Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ulasan KUNAI – Antara game INDIE dengan aspek “platformer” paling BAGUS!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 18, 2020 - Updated on February 20, 2020
in Artikel, Berita, Bimbingan, Nintendo Switch, PC, Review
0 0
0
Ulasan KUNAI – Antara game INDIE dengan aspek “platformer” paling BAGUS!
Share on FacebookShare on Twitter

KUNAI memang adalah satu video game platformer yang menarik. Awal di dalam pengembaraan side-scrolling yang bergaya ini, satu-satunya alat yang pemain ada adalah katana. Walaupun terdapat banyak game lain dalam genre sama yang menjadikan katana sebagai senjata asas, di dalam KUNAI , katana membolehkan pemain untuk menepis peluru.

Setiap hayunan pedang ini akan menghantar balik projektil ke arah pihak lawan, dan ketika saya rasa diri sebagai seorang ninja yang “unstoppable “, KUNAI dengan cepat telah maju ke tahap seterusnya dengan memberi saya akses kepada senjata yang ditunggu-tunggu, sebuah kunai! Saya menghabiskan keseluruhan tempoh permainan melakukan pelbagai aksi akrobatik dengan bantuan kunai. Berbanding dengan senjata lain yang saya pegang, ia tidak memberi kepuasan yang sama seperti menggunakan kunai.

Berbalik kepada jalan cerita, dunia telah ditakluki oleh robot jahat tetapi beberapa pahlawan yang ingin melindungi kemanusiaan telah menyerang sebuah fasiliti saintifik yang mengurung harapan terakhir manusia untuk bertahan hidup. Harapan terakhir itu adalah anda, si pemain. Lebih khusus lagi, anda memainkan seorang pahlawan robot kuat bernama Tabby. Dengan azam baru dan katana yang boleh mencincang apa saja, pemain perlu membantu pihak manusia dalam misi mereka untuk menewaskan Lemonkus– A.I yang memulakan bencana ini.

Walaupun protagonis adalah bisu, pemain jangan pandang rendah kepada kebolehan Tabby. Ketika pemain lari, melompat dan membunuh dalam permainan, Tabby akan mempunyai pelbagai ekspresi yang lucu dan comel di wajahnya. Adegan-adegan pendek seperti ini menawarkan sedikit komedi dalam permainan, dan melihat ekspresi muka Tabby berubah sepanjang permainan tidak pernah membosankan.

Seterusnya ke bahagian gameplay! KUNAI masih tidak mengecewakan dan bahagian ini menjadi antara aspek paling saya gemari dalam permainan. Permulaan KUNAI memberi pemain serangan melee-katana yang boleh menyerap HP musuh apabila mereka dikalahkan, serta sepasang kunai yang dapat digunakan untuk memanjat dinding, merentasi jarak yang jauh dan lain-lain ketika pemain menguasai momentum untuk mahirkan alat ninja ini. Walaupun reka bentuk setiap level memberi pemain sebab yang kukuh untuk menggunakan kunai bagi melepasi platform yang rumit dan susah, keupayaan bergaya untuk menepis peluru tidak diterokai sepenuhnya.

Dua musuh berbeza dalam permainan memerlukan pemain untuk menepis balik peluru ke arah mereka agar ia boleh dikalahkan, tetapi musuh-musuh selebihnya dapat dikalahkan dengan serangan yang tepat atau dengan mana-mana senjata jarak jauh yang pemain ada. Walaupun sesetengah BOSS hanya boleh dikalahkan dengan menggunakan serangan jauh, KUNAI tidak pernah ada pertarungan yang benar-benar bergantung kepada serangan melee. Mereka mungkin boleh menambah satu adegan di mana pemain harus menepis hujan peluru untuk maju ke level seterusnya. Itu bukan lah satu masalah yang besar di KUNAI, tetapi apabila saya menghabiskan permainan ini, saya menyedari bahawa perkara yang paling gempak saya pernah lakukan adalah berayun dengan kunai seperti Spider-Man. Di situ, saya berasa sedikit kecewa.

Jangan salah anggap. KUNAI masih satu game yang menarik, dan aspek-aspek lain telah mengatasi kelemahan reka bentuk pertempuran. KUNAI mempunyai pengalaman visual yang unik, dan mempergunakan palet warna yang luas untuk memberi gambaran dunia apokalips sebenar.

KUNAI tidak mempunyai banyak unsur replayability, tetapi reka bentuk peta yang besar dan ciri upgrade yang konsisten membuatkan permainan menarik dan segar. Pemain akan melawat semula kawasan lama lebih dari satu kali untuk mencari peralatan baru. Peralatan ini penting kerana ia memberi pemain cara untuk merentasi laluan yang telah dihalang sebelum ini. Pada masa yang sama, terdapat juga pelbagai peti tersembunyi yang mengandungi token upgrade, token HP, dan pelbagai topi comel eksklusif yang boleh dipakai oleh Tabby.

KUNAI adalah game retro metroidvania yang sangat ekspresif, dan bergaya. Ia berjaya menarik minat saya sepanjang tempoh saya bermain. Pada masa yang sama, perasaan memahiri ilmu kunai ketika kita berhayun sekitar persekitaran juga amat memuaskan. Saya hanya berharap bahawa abiliti-abiliti lain dalam permainan mempunyai daya tarikan yang sama. Itu sahaja saya rasa buat masa ini. Bagi mereka yang suka game platformer lain daripada lain, KUNAI boleh didapati sekarang di pelantar Nintendo Switch, dan Microsoft Windows. Moga anda semua terhibur seperti saya! Selamat ber-gaming!

Beli disini!!
KUNAI
Publisher: Intragames
Developer: TurtleBlaze
Release Date TBC
Nintendo Switch, Microsoft Windows
KUNAI adalah petualangan aksi yang pantas dan metroidvania. Anda bermain sebagai Tabby, tablet yang menyertai perjuangan menentang pemberontakan robot. Gunakan kemahiran kunai dan ninja anda untuk menghentikan Lemonkus, A.I.-hilang-jahat yang hampir menghapus semua kehidupan manusia.

The Review

KUNAI

6 Score

KUNAI adalah game retro metroidvania yang ekspresif, dan sangat bergaya. Perasaan memahiri ilmu kunai ketika mengayun sekitar persekitaran amat memuaskan dan menjadikan permainan lebih menarik.

Review Breakdown

  • Saya hanya berharap bahawa abiliti-abiliti lain dalam permainan mempunyai daya tarikan yang sama. 0
Tags: KUNAIMetroidvaniaPlatformerreviewulasan
Previous Post

Light of Thel: Glory of Cepheus sebuah game MMORPG yang comel membuka CBT untuk mobile!

Next Post

Peluang memenangi edisi terhad GPU Cyberpunk 2077 GeForce RTX 2080 Ti dari NVIDIA di Twitter dan Instagram!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Peluang memenangi edisi terhad GPU Cyberpunk 2077 GeForce RTX 2080 Ti dari NVIDIA di Twitter dan Instagram!

Peluang memenangi edisi terhad GPU Cyberpunk 2077 GeForce RTX 2080 Ti dari NVIDIA di Twitter dan Instagram!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd