Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Artwork terbaru DIGIMON Adventure: Last Evolution Kizuna telah didedahkan!

Kini kanak-kanak terpilih bersama Digimon mereka telah bersedia untuk pertarungan terakhir!

Nyny.A by Nyny.A
January 28, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Artwork terbaru DIGIMON Adventure: Last Evolution Kizuna telah didedahkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Makin hari makin terasa dengan kehangatan filem animasi yang dinantikan tahun ini bagi kesemua peminat setia anime Digimon Adventure Last Evolution Kizuna yang akan ditayangkan di Jepun pada 21 Februari 2020 ini dan akan ditayangkan di GSC Cinema Malaysia bermula pada 16 April 2020 ini. Selepas DigiNavi yang baru berakhir Jumaat lalu, dan pelbagai kemaskini mengenai permainan Digimon, artwork terbaru Digimon, Figurin dan pelbagai lagi yang dikongsikan, semalam terdapat lagi artwork terbaru Digimon telah dikongsikan!

Artwork hasil Akiyoshi Hongo yang merupakan media rasmi pembikin konsep dan watak segala didalam Digimon dari Toei Animation ini menampilkan kanak-kanak terpilih dunia Digimon bersama Digimon mereka. Kelihatan di artwork tersebut kesemua kanak-kanak terpilih yang telah pun dewasa bersama kerjaya masing-masing yang masih kekal bersama Digimon mereka.

Pengembaraan yang bermula pada tahun 1999 ini akan meneruskan pengembaraan terakhir mereka didalam filem sempena ulang tahun ke-20 Digimon ini. Adakah evolusi terakhir ini akan menamatkan segalanya dalam dunia Digimon?

Saat gembira watak pratagonis utama Taichi Kamiya dan Agumon yang juga abang kepada Kari/ Ikari. Taichi seorang yang berani dan suka dengan cabaran bakal menghadap sesuatu yang lebih teruk dari sebelum ini. Adakah akan menjadi sesuatu yang penuh kesedihan menanti didalam filem ini nanti?

Seorang lagi watak pratagonis utama Yamato Ishida yang juga merupakan abang kepada Takeru, sentiasa bersama harmonikanya dan sering keras kepala, baran dan sentiasa bergaduh dengan Taichi waktu dahulu. Kini Yamato akan bergabung semula bersama Digimonya Gabumon dan juga Taichi yang kini merupakan kawan baiknya, dan apa sebenarnya akan terjadi dalam gabungan evolusi hebat kali ini?

Cukup dengan dua watak pratagonis yang dikenali semua peminat Digimon, kini kita saksikan artwork selebihnya watak-watak pratagonis lain di dunia Digimon.

Sora Takenouchi & Piyomon merupakan pasangan yang sentiasa menjaga perhubungan setiap pasangan kanak-kanak terpilih yang lain.

Sangat berbeza dengan perangai abangnya Yamato, Takeru kini makin dewasa disamping Digimonya Patamon yang berubah menjadi Digimon yang hebat!

Adik Taichi yang kini makin meningkat dewasa, Hikari Yagami dan Tailmon kini menerusakan pengembaraan mereka bersama keluarga kanak-terpilih Digimon.

Serta watak-watak pratagonis selebihnya dari Digimon Adventure dan Digimon 02;

Koshiro Izumi & Tentomon

Mimi Tachikawa & Palmon

Joe Kido & Gomamon

Daisuke Motomiya & Veemon

Miyako Inoue & Hawkmon

Ken Ichijouji & Wormmon

Betul-betul menggamit memori melihat kesemua kanak-kanak terpilih yang kini telah dewasa. Apa yang akan terjadi sebenarnya dalam pengembaraan terakhir Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna ini? Nantikan kehadiranya tidak lama lagi!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Akiyoshi HongodigimonDigimon ArtworkDigimon Last Evolution KizunaToei Animation
Previous Post

Pre-order figura eksklusif Cloud Strife & Hardy Daytona dari FINAL FANTASY VII REMAKE sekarang!

Next Post

Warcraft 3: Reforged boleh didapati bermula esok! Gamers veteran jangan terlepas!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Warcraft 3: Reforged boleh didapati bermula esok! Gamers veteran jangan terlepas!

Warcraft 3: Reforged boleh didapati bermula esok! Gamers veteran jangan terlepas!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd