Filem live-action Street Fighter telah mengeluarkan trailer baharu padat dengan aksi, yang memaparkan beberapa gerakan klasik daripada permainan video, serta konflik antara hubungan Ryu dan Ken.
Diarahkan oleh Kitao Sakurai, filem ini berlangsung pada tahun 1993. Jalan cerita memfokuskan kepada dua jaguh seni bela diri yang telah lama terpisah, Ryu (Andrew Koji) dan Ken Masters (Noah Centineo). Mereka kembali ke gelanggang selepas direkrut oleh Chun-Li (Callina Liang) untuk menyertai kejohanan World Warrior Tournament. Walaupun dilihat sebagai medan untuk menentukan siapa yang terkuat, kejohanan ini sebenarnya dikawal secara rahsia oleh M. Bison (David Dastmalchian) yang berniat untuk merampas kuasa pejuang-pejuang terhebat dunia bagi kegunaannya sendiri.

Selain trailer, Legendary turut memperkenalkan game interaktif di YouTube berdasarkan filem tersebut. Untuk maklumat lanjut tentang filem ini, anda boleh baca liputan lama kami.
Street Fighter akan menggegarkan pawagam seluruh Malaysia bermula 15 Oktober 2026.









Discussion about this post