Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Nak senang BOOYAH?? Ini adalah TUJUH watak terbaik untuk Squad Mode FREE FIRE!

Pasti memudahkan pilihan kamu untuk memenangi perlawanan selepas ini.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 12, 2019
in Android, Artikel, Berita, Bimbingan, Emulator, Fakta & Trivia, iOS, Mobile
0 0
0
Nak senang BOOYAH?? Ini adalah TUJUH watak terbaik untuk Squad Mode FREE FIRE!
Share on FacebookShare on Twitter

Salam perkenalan kepada semua survivor FREE FIRE! Seperti yang anda sedia maklum, setiap watak di dalam Free Fire mempunyai keunikan tersendiri, termasuk kebolehan atau abiliti ketika di atas medan perang. Tetapi adakah anda ingin tahu bahawa watak manakah yang boleh membuat anda mengecapi kemenangan dengan lebih mudah dalam Squad Mode. Pasti anda ingin tahu kan? Berikut adalah tujuh watak terbaik untuk Squad Mode di dalam FREE FIRE!

Rafael

Watak pertama yang saya ingin memperkenalkan ialah Rafael. Rafael mempunyai keupayaan dan kebolehan yang kuat, terutama untuk menjadi sniper. Ini adalah kepakaran khususnya. Yang lagi seronok bermain sniper sebagai Rafael ialah dia mempunyai kebolehan yang digelar ‘Dead Silent‘. Kebolehan ini membuatkannya tidak kelihatan dalam mini map selama durasi 8 saat. Bagi mereka yang lebih suka sniping, disarakan mengambil beliau.

Paloma

Dewi kecantikan ini sebenarnya berasal daripada kemiskinan. Dia adalah watak seterusnya yang boleh anda gunakan jika anda ingin bermain secara kombinasi. Paloma bertindak sebagai marksmen utama kerana mempunyai nilai damage yang tinggi dan serta berkeupayaan menjadi finisher. Bukan setakat itu sahaja, dia juga berbaloi untuk digunakan keranan kemampuannya untuk membawa peluru AR banyak membuat anda tidak perlu risau untuk mencari ammo.

MocoMoco adalah salah satu watak suppport di dalam Free Fire. Dia menjadi support bukan kerana dia boleh menyembuh rakan sepasukan sahaja, malah memiliki keupayaan untuk mengesan musuh seperti radar. Kalau seperti itu, pasti terlalu OP kan. Jangan risau. Ada syarat tertentu untuk mengaktifkan kebolehan ini, iaitu anda harus menembak musuh terlebih dahulu sebelum boleh memberi isyarat. Hasil daripada kebolehan ini, Moco sangat penting untuk para sniper dalam membunuh pemain lain. Pastikan anda memilih rakan sniper yang bagus tau!

Hayato

Jika anda memerlukan seorang tank, anda boleh memilih Hayato untuk memaksimumkan keupayaannya untuk membunuh musuh. Lebih banyak HP Hayato yang ditolak, semakin tinggi nilai damage yang akan dihasilkannya. Sekiranya anda suka bermain barbar, saya rekomenkan anda untuk menggunakan watak ini. Tetapi ada sesuatu yang perlu diingatkan juga, keupayaan ini masih ada cacat celanya. Walaupun ia meningkatkan nilai damage, tetapi anda masih perlu tahu kapasiti HP anda apabila terdedah kepada serangan daripada musuh.

Olivia

Olivia adalah jururawat dengan kuasa dan kebolehan penyembuhan paling hebat. Kebolehannya sangat berguna terutama ketika bermain duo atau skuad kerana setiap pasukan memerlukan medic kan? Mereka boleh selamatkan kita daripada saat yang genting atau drastik hanya dengan Olivia menyembuhkan rakan sepasukannya dengan jumlah tambahan HP yang banyak. Jumlah tambahan HP akan semakin meningkat mengikut level Olivia. Jangan kata watak penembak sahaja yang penting, medic juga amat diperlukan di atas medan perang.

Laura

Ingin bermain sebagai sniper tetapi malas untuk bersembunyi daripada musuh dan lebih mengemari gameplay yang seimbang? Anda harus menggunakan Laura dan meletakkan dirinya dalam peranan sniper. Laura sendiri mempunyai keupayaan untuk meningkatkan ketepatan semasa menembak dan sesuai digunakan untuk jarak jauh. Abiliti ini pon mudah untuk diaktifkan. Keperluan untuk memaksimumkan kebolehan ini adalah untuk menggunakan skop ketika menembak. Mudah kan?

A124

Watak terakhir yang saya akan memperkenalkan ialah A124. A124 adalah robot yang mempunyai keupayaan unik untuk memulihkan HP melalui baki EP. Alasan utama mengapa saya memilih dia juga adalah kerana A124 boleh menjadi Tank yang anda boleh maksimumkan kebolehannya pada barisan depan. Statistik dia amat seimbang, dan pemain baru pun boleh seronok memakai dia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: A124AndroidFree FireHayatoiOSLauraMocoOliviaPalomaRafaelSquad Mode
Previous Post

Red Dot ialah multiplayer FPS terbaru untuk Android! Akan keluar tidak lama lagi!

Next Post

Monster Hunter menyambut ulangtahun ke-15 dan inilah Pengalaman kami di MONSTER HUNTER × NAKED -THE QUEST-!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Monster Hunter menyambut ulangtahun ke-15 dan inilah Pengalaman kami di MONSTER HUNTER × NAKED -THE QUEST-!

Monster Hunter menyambut ulangtahun ke-15 dan inilah Pengalaman kami di MONSTER HUNTER × NAKED -THE QUEST-!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd