Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ucapkan selamat tinggal pada Loot Crate berbayar dalam PUBG PC bermula bulan hadapan!

Ya bermula 18 Disember ini!

Nyny.A by Nyny.A
November 19, 2019
in Artikel, Berita, PC
0 0
0
Ucapkan selamat tinggal pada Loot Crate berbayar dalam PUBG PC bermula bulan hadapan!
Share on FacebookShare on Twitter

PUBG Corp nampaknya secara rasmi mengumumkan kemaskini terbaru di website rasmi mereka memutuskan untuk membuat perubahan besar bagi sistem crate dalam permainan PlayerUnknown’s Battlegrounds! Ini yang dinantikan ramai pemain selama kedatanganya pada tahun 2017. Dibawah ini merupakan perubahan yang akan dilakukan dan ianya akan terjadi pada 18 Disember ini!;

  • Sebarang Crate dengan pembelian BP tidak lagi mempunyai crate yang memerlukan kunci untuk dibuka.
    • Crate yang dikunci dari pembelian rawak tidak akan ada lagi bermula 18 Disember;
  • Crate yang sedia ada dalam inventori atau diperoleh melalui ‘marketplace’ masih dapat dibuka dengan kunci yang sesuai, juga masih dapat dibeli dari store.
  • Crate baru akan mengekalkan nilai perdagangan item tier tertinggi; kebarangkalian untuk setiap peringkat telah diselaraskan secara keseluruhan untuk meningkatkan kemungkinan memperoleh senjata reka bentuk yang menarik.

Dan apakah maksud semuanya ini? Pada dasarnya, pemain tidak perlu membayar lagi untuk kotak Loot. Pada mulanya, idea itu adalah untuk membeli kunci untuk membuka peti dan kini, PUBG Corp nampaknya menghapuskanya!

“Kami mendapati bahawa lebih kerap pemain tidak mendapat keseronokan daripada pembukaan crate berkunci”

“Nilai crate terkunci adalah sangat rendah dari item PUBG yang lain. Ini bermakna peti berbayar bukan ganjaran menarik kepada pemain, menjadikan pengalaman memperoleh peti terkunci kurang menyeronokkan. ”

– PUBG CORP

Dengan sistem baru ini, mereka ingin memastikan bahawa mereka mengelakkan model pendapatan yang gagal memenuhi minat peminat. PUBG akan terus tweak model perniagaan mereka di mana mungkin menawarkan nilai yang lebih menarik untuk peminat memilih wang untuk dibelanjakan.

Perubahan berikut juga akan dilaksanakan untuk crate BP pada bulan depan:

  • Skin yang disukai pemain kini berada di bahagian bawah dan skin kategori AR akan disamaratakan dari bahagian atas ke bawah.
  • Kualiti grafik keseluruhan skin crate telah dipertingkatkan untuk memastikan kualitinya mencukupi jika dibandingkan dengan senjata berbayar.
  • Kualiti barangan di tingkat tengah crate bertambah baik dan kemungkinan mendapatkannya meningkat sekitar 20%.
  • Kebarangkalian untuk mendapatkan item tier teratas juga meningkat tetapi mereka masih tetap sukar untuk didapati dan tidak mempengaruhi nilai pasaran skin atau crate.

Juga terdapat crate terbaru yang dijadualkan akan hadir 20 Disember 2019 yang dinamakan Venetian Crate, dimana akan hadir dan boleh dibeli terus dengan BP. Manakalah bermula 27 Disember, jualan langsung Venetian Crate akan dihentikan, menjadikannya hanya tersedia melalui pembelian rawak.

Jadi wahai pemain tegar PUBG, adakah anda berpuas hati dengan perubahan PUBG Corp ini? Jom kongsikan dilaman sosial Facebook serta Twitter kami!

Sumber: PUBG 

MUAT TURUN DI SINI!!
PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG)
Developer: PUBG Corporation
Release Date TBC
Microsoft Windows
PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) adalah permainan berbilang pemain pertempuran royale dalam talian yang dibangunkan dan diterbitkan oleh PUBG Corporation, anak syarikat permainan video Korea Selatan Bluehole. Platform yang hadir adalah PC, PS4 dan juga Xbox One.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Crate PUBGPlayerUnknown's BattlegroundpubgPubg CorpPUBG DEV Letterpubg pc
Previous Post

LIMA hero ISEKAI paling hebat buat masa ini!

Next Post

Nak tahu kenapa genre permainan Battle Royale lebih baik di Mobile? Mungkin ini sebabnya~

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Nak tahu kenapa genre permainan Battle Royale lebih baik di Mobile? Mungkin ini sebabnya~

Nak tahu kenapa genre permainan Battle Royale lebih baik di Mobile? Mungkin ini sebabnya~

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd