Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mario Kart 8 Deluxe Terima Naik Taraf Di Switch 2 – Split-Screen 8 Pemain, Visual Lagi Tajam, & Ciri Face Cam

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 2, 2026
in Artikel, Berita, Multiplayer, Nintendo Switch 2, Sukan/lumba
0 0
0
Mario Kart 8 Deluxe Terima Naik Taraf Di Switch 2 – Split-Screen 8 Pemain, Visual Lagi Tajam, & Ciri Face Cam
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda rasa Mario Kart 8 Deluxe sudah cukup seronok untuk sesi lepak hujung minggu atau perjumpaan keluarga dan saudara-mara, Nintendo kini memberikan alasan baharu untuk kita kembali “memanaskan” enjin masing-masing.

Nintendo secara rasminya melancarkan kemas kini Version 4.0.0 untuk Mario Kart 8 Deluxe, membawakan pelbagai penambahbaikan untuk Nintendo Switch 2. Kemas kini ini menawarkan grafik lebih tajam, masa loading lebih pantas, mod local multiplayer 8 pemain, serta sokongan face-cam semasa perlumbaan berlangsung.

Berikut ialah semua perkara penting yang anda perlu tahu tentang kemas kini terbaharu:

Sehingga 8 Pemain Dalam Satu Skrin

Tarikan utama adalah sokongan local multiplayer yang diperluaskan. Daripada had maksimum 4 orang pemain sebelum ini, Switch 2 membolehkan 5 hingga 8 pemain berlumba serentak pada satu konsol.

Untuk memulakan lobby 8 pemain, berikut ialah cara tetapan controller berfungsi:

  • Anda boleh menyambungkan sehingga 7 controller Nintendo Switch (seperti Joy-Con atau Switch Pro Controller).
  • Untuk melengkapkan 8 orang pemain, anda memerlukan sekurang-kurangnya satu Joy-Con 2 baharu atau Nintendo Switch 2 Pro Controller yang disambungkan ke konsol.

Visual Lebih Tajam dan Loading Lebih Pantas

Kemas kini membawa keserasian penuh dengan skrin Switch 2 yang dinaik taraf serta output TV 4K, untuk membuatkan litar, kart, dan animasi watak nampak jauh lebih tajam dan jelas.

Selain itu, tempoh loading sebelum perlumbaan dan mod battle telah dipendekkan, membolehkan pemain terus beraksi tanpa perlu menunggu lama.

Lihat Reaksi Rakan Terkena Blue Shell Melalui “CameraPlay”

Nintendo turut memperkenalkan CameraPlay, ciri baharu yang memaparkan wajah anda pada skrin semasa berlumba.

  • Dengan menyambungkan kamera USB serasi (dijual berasingan), anda boleh menghidupkan atau mematikan ciri CameraPlay dalam mod local multiplayer (untuk 2 hingga 4 pemain) serta online play.
  • Jika berlumba secara online, CameraPlay hanya berfungsi melalui sesi GameChat tertutup. Paparan video dan audio mikrofon hanya akan dikongsi dengan ahli dalam kumpulan GameChat sahaja.

Perubahan Gameplay & Pelarasan

Patch Versi 4.0.0 turut membawa beberapa perubahan gameplay yang akan mempengaruhi strategi perlumbaan:

  • Kelajuan asas pemanduan untuk semua pelumba telah ditingkatkan sebanyak nilai bersamaan dengan mengumpul 1 coin tambahan.
  • Apabila menggunakan item Boo untuk menjadi halimunan, kart anda tidak lagi akan hilang kelajuan apabila memotong melalui laluan off-road (seperti kawasan berumput atau berpasir).
  • Pemain yang memiliki Mario Kart 8 Deluxe – Booster Course Pass boleh memilih tetapan “96 Races” dalam pilihan peraturan “VS Race”. Ini membolehkan anda berlumba di setiap litar daripada base game dan kesemua DLC secara berterusan dalam satu sesi maraton yang panjang.

Kemas kini Version 4.0.0 boleh dimuat turun secara percuma bermula sekarang untuk semua pemilik Mario Kart 8 Deluxe. Jika konsol disambungkan ke internet, game ada akan dikemas kini secara automatik.

Tags: Mario Kart 8 Deluxe
ShareTweetSend
Previous Post

Filem Live-Action Street Fighter Mengganas Dengan Trailer Baru, Sentuh Konflik Ryu & Ken

Next Post

Dragon Ball Gekishin Squadra Akan Tinggalkan Genre MOBA, Respons Peminat Berbelah Bahagi

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027
Berita

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027

September 3, 2026
Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat
Preview

Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat

September 3, 2026
Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan
Berita

Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan

September 3, 2026
Next Post
Dragon Ball Gekishin Squadra Akan Tinggalkan Genre MOBA, Respons Peminat Berbelah Bahagi

Dragon Ball Gekishin Squadra Akan Tinggalkan Genre MOBA, Respons Peminat Berbelah Bahagi

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd