pengalaman Bermain Sebagai EXO‑Soldier Rafa, Berjumpa Boss Fight Baharu!

June 22, 2025
Pengalaman Kami di Nintendo Switch 2 “Mario Kart World” Experience di Singapura!
Nintendo Switch 2

Pengalaman Kami di Nintendo Switch 2 “Mario Kart World” Experience di Singapura!

June 20, 2025
[EKSKLUSIF ASIA] Final Fantasy Tactics – The Ivalice Chronicles: Jawapan Sebenar Tiada Kandungan “The War of the Lions”
Eksklusif

[EKSKLUSIF ASIA] Final Fantasy Tactics – The Ivalice Chronicles: Jawapan Sebenar Tiada Kandungan “The War of the Lions”

June 20, 2025
Next Post
Dedahan lebih maklumat untuk PS5 dan Xbox Series X di Tokyo Game Show 2020 nanti!

Dedahan lebih maklumat untuk PS5 dan Xbox Series X di Tokyo Game Show 2020 nanti!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd