Tinggal tepat sebulan sahaja lagi sebelum konvensyen gaming terbesar di Asia bermula, Computer Entertainment Supplier’s Association (CESA) telah melancarkan Laman Web Khas Ulang Tahun Ke-30 bagi Tokyo Game Show 2026 (TGS) berserta pelbagai pengumuman terbaharu.
TGS 2026 menandakan ulang tahun ke-30 sejak ekspo ini mula diperkenalkan pada tahun 1996. Untuk meraikan pencapaian ini, acara tahun ini membawa pentas retrospektif khas, pakej tiket pingat emas edisi terhad, sajian makanan bersaiz ekstra, Creator Lounge eksklusif tajaan Twitch dan Razer, serta barisan duta antarabangsa baharu.
Sorotan Ulang Tahun Ke-30: Tiket Emas, Panel Nostalgia, & ‘30 BOOST FOOD’
Bagi meraikan tiga dekad dalam industri gaming, TGS memperkenalkan beberapa aktiviti dan inisiatif edisi terhad:
- Tiket Peringatan Emas Tulen : Pakej tiket pengumpul premium yang hadir bersama pingat emas tulen eksklusif berukir visual daripada francais game ikonik. Tempahan khas dibuka sehingga 8 September 2026.
- Galeri Sejarah 30 Tahun Gaming: Pameran di lokasi yang menunjukkan detik penting sejarah gaming, senarai pemenang bersejarah Japan Game Awards, dan evolusi industri dari tahun 1996 hingga 2026, lengkap dengan trivia budaya pop serta trend ekonomi setiap zaman.
- Pentas Bual Bicara Judul Ulang Tahun: Program bual bicara khas yang menampilkan para developer veteran berkongsi kisah di sebalik tabir francais game yang diminati ramai selama 30 tahun. Episod pertama akan disiarkan secara livestream pada Jumaat, 11 September 2026, disusuli sesi bual bicara secara langsung di pentas acara.
- Papan Mesej Shikishi Khas & Zon Peminat Interaktif: Papan tandatangan (shikishi) daripada game creator dan pasukan pembangun terkemuka akan dipamerkan di lokasi dan turut dimuat naik ke laman web khas. Pengunjung juga boleh menulis ucapan di papan mesej gergasi atau menyertai kempen foto dengan #TGS30th untuk menerima pelekat peringatan terhad.
- Menu ‘30 BOOST FOOD’: Medan selera di Makuhari Messe dan Dewan TKP akan menyajikan menu bertemakan angka 30; seperti hidangan dengan sajian 30% lebih besar dan set 30 keping.

- Topping Telur Kewpie Percuma & Kemudahan Tanpa Tunai: Penaja medan selera, Kewpie No Tamago, kembali dengan menawarkan topping telur berperisa (Tare de Taberu Tamago) percuma di beberapa food truck terpilih. Selain itu, penaja khas baharu SB Payment Service menyediakan terminal pembayaran tanpa tunai di kebanyakan food truck dan kaunter cenderamata Family Game Park.


- CESA Game Kentei (Kuiz Trivia Dalam Talian): Bakal dilancarkan pada 26 Ogos bersama portal ulang tahun ke-30 CESA, kuiz interaktif ini membolehkan peminat menguji pengetahuan mereka mengenai sejarah dan budaya industri gaming di Jepun.
Creator Lounge Dinaik Taraf Bersama Twitch & Razer
Para content creator dan streamer akan mempunyai ruang khas di acara menerusi TGS Creator Lounge Presented by Twitch, yang dilengkapi kemudahan streaming:
- Sesi Ucaptama Bersama Twitch & Riot Games: Pada Khamis, 17 September jam 1:00 petang JST (12:00 tengah hari Waktu Malaysia), Ketua Pegawai Eksekutif Twitch Dan Clancy bersama Naib Presiden Kanan (SVP) Global Esports Riot Games Whalen Rozelle akan mengadakan sesi pembentangan pentas di Dewan 1 Makuhari Messe bertajuk “When Your Audience Plays Back: The Power of Live Community Building.”
- Sesi Meet & Greet Twitch Partner: Berlangsung pada Ahad, 20 September, memberikan peluang kepada peminat untuk bertemu secara bersemuka dengan creator kegemaran mereka.
- Sokongan Perkakasan Razer: Razer menyertai acarfa sebagai penaja sokongan dengan melengkapkan ruang streaming dan networking dengan kerusi gaming, headset, mouse, dan keyboard.

- Siaran Langsung Studio: Saluran rasmi
@TwitchJPakan menyiarkan segmen khas bersama influencer secara langsung terus dari studio di Creator Lounge sepanjang acara berlangsung.
TGS BOOSTERZ Vol. 3: 8 Duta Global Baharu Diumumkan
CESA telah mengumumkan lapan duta rasmi baharu di bawah inisiatif “TGS BOOSTERZ” bagi mempromosikan acara kepada peminat tempatan dan antarabangsa:
- Hideo Ishiguro – Pelakon Jepun yang terkenal dengan watak Gai Kurenai dalam Ultraman Orb serta drama televisyen popular seperti Gokusen dan Elite Yankee Saburo.

- Atsuko Uchida – Pembaca berita bebas, pengacara esports, dan YouTuber gaming.

- Kyle – Content creator dari Amerika Syarikat yang berkongsi budaya Jepun dan proses pembelajaran bahasa Jepun menerusi temu bual jalanan.

- Kawaii Coco – Creator dari AS yang menetap di Tokyo dan berkongsi budaya pop serta gaya hidup Jepun kepada lebih 1 juta pengikutnya di media sosial.

- KIMBLUE – Creator gaming genre FPS terkemuka dari Korea Selatan dengan 2.26 juta subscribers di YouTube dan merupakan rakan rasmi PUBG Partner.

- Taki – Selebriti multilingual, model, dan bekas ahli kumpulan J-pop FAKY yang mempunyai pengaruh kukuh di Jepun dan Filipina.

- Mimimi Master (Rice3_Master / 米米米大師) – Streamer Twitch popular dari Taiwan yang terkenal dengan gameplay genre Soulslike dan horror game.

- Rappy – Maskot arnab popular daripada program pagi terbitan TBS, Love It!.

Bagi zon mesra keluarga Family Game Park (FGP) di Dewan TKP Tokyo Bay Makuhari (kemasukan percuma untuk kanak-kanak hingga pelajar sekolah menengah rendah), Sanapi, Ketua Editor majalah TV Game Magazine, telah dilantik sebagai duta rasmi pertamanya.

Cara Peminat di Malaysia Boleh Mengikuti Acara Secara Dalam Talian
Walaupun tidak berada di Jepun, peminat di Malaysia tetap boleh menikmati pelbagai kandungan dan siaran langsung rasmi dari rumah:
- Siri Livestream “TGS NEWS STUDIO” Bermula Hari Ini: Program pratonton rasmi baharu yang dihoskan oleh Shohei Taguchi menyiarkan episod pertamanya hari ini, Isnin, 17 Ogos 2026, jam 6:00 petang Waktu Malaysia (7:00 malam JST) di YouTube, Twitch, dan X. Episod sulung ini menampilkan tetamu khas Moga Mogami, Atsuko Uchida, dan Hideo Ishiguro yang membincangkan persiapan ulang tahun ke-30 serta tarikan menu makanan di tapak acara.

- Pelekat LINE TGS Percuma: Melalui rakan komunikasi rasmi LY Corporation, set pelekat LINE eksklusif TGS 2026 boleh dimuat turun secara percuma bermula Selasa, 25 Ogos 2026, dengan menambah akaun rasmi LINE Tokyo Game Show sebagai rakan.

- Saluran Siaran Rasmi: Pendedahan di pentas utama, pengumuman daripada penerbit game, dan temu bual bersama para developer akan disiarkan secara langsung melalui saluran rasmi Tokyo Game Show di YouTube, Twitch, dan X.
Tarikh Acara & Lokasi
- Hari Perniagaan: 17 September (Khamis) – 18 September (Jumaat), 2026 (10:00 pagi – 5:00 petang JST)
- Hari Awam: 19 September (Sabtu) – 21 September (Isnin, Cuti Umum), 2026 (9:30 pagi – 5:00 petang JST; ditutup pada 4:00 petang pada 21 September)
- Lokasi: Makuhari Messe (Dewan Pameran 1–11 & Dewan Persidangan Antarabangsa) dan Dewan TKP Tokyo Bay Makuhari



![[BIC2026] Visi Jangka Panjang Toei Games Menuju Ke Projek Berskala Besar; Game Kamen Rider/Super Sentai Tidak Terkecuali](https://cdn.gamersantai.com/2026/08/Hiroaki-Nagashima-TOEI_BIC_FI-350x250.jpg)





Discussion about this post